Terpaksa berjalan ke perpustakaan UPM ni,
Sebab bas KOSASS entah hilang ke mana,
Bila nak tak ada,
Bila tak nak boleh plak dia wat barisan depan kolej aku ni,
Marah betul...
Malam-malam berjalan dengan 3 lagi rakan,
Sampai sana pilih buku,
Punyalah lama,
Tak ada satu pun yang berkaitan dengan tajuk proposal aku,
Hampir 2 jam aku mencari dengan sabar,
Huh~~~
Namun tak membuahkan hasil,
Tapi tak apa,
Niat aku baik,
Apa pun aku menahan kesal dan marah dalam hati,
Kawan aku yang sorang ni jumpa buku rujukan,
6 biji tuh...!
Untung dia,
Sampai dekat kaunter,
Kawan aku ni nak la pinjam buku,
Pustakawan tu cakap mesin ada,
So awak pinjam dengan mesin la,
Aku yang melihat kejadia itu menahan sabar,
Apa tak nyer dah lewat malam,
Dah la kena balik jalan kaki lagi ni,
Tapi kawan aku yang baik dan lemah lembut tu pun bergerak ke mesin pinjaman buku,
Bila nampak kawan aku terkial-kial aku pun pergila tolong dia,
Tak dapat pinjam,
Tak lulus,
Pustakawan tadi tengok,
Dia buat bodoh je,
Tak apa,
Aku kan penyabar,
Lepas tu kawan aku pergi dekat mesin yang satu lagi,
Tak dapat jugak,
Pustakawan tadi pun cakap,
Mesti awak ada hutang,
Dia minta kad matrik kawan aku nih,
Kawan aku pun bagi,
Dia cakap memang awak ada hutang,
Entah tiba-tiba ada hutang,
Bila masa dan zaman mana,
Dah bayar dia suruh kawan aku ni pergi kat mesin tu lagi,
Apa salahnya kalau dia touch je buku tu dekat situ?
Bukan payah!!!!
Lepas dia bagi duit baki tu kawan aku dengan lembut mengucapkan ”terima kasih”
Aku ni dah panas ni,
Dari tadi nak pinjam buku ada je masalahnya,
Aku yang temankan kawan ni jadi panas,
Aku ambil buku kawan tu,
Pergi kat mesin,
Buat lagi,
Tak dapat,
Mesin tak berfungsi,
Pustakawan tadi baru je nak pergi bergayut untuk kali kedua,
Tak sempat nak bergayut,
Aku panggil,
Dia datang,
Dia tanya kawan pustakawan yang lain nape mesin jadi macam ni,
Kawan dia tu cakap kalau pukul 10 automatik mesin tu off,
Dia boleh plak cakap ”oh..yeke, saya baru tahu”
Dia pun panggil kawan aku nak touch buku kat kaunter,
Apa salahnya dia buat dari tadi?
Bukan ada orang pun dekat situ,
Pelik~~~
Buang masa aku hampir setengah jam,
Aku plak yang menahan angin dari tadi,
Terus keluar tinggalkan kawan aku,
Aku tak boleh la kalau orang berlagak dengan aku,
Kalau aku yang berlagak dengan orang tak pe,
Lagi lama aku duduk situ lagi angin,
Silap hari bulan leper muka pustakawan tu aku kepik dengan buku!
Marah betul...
Dah la angkuh!
Pustakawan je pun...
Berlagak,
Kalau setakat kerja macam tu,
Aku pun boleh amik ko jadi pekerja aku,
Jadi orang gaji umah aku, nak???
Eleh...!
Keluar dari situ aku sambung membebel dengan kawan aku,
Kawan aku rupanya marah jugak dekat pustakawan tadi,
Jadi perjalanan pulang ke kolej dihiasi dengan bebelan kami berempat kepada pustakawan tadi,
Kawan aku yang juga marah tadi cakap:
“boleh pulak syaitan terlepas bulan-bulan puasa ni”
Dengan slumbernya...
Tak tertahan aku menahan ketawa!
Boleh pulak dia cakap macam tu...
Adoi...pecah perut seketika,
Lupa sekejap marah yang membuak tadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan