Jumaat, 24 September 2010

DIA SEORANG PEREMPUAN

Sakit hati…

Kenapa ada manusia yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang sedemikian?tidak fikirkah dia bahawa kami juga berperasaan?bukankah dia manusia cerdik yang punya akal untuk membezakan yang mana baik yang mana buruk?dia seorang perempuan, bukan ke seorang perempuan mempunyai hati yang lembut dan halus, yang bisa membaca tiap-tiap rasa terutamanya kaumnya sendiri?namun tidak dia…kaumnya dianggap sebagai lawannya barangkali. Sentiasa menunjuk-nunjuk kehebatannya. Sehinggakan rakan seperjuangannya yang dahulu juga pernah mengatakan rasa tidak senang dengannya kepada kami walaupun kami ini juniornya. Kenapa dia begitu? Kami…tidak bisa melawannya, bukan takut tapi siapalah kami?melukut ditepian gantang sahaja, apapun perbuatannya pada kami, kami hanya perlu bersabar. Kerana, dia wakil yang diberi penuh harapan dan tanggungjawab oleh beliau yang kami sayang. Kerana beliau, kami bersabar. Walaupun hati ini amat menderita, amat parah. Dia melayan kami seolah-olah kami tidak berperasaan dan kebudak-budakan. Kami sudah dewasa dan punya perasaan yang sensitive. Dia tiada hak untuk mencerca kami seenak-enaknya. Namun, kami bertahan dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Luahan rasa hanya pada rakan-rakan senasib. Kami tetap akan bertahan kerana kami tahu bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Suatu hari nanti, dia akan sedar akan kesilapan besar yang pernah dia lakukan sepanjang hidupnya.

Jumaat, 17 September 2010

RAYA KETUJUH : (NASIB BAIK)

Semalam aku lambat tidur. Ada kawan call. So layan lah kejap…tapi takut aku nak tidur sebab tengok cerita hantu beranak dalam kubur..eeee…seram. so aku angkat bantal pergi bilik mak aku, tidur dengan mak. Hehehe…dah abah tak ada balik Kelantan, so aku ambik peluang…nak dijadikan cerita, malam tu maksu dengan mak aku tak dapat tidur. Sebab…begini ceritanya:


Masa maksu aku keluar, ada sorang India datang. Dia cakap dengan salah seorang driver maksu, nasib baik pagar umah tutup. Dan nasib baik jugak pekeja maksu tu ada kat depan umah. So diaorang bercakap-cakaplah. Orang tu cakap kat pekeja maksu yang dia nak pinjam duit 4,5 ratus. Wah…terkejut, sebab kami memang tak kenal orang tu. Pekeja tu cakaplah maksu keluar meeting. Tapi dia nak tunggu juga, adoi…kami kat dalam rumah dah risau. Lepas tu orang tu main-main kat kereta, dok goyang-goyang kereta perdana maksu. Macam tak berapa sihat je..takut aku dengar. Berdiri bulu roma. Nasib baik jugak pekerja maksu tu berbadan besar. Dia yakinkan orang tu yang maksu lambat balik, tapi belum pun habis nak yakinkan orang tu, maksu aku pun balik. Aduh..lupa nak call dulu, rosak rancangan. Tapi nasib baik pekerja maksu ramai, jadi diaorangla yang melayan orang tu. Yang maksu pulak cepat-cepat masuk rumah. Pekerja maksu yang kat luar tu balik lambat sikit sebab jadi jaga kat luar tu kejap. Sebab mak aku dengan maksu dan pucat. Memang takut sangat-sangat.

Nak dijadikan cerita lagi, masa aku tengah tidur pagi tu ntah pukul berapa tak tengok jam, loceng umah berbunyi. Mak aku bangun, dengan aku sekali terbangun. Mak aku turun tengok. Rupa-rupanya budak yang datang beraya semalam datang lagi. Dia bawak budak-budak lain. Wadu-waduh…enggak faham lagi ke? Penat la…asyik mengganggu orang je. Mak aku pun keluar la, cakap majikan tak ada. Ada ke budak tu bagi arahan kat mak aku supaya bukak pintu pagar. Diaorang nak masuk jugak. Peh~~~tak hormat orang langsung budak ni! Mentang-mentanglah mak aku mengaku orang gaji, dia senang-senang nak cakap macam tu. Dia tak tahu mak aku ni siapa!eeee…nasib baik bukan aku yang turun jumpa budak-budak tu. Mentang-mentanglah maksu aku layan diaorang baik…ooo…senang-senang nak pijak kepala ea?ada baiknya jugak mak aku mengaku orang gaji, sebab boleh bagi alasan yang majikan tak ada kat rumah…heeee, jadi pintu tak dibuka…


RAYA KEENAM (ORANG GAJI)

Lepas solat subuh, aku dah tak dapat lelapkan mata. Pujuk punyer pujuk tak mau jugak lelap!ish…geram betul, lepas tu aku turunla bawah,kemas-kemas sikit, makan-makan sikit, lepas tu pukul 11.30 pagi terasa bosan sangat. Aku pun baring kat sofa…hmmm, rasa macam tak bestla, nak naik malas…jadi aku masuklah bilik orang gaji,heheheh…sebab aku baru kemas bilik tu semalam, jadi aku pun pikir nak tidur kat situ kejap.

 Baru je nak lelap, bunyi loceng. Peh~~~mengganggu je! Aku buat tak tahu je, sebab kalau rakan niaga ke kawan ke atau saudara mara ke yang nak datang beraya mesti beritahu dulu sebelum datang, tak pun call dulu. Tapi loceng ni masih bunyi-bunyi lagi..eeee!aku jenguk kat luar disebalik langsir, ada budak-budak 3 orang. Laaa…apasal la dia datang hari ni, adoiii…tunggula petang-petang sikit, ganggu je la…lepas tu aku masuk bilik sambung tidur, tapi bila namanya budak memang budak lah! Masih tekan-tekan lagi loceng ni, siap masuk perkarangan rumah lagi ketuk pintu.

Laa…dah orang tak bukak tu tak bukaklah, nak ketuk lama-lama watpe?aku pun satu hal, pagi-pagi tadi aku bukak pagar kasi tukang kebun masuk wat keje dia, lepas tu lupa pulak nak tutup..ish3…aku dengan muka pagi faham-fahamlah, dengan rambutnya ntah apa-apa ntah, tak kemas, mandi pun belum,aku pun mesej la mak aku yang tengah tidur kat atas nuh. (sorilah, maksu dengan ma aku bangun lambat sebab biasa tidur pukul 4,5 pagi).

Mak aku turun dengan tak mandinya jugak, bukak pintu kasi budak-budak tu masuk. Budak tu punyerlah cakap banyak. Katanya dia datang sebab jiran dia kata ada umah orang kaya Kat sini, siap bawak keratan majalah yang ada iklan maksu aku, sebagai penunjuk jalan, katanya lagi dia Tanya pak guard kat depan tu macam mana nak datang sini, hmm…sekali dengar memang geli hati dengan keletah bebudak tu. Lepas tu aku hidang air kotak je lah dengan makan kuih-kuih yang ada kat meja tu.

Ada lagi, budak tu Tanya mak aku ni siapa?orang gaji dia ke?ceh…!!!memang budak yang tak reti bercakap betul!!!aku memang rasa nak marah, tapi cool~~~sebab budak. Mak aku pulak siap ketawa lagi, lepas tu dia pun mengiakan kat budak tu yang mak aku ni orang gaji. Lepas tu bebudak tu bercakap-cakap la dengan kawan-kawan dia, melihat sekeliling rumah ni, aku dengar tapi buat-buat tak dengar. Yang aku nak ketawa bila bebudak ni saling bertanya tapak kaki siapa kat depan pintu. Mungkin sebab diaorang basuh kaki kat luar tadi, so ada kesan kaki hitam kat lantai. Berlari bebudak 3 orang tu mengelap lantai tu dengan tisu. Hahahah… Macam-macam.


Lepas tu maksu aku turun. Berborak dengan budak-budak tu, Tanya latar belakang diaorang. Ada sorang tu cakap dia dapat duit raya tapi bapak dia ambil. Kononnya macam mengadu kat maksu akula.hmmm…Lepas tu bagilah duit raya sesorang. Dah bukak duit raya punyalah happy bebudak tu, siap puji-puji lagi tak penah dapat duit raya yang macam ni. Tak apalah…keluarga aku bukannya senang sangat tapi bolehlah bagi sikit sebagai sedekah.

Dah balik, lepas tu dalam setengah jam datang lagi budak tu bawak sorang kawan. Hmm…ni yang aku malas nak bukak pintu ni! Bukan sombong tapi aku sibuk. Mana nak melayan sepupu aku ni lagi, nak kemas umah lagi, nak jemur kain lagi. Geram aku!

Mak aku bukak pintu, mak aku dah la penat. Malam tidur pukul 4,5 pagi…ni gangguan lagi dengan budak-budak ni. Bebudak ni bawa orang yang lebih besar dari dia, dalam 12 atau 13 tahun, dah besar tapi perangai…hmmm…dah masuk, hidang lagi sekali air kat bebudak tu, maksu turun bagi duit raya. Dah bagi bebudak tu baliklah.

Alhamdulillah…tapi tak serik korang tau…petang tu datang lagi, bawak budak-budak yang lain. Sekali fikir kan macam dalam filem, tak percaya ada budak yang perangai serupa ini. Adoiii…tapi nasib baiklah maksu aku dah keluar. Jadi mak aku yang diaorang anggap orang gaji ni cakap lah kat bebudak tu yang majikan dah keluar. Hahahha…tapi budak ni tak malu, adoi…masuk jugak perkarangan umah, mak aku pun bagi lah air tin. Tapi masih tak balik-balik lagi. Jadi mak aku pun cakaplah yang maksu aku ni lambat balik, jadi diaorang ni pun ghaib lah..huh~~~tak ada keje kita nak melayan orang yang sama. Keje kat umah ni banyak lagi. Dahla aku sorang je anak dara kat umah ni, penat oiii….

RAYA KEEMPAT : (RAYA DUA KAUM)

Hmmm…rakan niaga maksu datang, 2 buah keluarga, 1 keluarga Melayu dan 1 keluarga cina. Lepas settle “beraya” dengan keluarga Melayu sekeluarga, kami beralih pula dengan keluarga cina. Hidang nasi beriani…nyam..nyam…tapi aku tak suka sangat nasi maple nih..heee…wow…ada jugak yang datang beraya walaupun kami ni tak keluar beraya, nasib baiklah…ada juga suasana raya…raya 1 Malaysia..heee

PERISTIWA

Peristiwa menyayat hati pengasas kosmetik terkemuka NV amat menyedihkan masyarakat. Aku turut bersimpati terhadap keluarga beliau. Keluargaku selalu mengikuti perkembangan kisah beliau.                Al- Fatihah untuk beliau…semoga semuanya berjalan dengan lancer dan diberkati…amin…

PLAN TAK JADI

Huh~~~plan aku sebelum balik beraya tak jadi…kononnya nak rehat, nak kemas bilik kesayangan, peh…semua hanya plan, xmenjadi pun…eeeee…!!!!

RAYA KETIGA

Macam hari-hari biasa…tak ada beza dengan raya…L

RAYA KEDUA

Dah tak ada apa da….semua orang keje, aku kat umah dengan bebudak ni…bosan sangat-sangat…uwaaaa…!

HARI RAYA PERTAMA

Aku bangun pukul 11.15 pagi..adoi, niatnya nak bangun pukul 2 petang, hehehe..sebab semalam tidur lewat kan…:p..kemas umah sikit-sikit, bila budak-budak tu bangun aku mandikan diaorang, iron baju diaorang, siap-siap, suap diaorang makan, lepas tu aku pulak naik mandi…siap pakai baju kurung, padahal tak raya ke mana pun, ma aku lah ni…nak jugak suh aku pakai baju kurung kat umah ni…hmmm…kakak aku balik dengan suami dan adik ipar dia, lepas tu makan ramai-ramai, petang tu driver maksu datang, bagi makanan; nasi himpit, rendang, serunding, kek…fuh~~~banyak betul..baik staff maksu yang sorang ni…heeee,jadi bertambahlah makanan kat umah ni, dengan lauk ma aku masak lagi..budak-budak tu apa lagi, rambang mata la..dahla air tersusun rapi dekat peti ais, makanan banyak pulak, biskut raya cantik je kat meja, dan akulah mangsanya bila tiap beberapa saat diaorang ni makan je kejenya sampaikan yang paling kecik tu muntah sebab makan banyak sangat..aduh..orang lain tak cukup makan tapi orang kat umah ni terlebih makan, penat aku tengok makanan tersusun je kat setiap genap rumah ni. Hah…tak kira lagi banyak hadiah dari rakan niaga maksu, dengan 5,6 hamper yang tinggi-tinggi macam dapat hadiah pertama dalam pertandingan, lupa aku nak ambil gambar..aku dah bukak semua dah…dah susun kat dalam almari dah, huhuhu….penatla…2,3 kali aku kemas dalam masa beberapa minit. Kalau aku dah habis belajar tak pe lah, senang cite aku buat part time jaga budak ni, cukup sebulan mintak RM 2000, senang…heehhe,dah penat lah,aku mengarut apa ntah ni…ok berbalik pada cerita aku ni, penat punye pasal..lepas solat magrib aku tertidur kejap. Pukul 9 lebih aku bangun, turun bawah tengok tv sambil makan lagi….heeeee…

MALAM RAYA

Sibuk melayan sepupu-sepupuku yang amat nakal…pening~~~ ma dengan maksu keluar tengok-tengokkan kedai, staff ramai yang cuti, so ma dengan maksu aku kena turun padangla…adoi, aku kat rumah dengan budak-budak ni kelam kabut, pening dibuatnya, mana taknya, orang gaji merangkap pengasuh budak-budak ni balik beraya di Indonesia dengan keluarganya, jadi aku yang cuti ni terpaksa ambil alih tugas menjaga budak-budak ni. Fuh…aku lebih suka mengemas rumah dari A sampai Z daripada melayan kerenah budak-budak yang buas-buas belaka. Jaga budak-budak ni kat rumah macam melayan 100 orang tetamu yang bertandang. Setiap beberapa minit mesti bersepah..omak oi..xlarat den…aduh!beberapa jam selepas itu ma dengan maksu balik. Bawa balik beberapa dozen air tin, air kotak,susu, dan banyak lagi, penat aku nak senaraikan sume..huhuhu, banyak-banyak barang ni aku la tu yang jadi mangsa simpan…penuh peti ais aku susun air tu sume, yang lebihnya aku simpan dlm cabinet. Macam nak buat rumah terbuka beli barang,hmm….lepas tu basuh bekas kuih,banyak oi…dahla semua kaca, tak boleh la aku gopoh gapah, takut nanti pecah daa…lepas tu isi kuih raya,lepas tu tengok tv jap dengan ma, cite lawak…sakit perut aku ketawa tengok cite tuh..memang real,lawak tak bodoh..hahhaha…lepas tu pukul 4.30 aku baru naik ke bulan..peuwwww…..sebelum naik ke bulan tu aku sedih kejap, sebab nak buat rumah terbuka raya pada 9/10/2010..aku dah kat kampus, ni kali ke berapa dah dalam tahun ni buat makan-makan tapi aku tak dapat join…benci betol….diaorang nak suh aku balik, peh…malas aku, menyusahkan diaorang jugak nak ambil hantar aku kat UPM ni, bukan malas apa..malas menyusahkan..maklumlah aku ni anak yang baik…hehehhehe

Rabu, 1 September 2010

RASA

Tiap saat yang ku lalui
Tiap minit yang ku redahi
Tiap jam yang ku tempuhi
Tiap hari yang ku jalani
Tiap tahun yang ku jelajahi


Menggambarkan berjuta jenis ungkapan rasa
Yang membuatkan aku bertambah teruja
Walaupun masa yang ditinggalkan penuh duka
Namun ia mengajarku supaya mengejar cita


Dugaan yang ditempuhi menimbulkan pelbagai rasa
Mengajarku erti supaya tidak berputus asa
Lalu aku cuba menghayati dan merasa
Baru ku tahu cabaran hidup itu merupakan nikmat yang diturunkan oleh Yang Esa


Dengan itu ku kumpul kesabaran
Meniti hidup penuh dugaan
Namun aku akan berusaha untuk bertahan
Walaupun hidup ini perlu ku tempuh dengan penuh ketabahan



WAHAI RAKAN..!

Raut lembut wajahnya
Tidak mencerminkan sifatnya
Tulus ikhlas bicaranya
Namun lain pula di hatinya


Tiap gerak lakunya itu
Tidak mampu menipuku
Sekilas pandangan mata itu
Hanya aku yang tahu


Tika terpandang bahasa badanmu
Aku mengerti namun ku kelu
Bibir tergerak ingin katakan sesuatu
Namun hati tersentak jiwaku ragu

Hatiku tertusuk pilu
Jiwaku dilanda sendu
Apa sajalah nasib diriku
Diperlakukan begini selalu

Aku hanya insan bawahan
Yang hanya boleh bertahan
Sekiranya tidak mampu ku teruskan
Akan ku luahkan apa yang terpendam

Jika itu sudah suratan
Aku redha dengan ketentuan Tuhan
Namun perlu juga ingat, wahai rakan
Sabar juga ada batasan