Ahad, 15 Ogos 2010

MIMPI

Lepas subuh aku tidur balik…
Sebab ngantok punyer pasal,
Aku kalau bab-bab mengantuk ni aku manjakan sikit,
Bila dah tidur tu aku mimpi,
Mimpi gaduh dengan kawan baik aku,
Tak pernah aku gaduh dengan dia sebelum ni,
Dia yang berwatakan baik jadi jahat, sombong, dan bongkak dalam mimpi aku,
Tak pernah pun dia berlagak macam tu,
Kalau kat dunia nyata aku dah sekeh dia pergi balik dari upm ke kelantan,
Hahahhaha...
Tu pun selepas dia dapat kenal dengan pelakon hensem dalam teater apa ntah,
Dah dapat dok sebelah pelakon tu,
Aku panggil dia buat tak dengar,
Ceahhh...melampau!
Aku pun apa lagi,
Rasa meluat sangat,
Aku pun panggil nama penuh dia sambil mencuit bahu dia,
“hidayati....!”
Dia tengok aku dan malas-malas nak bangun...
Menyampah aku tengok,
Aku pun keluar dewan kejap dengan dia,
Aku nak cakap yang aku sakit hati dengan dia,
Sebabnya selalu kalau kami terasa hati,
Kami akan ikhlas bagitau rasa hati kami supaya tidak berlaku pergaduhan yang lebih dasyat lagi (dalam dunia realiti)
Tapi bila aku cakap aku sakit hati, dia buat bodoh je!
Lepas tu dengan muka gatal merenyam dia tanya aku balik kenapa...
Aku pun jawab la tak ada apa-apa, (sakit hati dengan ertanyaan bodoh tu)
Aku terus pulang,
Tak jadi tengok teater yang dah lama aku nak tengok,
Dalam perjalanan pulang,
Ada penjahat letak bom merata-rata,
Meletop sana sini,
Dan aku dalam bahaya...!!
Aku berlari-lari,
Tiba-tiba datang jejaka hensem,
Belum sempat dia nak selamatkan aku jejaka tu dah hilang...
Arghhh...marah ni! (belum sempat tanya nama dia)
Aku pun berlari lagi,
Melompat dalam api,
Fuh...ganas...
Sampai pondok buruk siapa ntah,
Aku menyorok,
Lepas tu....
Lepas tu.....aku sedar,
Rupanya aku mimpi...
Lelaki hensem tu mana?
Dan kepada hidayati take note!
Ada ramalan yang tidak baik untuk kita berdua...
Kalau mengikut firasat hamba...

Klakaklakaklaka...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan