Ahad, 15 Ogos 2010

RAPUHNYA HATI

Aku terasa hati…???
Ya, memang aku terasa…
Pada mulanya aku mahu menipu,
Berpura-pura tidak terasa hati,
Berpura-pura ketawa bersama,
Aku tabahkan hati,
Namun, aku tidak dapat bertahan,
Aku malu tiba-tiba...
Sememangnya itu gurauan,
Tapi kenapa aku mudah berkecil hati?
Mungkin kerana aku sudah berusaha sedaya mungkin,
Terkejar-kejar melakukannya,
Untuk mereka,
Namun, pada akhirnya...
Semacam gurauan yang tidak kena pada tempatnya,
Aku memang terasa,
Hati aku mudah terasa,
Aku mengaku,
Rasa tidak dihargai???
Ya, tapi aku percaya mereka tidak sengaja,
Biarlah,
Biarkan,
Hidup berkelompok mesti banyak bersabar,
Aku sudah terlalu banyak belajar,
Dan aku tahu bagaimana untuk bersabar,
Aku tidak seperti dahulu lagi,
Kalau dahulu aku bukan sahaja tak mampu untuk meluahkan kata,
Malah senyum pun aku tak mampu ukir,
Namun, sekarang aku sudah banyak belajar,
Belajar untuk itu semua,
Aku akan cuba,
Tidak terlalu mengambil hati,
Dengan hanya kata-kata gurauan,
Aku akan berusaha,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan