Sabtu, 31 Julai 2010

BILIK SEBELAH

Lepas buat kerja kat dewan, aku pergi bilik kawan...main masak-masak,
Sudah makan sume kawan aku bersandar kat bilik, berlingkar macam ular kekenyangan,aku pun sama...hahahha...dah habis relax aku pun nak solat la

(Dialek kelantan)

Zura: zaty...mu maye bilik aku lah, bilik ni sepik lah...(dah sume berlingkar, mana tak sempitnyer,ahaa...)
Aku: oloh,takut aku sore...(padahal dekat je bilik tu,tak sampai 2 langkah)
k.na:oloh,penakut betul la Ti ni...g la, bilik zura tu comel,kemas bersih...
yah:hahahha (ketawa je kejenya)

2,3minit diaorang buli kata aku penakut, aku pun ambik kain sembahyang pergilah bilik sebelah, sampai je aku bukak pintu, tengok bilik tu suram sebab dia bukak lampu study je...(dalam hati: mana ada kemas bersih, dengan kain bersepah kat katil), aku pun bukak lampu...tiba-tiba.....aku tengok ada orang tidur kat katil (rupanya orang bukan kain yg bersepah,,hahahha), padahal kawan aku tu mana ada roomate.hah..!!!aku salah bilik, mati aku,aku pun perlahan-lahan keluar,tapi lupa nak tutup lampu...hah...macam mana ni, aku takut-takut berjalan ke bilik kawan aku tadi.

Aku: kak na.....!!!!!tolong....arghhhh...

k.na: hah...nape Ti?

Zura:bakpo Ti? Mu jupo ngan Felo aku ko?

Yah: eh Ti, bakpo ni??

Aku:tolong...!!!uwaaaaa....(nak ketawa tapi segan)

Kawan-kawanku: blur kejap...datang menghampiri...

Aku:aku silap bilik weh, aku masuk bilik Tiyah, aku tau bilik zura tapi aku tak tau bakpo aku g bilik Tiyah. Tolong k.na, segan ni...ore bukok lampu tadi takut nak tutup balik, k.na g la tutup,takut Tiyah sedar...uwaaaa,,maluuuu!

k.na:Tiyah tak sedar ke?

Aku:tak…Tidur mati agaknya…(sambil peluk dinding)

Nasib baik Tiyah tu aku kenal,dan nasib baik dia tak sedar aku masuk, dahla bilik dia suram, aku pulak masa tu dah pakai kain sembahyang, kalau dia sedar agak-agak apa yang akan terjadi???hahhaha

Kawan-kawanku: (ketawakan aku bagai nak rak,berguling-guling…terutamanya yah!hampeh tol…

Tapi memang tak sangka kan?aku tengah sembahyang pun rasa nak ketawa, macam manalah aku boleh silap bilik, hadoiii...

12 JAM

Jalan..
Naik bus...
Jalan...naik jejantas...
Naik komuter...
Jalan-jalan...lintas jalan...jalan lagi...lintas jalan lagi...jalan-jalan lagi...lintas jalan...
Sampai la..DBP...
Ke kiri ke kanan sesat kejap...
Sempuk..
Bila dah bertanya situ sini sampaila...
Pilih-pilih buku, beli-beli buku dan balik...
Sekali lagi...
Jalan-jalan...lintas jalan...jalan lagi...lintas jalan lagi...jalan-jalan lagi...lintas jalan...
Naik komuter...naik bus...sampai...

Sampai bilik, mandi, solat...kroh kroh kroh kroh...ZZzzzz.....(lupa dunia kejap)

ADA AKU KISAH?

Pada suatu hari, aku masuk bilik cemerlang kat kolej aku nak sambung siapkan barang-barang dekorasi untuk hias backdrop dewan. Bila masuk je ada 3,4 orang (junior dan ketuanya) sedang buat persiapan untuk pertandingan perbarisan antara kolej. Habis barang dekorasi aku dan geng aku (aku,zura,yah,kak na) diaorang guna. Dengarlah perbualan antara kami:

Zura: aik,korang guna barang-barang dekorasi?habislah... nak draw balik susah ni...huhuhu

Ketua:ha’ah...mana la kitaorang tau, lain kali tulis la sape punye

Aku,zura,yah,k.na: (diam je,apa boleh buat kan, benda dah tak ada)

Ketua:aku tanya eddie dah,dia yang suruh ambil,mana aku tau!lain kali bagitaula awal-awal!

Aku,zura,yah,k.na: (dalam hati; eh...kenapa la budak ni banyak cakap sangat?kami tak kata apa pun,sudah-sudahla tu, sambil-sambil tu tangan mengemas kat karpet,sebab nak wat keje kami,bersepah sangat-sangat)

Ketua: eh!tak payah..tak payah!tu sampah kitaorang, biar kitaorang yang kemas! Tak apa..tak apa..!biar kitaorang kemas, tu keje kitaorang biar kitaorang yang buat (berlagak nak mampus, last-last aku gak yang buat! Dah tau dah)

Aku,zura,yah,k.na: diam...buat kerja masing-masing


Tiba-tiba....(10 minit kemudian selepas melalut seorang diri)

Ketua: tak apalah adik-adik..buat kerja dulu yea,akak nak pergi solat dulu nak tenangkan hati, nak sejukkan hati. (bagitau si ketua bangang pada anak juniornya)

Aku,zura,yah,k.na: (dalam hati; apa kena dengan minah sorang ni???mereng ke apa...ntah apa-apa ntah, tiba-tiba berlakon sendiri, gila agaknya!)

Korang tengok berapa banyak ketua tu bercakap daripada kami semua. Sakit betul hati aku. Kitaorang tak cakap apa-apa, tiba-tiba nak mengamuk. Orang lain yang kat situ pun hairan.(ish3...muda-muda dah tak siuman, kesian...),aku dengan kawan-kawan memang sudah maklum yang ketua tu suka malukan orang lain sebab nak naikkan taraf sendiri,nak tunjuk bagus,tapi dia tak pikir bila dia cakap macam tu yang berlaku adalah sebaliknya.
Tak sampai setengah jam, dia hantar SMS kat kitaorang mintak maaf sebab lancang mulut. Perh....! aku dah agak, memang macam tu la, dah tunjuk bagus depan budak-budak tapi mintak maaf dengan kitaorang dalam SMS, 10kali wat salah 10 kali mintak maaf, siapa tahan?dia ingat kitaorang senyap sebab kitaorg lemah, tapi kitaorang sebenarnya tak suka kecoh-kecoh,biarlah dia melalut sorang-sorang, biar berbuih mulut dia, kita tak rugi pun! Hah, sape nak tunjuk bagus tu...melalut la macam ketua tu...

Aku tak heran!

AIR

Aku berhenti nak solat asar,
Masa tu pukul 6.45 p.m,
Sudah lengkap dengan pakaian solat,
Aku pun solat la,
Tengok jam dalam setengah jam lagi nak masuk waktu maghrib,
Alang-alang dah ada kat surau baik tunggu je la kan? Nanti sesak plak,
So sambil-sambil tunggu tu aku baca yasin,
Dalam surau tu sejuk amat,
Seluruh badan aku dingin terutamanya kat tut...(hahhaha)
Sebabnya surau tu tak ada karpet,
Dok atas simen je
Aku amik tempat penjuru hujung,
Pas baca yasin aku pun bangun la,
Nak solat maghrib plak,
Bila aku bangun......jeng jeng jeng...
Tut... aku basah!(gelabah aku, mana tau kot-kot aku ter.... kan,tapi mustahil,aku masih waras)
habis basah baju dan seluar aku (kat belakang)...kuyup...punye lah banyak air tu,
kain sembahyang pun basah,
sungguh!
Aku memang tak perasan tempat aku duduk tu ada air
Sebab mozek tu warna jernih kot,
Tapi....
Kenapa masa aku duduk aku tak rasa basah????
Air apa tu ek???

Jumaat, 30 Julai 2010

samb...

31)bila kita sedih ia keluar beramai-ramai, bila kita gembira ia keluar seorang demi seorang


32)bukan salji je boleh buat kita beku,bukan air je boleh buat kita sejuk, apakah ia yang boleh buat kita sejuk beku?


33)suara siapa yang paling kuat?


34)batang apa yang sedap dimakan?


35)anak siapa yang selalu digantung?
26)tahi apa yang orang simpan?


27)bila kita picit ia keluar?


28)siapakah gerangan yang tak boleh melihat,mendengar,berjalan dan bercakap?


29?apakah ia yang selalu meniru gerak kita,pakaian kita,warna kita?


30)badannya berbau busuk tapi semua orang perlukan ia,apakah ia?

samb...

23)dalam banyak-banyak peti, peti apa yang dibuka bila perlu?


24) masa nak mula ia gelap, masa nak habis ia cerah


25)kain apa yang orang tak nak pakai?

samb...

20) binatang apa paling kaya dalam kalangan binatang?


21)ikan apa yamg paling berharga?


22)binatang apa paling tinggi tarafnya?

samb...

17) benda apakah yang tangannya dua,mukanya satu badannya tiada?


18)puteri apa yang mudah berpeluh?


19)lori apa paling berat?

samb...

14) bila dia nak bersuara kita tekan,
bila dia nak senyap kita tekan, apakah ia?


15) bila kita guna dia kembang,
bila kita campak dia kempis,apa tu?


16) binatang apa yang paling banyak celoteh?

samb...

11) bila buka tudung menari-nari
dah pakai tudung diam di tepi


12)tikus apa bila kita pegang dia hidup,
bila kita lepas dia mati?


13) bila kita jalan dia jalan,
bila kita berhenti dia pun berhenti

sambungan teka teki

8) benda apa bila dia pergi kita kejar bila dia datang kita buang?


9)dalam banyak-banyak batu,batu apa yang orang takut?


10)anak kumbang menari-nari
bunga apa yang hanya kembang di pagi hari?

sambungan teka teki

4) kacang apa pakai topi askar?


5)buah apa hanya ada satu nyawa?


6) apa dia kalau kita masuk senang je, tapi bila nak keluar buntu jadinya?


7)burung apa paling tua kat dunia ni?

KOMUTER

suatu hari aku pergi ke Mid Valley,
dengan 2 lagi rakanku,
nak beli buku...biasalah, pelajar katakan..
dekat-dekat ni tak mainlah (cewahh...berlagak)
sampai sana berputar-putarlah kami mencari MPH,
sebab pensyarah syorkan beli buku kat situ,
banyak pilihan,
dah 2,3 kali putar jumpalah...
sudah membeli kami beli lah tiket nak naik komuter tuk balik,
buku dah jumpa,perut kenyang,badan letih jadi sume tak banyak bercakap...
pas beli tiket turun tangga kat stesen komuter,
agak-agak kami ni langkah kanan kot,
tak sampai 5 minit komuter tiba, (dalam hati masing-masing timbul rasa pelik,tapi dh penat,mengantok sume buat derk je)
dengan senang hati berebutlah kami naik komuter tu nak balik SERDANG dari MID VALLEY
sampai 1 stesen, adalah pengumuman:
"stesen berikutnya KL SENTRAL...KL SENTRAL..."(??????)
kami berbisik sesama sendiri...
nak ketawa sangat-sangat,
tapi tahan,malu la orang dengar...
apa boleh buat dah salah naik komuter,
kami slumber je la turun,
dah turun dari komuter,
apa lagi....geli hatilah dengan gelagak sendiri
kami ketawa terkakah kakah...

`teka teki...jawab jangan tak jawab

1) tali apa yang tak boleh disimpul?


2)mata apa paling besar?


3)tebu apa boleh terbang?

Isnin, 26 Julai 2010

seorang tutor???

tutor yg tidak mempunyai keterampilan dlm berbahasa,
tak profesional,
melayan student universiti mcm layan budak tadika,
kurang pengetahuan,
eh...mcm mana boleh jd mcm ni???
blajar dgn lectr enjoy sgt2 walaupn tegas tp blajr ngn tutor sgt tak enjoy malah mendatangkan sedih,
bkn hati sakit je tp terbakar beb,
ada ke cakap kitaorg suara mcm kucing,
kita ckp slow sb hormat tak kn nk memekik sedangkn dia dok sebelah je,
bukan tu je,
banyak lagi,
nasib baik la aku dan kwn2 ni budak baik kn...
sedih memang sedih,
tapi apa boleh buat,
sapelah kita,
nak kumpul ilmu kenalah sabar,
aku dgn kwn2 tak boleh nak marah2,
jd kami lepaskan marah dalam bus,
sampai fudcot kami lepas marah kt sana pulak,
habis fudcot tunggang langgang,
hahahaha...
puas hati!
akhirnya kurang sikit rasa membara walaupn tak hilang,
balik kat bilik kena pulak isi borang banci penduduk,
dh la kepala sakit,
hati sakit,
borang tu bukan calang2,
nak kena pakai empat mata,
nak dijadikan cerita:
kawan aku yg sorang ni sakit hati dia belum hilang,
aku ajak la dia nak isi borang sama2,
katanya mood dia tak ada sb sakit hati masih bersisa,
nak tahu?dia ni paling waraq dalam kalangan kami 6 orang(best friend)
selalu dia yg tenangkan kami,
tp mlm ni dia yg paling angin,
huh~~~
jahatkan orang yang buat hati kwn aku ni berapi...
apapun walaupun setinggi mana pun kita, rasa hormat pada orang lain tu perlu ada,
tidak perlulah kita menunjuk nunjuk atau berlagak,
tegurlah secara baik,
ia tidak akan mendatangkan musibah malah mendapat hadiah dari-Nya.
kalau nak menegur biarlah kena pada tempatnya,
kami juga manusia,
apa jua:setiap perbuatan ada balasannya...

p/s:kenapa orang yang rendah jawatannya paling berlagak drp org yang tinggi jawatannya???

contoh: kerani universiti sgt sombong percakapannya tapi pensyarah yg ada pangkat prof. madya sangat lembut percakapannya.

itu contoh je la kan...ngeh ngeh ngeh...


contoh jawapan: sebab diaorang tak belajar pengucapan awam dan keterampilan berbahasa.
hahahahhaa...

Khamis, 22 Julai 2010

Janganlah

Janganlah perasan cantik kalau tak cantik
Dan janganlah perasan hensem kalau memang hakikatnya anda tidak hensem.

Ramai yang macam ni sekarang. Aku tak tahu mengapa. Ada yang terlalu yakin dengan ’kecantikan’ yang dimiliki.

Cth senior aku yang bermulut jahat: aku tak mahu bagitau detail dia, bukan nak menjatuhkan dia, Cuma nak bagi contoh pengajaran yang boleh menimbulkan kebencian. Penat aku melihatnya. Tercari-cari di mana keistimewaannya. Yea...memang dia punya kelebihan. Pada keyakinanya! Tapi tolonglah, janganlah terlalu berlagak. Meluat aku tengok. Sampaikan aku senyum pun dia wat tak tahu, maklumlah takut jatuh emas kat mulut tu. Huh~~~(cantik sangat ke dia tu?)pada aku macam biasa-biasa je...yang lebih padanya adalah dia miliki kulit yang putih. Tu je k! Tak lebih. Hidung? Jambu asenya. mulut?hahaahha...bila ingat kat dia macam lawak pulak, perasan cantik tapi tak cantik, kesian kan... (jahatnyer aku!) tak pela, malas la aku nak cerita. Tambah dosa je. Aku bukan tidak mensyukuri ketentuan-Nya, jauh sekali meghina, aku sekadar nak mengingatkan.

Ada 4 golongan manusia yang menonjol dan yang sederhana tu tak payah cakapla:

1)ada muka cantik tp perangai buruk orang menyampah.
2)ada muka tak cantik perangai pun buruk orang benci.
3)ada muka buruk perangai baik,tak apa...orang tak kisah.
4)ada muka cantik, perangai cantik...alhamdulillah...tu satu anugerah.

Aku sangat suka golongan yang ke 3 dan 4.

Tapi tolong la ea...tolong...jangan perasan sangat. Malu kat orang...orang akan mengata, malu...eeee...

aku

Aku

Sedikit sebanyak tentang aku.

Hari ni baru aku sempat nak cerita tentang aku. Aku hidup dalam dua buah keluarga. Satu keluarga aku dan satu keluarga mak su ku. Aku berasal dari kelantan. Kelantan tulen. Semua kaum kerabat aku berasal dari kelantan. Nenek moyang aku asal kelantan. Nenek dan datuk sebelah ayah aku melayu tulen. Sebelah mak aku pulak, nenek aku melayu dan datuk aku cina (sebab tu la mata aku nak sepet tak nak sepet je ni:p)aha…tapi sekarang aku duduk perak kerana mengikuti mak su yang bekerja sebagai usahawan (cewahh..:p), aku dan keluarga pun terpaksalah pindah juga ke perak atas permintaan mak su yang tercinta.:p…di sana tinggallah keluarga aku dan maksu. Aku ada mak, ayah, kakak dan aku yang paling bongsu, maksu, serta sepupu-sepupu aku: edy,edry,edlyn dan eric. Budak2 ni la yang menjadi penghibur aku di kala sunyi. Tapi bila aku stress budak-budak ni la yang menjadi tempat melepaskn geram (hahhaha…gurau je).
Edy anak yg sulung berumur 7tahun. Manja. Suka bermain game. Edry anak kedua berumur 6tahun.suka bermain bola.lasak. edlyn anak ketiga berumur 5tahun dan satu-satunya anak perempuan maksu aku, suka menyanyi dan banyak cakap( sampaikan aku terpaksa menyuruhnya diam bila mood aku kurang baik). Eric yang paling bongsu berumur 3tahun.manja,nakal,suka memasak.(masa berumur 1-2tahun selalu memaksa aku mendukungnya untuk melihat mak aku memasak di dapur,kalau tak uwek uwek uwek dia menangis, jd terpaksalah aku menurut perintahnya).
Nenek yang aku sayang sudah meninggalkan aku hampir setahun. Rindu aku padanya. Semoga nenek ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aku sayang nenek!
Kakak aku dah kawin.huhuhu…tinggallah aku seorang diri di rumah kalau mak ayah aku keluar. Sedih kan???kakak aku bakal cikgu. Tapi sementara menunggu posting, dia keje la dengan maksu sementara waktu.
Mak aku lebih kurang PA maksu. Kalau maksu out station makla yang akan uruskan kedai-kedai kat perak ni. Makla yang tolong tengok2kan orang gaji dengan anak-anak dia kat rumah ni. Mak aku ni macam pelapis la. Ahaaa...
Ayah aku, jaga stok. Tengok-tengokkan stok dengan budak-budak keje ni, ntahlah aku pun tak tahu nak cakap. Banyak gak keje bila ada keje tapi kurang keje bila tak ada keje. (bila perlu):p
Aku???aku dok umah je la. Nape tak keje dengan maksu bila cuti???tak maulah, nak rehat. Tunggu aku habis belajar, aku keje la dengan maksu. Sebenarnya dah lama maksu suruh aku tolong dia, tapi aku je macam malas-malas,nak tak nak je.bagilah aku masa.hehehehe...tapi kat rumah, aku dok goyang kaki sorang2 bila mak ayah aku keluar keje. Kalau tak kemas umah, aku tengok tv sampai ke malam. Macam-macam ada (astro)...:p...jarang sekali aku dapat berkumpul dengan keluarga aku. Semuanya sibuk. Tambah-tambah bila nak bukak kedai baru. Hmmm...duduk sorangla aku kat rumah. Main ngn sepupu??? Aku sebenarnya tak boleh sangat main ngn budak2 yang berumur 3tahun ke atas. Nakal n buas. Wat aku hangin je...hehehhe...lebih baik aku dok sorang kt umah. Tgk tv. Tak pening kepala aku layan kerenah mereka yang nakal dan becok2 semuanya. Bila aku rindu dan bosan barulah aku cari mereka (jahat kn???hehehe)Sekarang ni aku ada rasa rindu dengan budak2 tu. Dah 2 minggu tak dengar suara mereka.huhuhuhu...
Maksu bukak kedai apa???haa....kedai kosmetik. Pernah dengar Vida Beauty??? Dalam metro, wanita, THR, tv 3, tv9. baru nak bertatih...kalau nak beli maila..hah..mai ramai-ramai pakat beli Vida...hehehhe...semoga semuanya diberkati-Nya.
Aku sebenarnya bosan ni, teringat kat family, sb tu aku tulis ni...tadi mak aku dah hantar kamera digital milik kakak aku yang baru 3,4 bulan dibelinya.hahaha....kesian kan, tapi kakak aku tak kisah, dia kan sayang aku. Kalau tak sayang aku, nak sayang siapa lagi?aku je adik dia yang comel ni...ahahaha...mak aku kirim ubat batuk sekali (gamat plus: aku suka minum ubat batuk ni bila selsme:ada dijual dikedai maksu:p) Aku batuk. Selseme. Risau. Almaklumlah ramai yg selseme sekarang ni.mintak dijauhkan yang tidak-tidak. Amin....
Cite psl kuarga aku sikit2 suda~~~ hah ni tentang aku plak:

Aku tak ada ramai kawan

*kalau diikutkan aku boleh dapat ramai kawan. Tapi tak tahu di mana silapnya. Bila cuti sem, aku balik rumah, aku duduh je kat rumah. Tak pergi memana. Tak jumpa kawan. Memang tak de kawan pun.Tengok tv, makan,mengemas,tidur. Bila difikir balik macam perempuan melayu terakhir la plak...heehehe,duduk je kat rumah tunggu pinangan.

Aku tak pandai nak berdikari
*aku memang tak pandai nak berdikari. Mungkin mak aku selalu manjakan aku. Kalau aku nak pergi mana-mana mesti dengan mak aku. Kalau mak aku tak dapat temankan, mesti aku keluar dengan kakak aku. Aku tak pernah keluar seorang diri. Di kampus, kawan aku selalu menemani aku sama ada ke kuliah atau ke mana saje. Di rumah aku dengan keluargaku. Di kampus aku dengan kawan-kawanku.

Aku mudah gugup
Bila aku dikehendaki bercakap di hadapan orang ramai, aku mesti terketar-ketar. Rasa mahu menangis pun ada. Entah mengapa, aku tidak pandai untuk menghilangkan rasa gugup.

Aku seorang yang penakut
*ke tandas tanpa ditemani membuatkan aku rasa takut yang amat. Tambahan lagi bila hari sudah lewat malam. Dulu semasa aku menjadi penghuni 3rd floor, kawanku menjadi peneman setia bila aku memerlukan khidmatnya, sama ada aku nak pupu atau shishi (:p)..

Aku seorang yang agak pemalu
* Kalau aku jumpa orang yang aku tak kenali ketika berjalan-jalan dan melihat ke arahku (terutamanya lelaki hensem,:p) malu aku bertambah hebat. Sebab tu bila aku keluar ke mana-mana aku jalan terus ke destinasiku, aku tunduk, bila ada mata yang memandang dan tersenyum ke arahku, aku tunduk malu...bila dah jauh dari mereka,rasa ingin dipandang lagi, tercari-cari pulak lelaki tadi, bila jumpa lagi, aku tunduk lagi, bila hilang rasa menyesal pulak tak balas senyuman mereka...(gatal),,,ahahhaha...

Aku tak pandai nak bergaul

*kalau ada saudara datang rumah pun aku tak pandai nak melayan. Aku duduk kat bilik je. Mak aku je yang melayan. Apa nak jadila dengan aku ni. Kalau aku pergi mana-mana, aku tak pandai nak pandang orang dan senyum. Aku buat muka sendiri. Orang tengok pun menyampah kan?

Aku bermuka garang

*orang kata muka aku sombong,garang dan berlagak. Aku tak tahu mengapa. Tapi yang aku tahu muka aku memang begini sejak lahir lagi (mungkin masa mengandungkan aku mak aku kurang vitamin c kot,:p...ahaa) Tapi kalau orang yang kenal aku, mereka tahu bahawa dalam hati aku ni ada taman dilengkapi dengan air terjun yang indah sekali. Itulah aku. Aku tak makan orang. Jadi jangan kata aku sombong. Datanglah berkawan dengan aku.:(

Aku nak tambah kawan...tak kira jantina tapi yang betul2 nak kawan. Kalau nak couple, yang hensem je diterima...ahaaa...(gatal...):p....apa pun selamat datang ke blog aku...kalau ada yang tersalah kata tersilap berbicara terlebih bergurau,.,,,sorila ea...ehehhe...saje je.bosan...

Isnin, 19 Julai 2010

haru biru

memang haru jadinya...
mlm ni kena siapkan projek sastera dalam multimedia degan kadar yg segera,
dibuat dengan cermat!
tak mau kotoran!
dihantar tepat!
lewat seminit tak diterima!

segera!

group aku paling lambat siap,
haru aku jadinyer!
mana tak nyer,
huruf kecik-kecik kena gunting,
naik pening kepala aku!
fuh!

lepas siap, sekali lagi haru,
orang semua dah pergi hantar ke bilik DR.
tepat jam 9.45 malam,
2 orang dari group aku di eksport ke sana,
diaorang terkejar-kejarla,
pecut 100meter tuh!
fuyoo...ahaha...



nasib baik,:)
harap-harap projek pertama kami tu diterima baik oleh Dr.
amin...:p

kisah Seri Rama (wayang kulit)

Bunga hatiku Sita Dewi
Dicuri dibawa pergi
Oleh sang perosak bumi
Yang berhati duri
Rawana kejam yang iri hati
Seribu melangkah cari
Menjejak si bunga hati
Ribut perang menjadi saksi
Maha dasyat membelah bumi
Itulah bukti cinta suci
Sanggup berkorban bertarung mati

kuntum memori

Dahulunya
Kesegaran itu telah menghanyutkan
Setangkai madu
Ke lautan gembira
Ke sejuta rasa
Ke pelosok dunia
Kini Kesegaran itu hilang
Turut membawa pergi rasa itu
Melayukan sekuntum semangat itu
Menggugurkan kelopak cinta itu
Membawa pergi segala-gala
Meninggalkan sisa bebunga
Yang telah pudar kesuciannya

kuntum hati...

Segar mawarku
Direnjis embun pagi
Amat mendamaikan hati

Segar mawarku
Dibelai gerimis petang
Mekar di taman

Segar mawarku
Membangkit kenangan usang
Menyentuh perasaan kala keseorangan

Segar mawarku
Mengigatkanku
Pada nostalgia lama hidupku

cinta...

Dahulu cinta….

Ku agung-agungkan
Kerana disitulah adanya kenikmatan hidup
Kesunyian diisi dengan limpahan kasih sayang
Hidup dipenuhi angan-angan
Tatkala bersamanya aku dipenuhi dengan mimpi indah
Namun dalam sekelip mata gelora melanda

Kini cinta.....

Ku rasa amat menyakitkan
Kerana ia telah membawaku ke lubang dosa
Diriku tidak lagi dikasihi
Pada saat ini cinta dirasakan pembunuh diri
Kesunyian membakar hati
Memori usang kukunci mati

Kini ku tahu...
Kekosongan hati tanpa cinta tak semestinya perlu diisi dengan cinta seorang lelaki
Ia juga boleh dilimpahi dengan cinta terhadap Ilahi
Kini...
Aku tidak lagi mengharapkan cinta seorang lelaki
Kini...
Aku mencuba untuk memenuhi hati dengan cinta kepada Ilahi

Sabtu, 17 Julai 2010

naib juara...

puas....memang puas...

aku bersorak bagai nak rak,

akhirnye berbaloi-baloi...

ahaaa...



naib juara MTB UPM dimenangi oleh.....jeng jeng jeng....

KMR+KOSASS....yahooo....



aku pun mulalah melompat2 nak runtuh dewan..



naik serak suara aku ni..

adeh....tp puas!

nak nyanyi sikit..




"budak kosass,budak kosass,budak kosass sudah datang,
sume org pandang2, budak kosass sudah datang"

hureyyyyy.....

Jumaat, 16 Julai 2010

xtvt kolej

1)senam seni..

memg berseni ak bersenam,,,ahaa....xikot aturan langsung,

main hentam je...ahahahh,kalo de org rakam,menang ak masuk bertanding dlm funniest video,aha...



2)service kolej..

penat...eheheh...



padahal wt keje skt je pon,,,:p

luahan sebal!

xke hampeh kalo ada senior yg berlagak???
perasan hebat,
padahal baru je pindah,
dia leh dikira junior ak,
xsedar diri tol,
mentang2 lah kwn dia penah jd TP,nk berlagak...wekkk...
ingt ak kisah pasal dia,
nk berlagak,sorg2 dh la,
jgn diajak junior wt skali,
ase nk hantuk je kepala dia kt dinding,
biar dia tau betapa hati ak ni sakit,
eeee....geramnyer....!!!!
tp ak xkira junior ke senior ke kalo berlagak ak sapu bersih sume kalo xikut peraturan!!!

korang jgn main2 ngn ak!
kalo ak marah,ak xkisahla siapa dia...!

kalo ak jd baik memg ak akn baik gila2,
tp kalo ak jd garang ak akn garang gila,

benci ak ngn budak berlagak 2...
memg xbaik benci org tp memg xleh tahan la,
dr sem lepas lg dia berlagak ngn ak,
nk tau cite ttg asl usul nape ak xsuka dia?
suatu hari ak jumpa dia,
aku senyum kt dia sampai telinga korg tau?,dia punyer la bebal,xbalas pn senyuman ak,(padam muka aku!gatal nk senyum kt dia nape?)malah dia tgk je muka ak,wt2 mcm xknl ak,padahal ak berselisih bahu je ngn dia,xkn buta kot...ak punyer la hangin terus ak ckp "xreti nk senyum ke,malas dh ak nk sedekah senyum kt ko",punye la sakit ati ak ckp je masa 2 jgk,xtaula dia dengar ke x,biar padam muka,sampai arini ak xtgk muka dia,skali berlagak xpe tp kalo dh 3,4 kali berlagak sape leh tahan???menyampah ak...dia ingt ak ni mcm budak lain,nk berlagak pn tgk orgla...!

ngok ngek...

apa yg terjadi???

azam yg tertunda:
punyelah xtetap pendirian,
dh 2tahu ak berazam nk diet,
xmau mkn mlm,
tp tiap kali ak berazam 2 la tetiba je ak jd pelupa,
ak slalu terorder ak punyer dinner,
so ak pn tunda utk tahun2 yg seterusnya,
same ngn tahun ni,
skali lg ak berazam nk diet,
mula ngn mlm ni,
tp mlm ni ak silap lg,
nk djadikn cerita,
bosan punyer pasal,
dok sorang2,
mengemas bilik,
terbelek2 la ak punyer stok mkanan,

apa yg terjadi???

ak pn termknla kerepek,ahahaha...
(almaklumlah dlm bilik ni byk kerepek)

pas termakan kerepek ak pn temakan la biskut,
cicah ngn air susu,
nyum3...

apa dh jd ngn azam tahun ni???

nur yg datang...

Dum...dum...dum...
Pintu rumahku diketuk
Diketuk bertalu-talu
Ku buka
Seseorang di luar
Kesedaran telah datang
Membawa santapan
Sebungkus keinsafan
Segelas petunjuk hidayat
Terdengar bayu membisik
Mengarah supaya menjauh
Aku menutup pintuku
Keraguan menjerat
Persoalan memukat
Dan aku terikat
Seguni nasihat lapuk terusung datang
Nur masuk menerjah minda
Dum...dum...dum...
Pintuku diketuk lagi
Terkeliru dan kelu
Warasku pulang
Akalku tersedar dari mati
Ku buka pintu
Menerima bungkusan insaf
Mengambil segala pemberian itu
Terasa begitu lapang
Aku melompat gembira
Menyenangi kedatangannya
Bersyukur dengan pemberiannya
Dengan petunjuk-Mu Ya Rabbi
Aku kembali...

rahasia hati

Tika ini...
Hatiku hancur lumat
Ibarat ditumbuk digilis sang lesung
Pedih
Sakit
Perit
Kelihatan aku berbahagia di luar
Namun di dalam luka menggigit luka
Sungguh kecewa
Amat kecewa
Sikapnya
Perbuatannya
Terhadapku
Insan yang lemah
Insan yang tidak terdaya
Jauh disudut hati
Aku mengakui kekurangan diri
Namun kejadian ini
Akan ku kunci mati
Tiada sesiapa dapat mengesani
Iannya akan menjadi memori mati
Yang akan disimpan sehingga akhir hayat ini
DOSA

Apakah engkau mengerti apa itu dosa
Tidakkah engkau tahu maknanya
Zina...
Mabuk...
Bunuh...
Menipu...
Itu semua adalah dosa
Dosa yang maha hebat
Dosa yang bisa membuang dirimu ke lautan api
Dosa yang mampu menyiat-nyiat dirimu dalam jutaan duri
Dosa yang boleh menghancurkan setiap isi kulimu dengan belatani
Iannya lebih besar daripada raja taufan
Namun begitu Tuhan itu Maha Agung
Maha Pengampun
Maha Pemurah
Maha Mengasihani
Engkau yang melakukan itu
Bertaubatlah
Kembali ke jalan yang benar
Yakni menginsafkan diri dengan seikhlas hati
Insya Allah mampu ke jalan yang lurus lagi hakiki

Khamis, 15 Julai 2010

berukband yg suka "tataraaaaa"

berukband ak ni wt hal...
kejap dpt guna kejap xdpt guna...
paling ak nk marah kn,kalo time xde line berukband ak ni mati dgn sendirinyer,paling xboleh bla bila dia nk mati 2, time2 nyawa ikan la kn,dia akn kuarkan bunyi "tattaraaaaa..."(mcm bunyi tamat persembahan)
menyampah betoi...
ak xwt persembahan lg dia dh "tataraaaa".
so skrg ni pn dia dh 2,3 kali "tataraaaaa".
ak pn dh naik myampah dh ni...
ak pn nk "tataraaaaa" jgk ni...
so..."tataraaaaa"....

buekkk...nk muntah ak dgn bunyi 2,,,

lembabnyer aku...

nk dijadikn cite yg memalukn,ak ni memg baik jugakla dgn abg2 kt fudcot terutama skali yg kdai favourite ak 2,nama dia biarlah rahsia,ak panggil abg 2 'abg diskaun',haaha,sb dulu kalo ak beli kt dia,ak slalu tawar menawar,so dptla diskaun sikit,suatu hari:
abg 1:dik,ada duit tukar tak RM 100??
aku:ada RM 40 je bang!
abg 1:xpela,mai dulu..nah RM 50, nanti bayar masa nk beli nasi.
aku:bereh,nanti sy amik nasi dgn baki jap lg.(punyerla confident kn,nk amik baki psl apa ntah,dasar lembab math,ahahah)
pas 2,ak g la amik nasi,sampai kt kaunter;
abg 1 diskaun:RM3.00,zaty.
aku:oh,td abg 1 tukar duit ngn zaty,so bgla baki Rm7 lg sb td ada duit lbh RM 10(dgn muka slumber bodo je)
abg 1:eh,padahal dia yg utang kita RM10,td bg RM40 je kn???...(sambil senyum2 wtkn ak tiba2 jd bijak plak,mcm baru kena renjat ngn elektrik je,tiba2 sedar,time 2 la ak terpkr,memg bodoh la ak ni,wt malu je,xterpikir langsung yg td ak bg dia 40rial je,,,peh...tp dgn muka slumber ak pusing mcm penari balet antarabangsa 2 g amik beg duit sambil mengilai2 mcm cik ponti pn dgn kuatnyer utk membuang rasa malu yg sudah sampai tahap dewa langit.sume org pandang ak,tp ak wt xtahu je,malas nk mlayan bengap sendiri...siul punye abg diskaun,dia ngn abg 1 ketawakn ak gila2...