Perasaan ku tersentuh…
Ingatkan lambat lagi beliau ke Ireland,
Ingatkan aku boleh lagi belajar
Ingatkan aku boleh berjumpa beliau dalam beberapa minggu lagi..
Rupanya tidak…
Hari ini hari yang terakhir beliau mengajar aku,
Sedihnya aku rasa…
Ketika aku menyambut tangan beliau tadi,
Terasa sangat...
Sedih...
Rindu...
Ya...beliau seperti ibuku,
Marah-marah sayang...
Sangat sporting...
Pandai menjaga hatiku dan rakan-rakanku...
Kata-kata arahan tegas beliau walaupun berbaur ugutan namun
Tidak sedikit pun buatkan aku berkecil hati
Namun, aku rasa beliau kecewa dengan kami hari ini
Tadi seramai 15 orang rakan-rakanku terlewat sampai ke kelas,
Walaupun beliau tidak menunjukkan marah,
Aku tahu...
Beliau berkecil hati dengan kami,
Maafkan rakan-rakan aku...
Maafkan kami semua...
Tiap kata-kata beliau,
Akan aku ingat,
Akan aku simpan,
Wajahnya...
Akan aku simpan di kotak memori aku,
Tak akan aku lupakan...
Walaupun pertemuan aku dengan beliau seketika saja,
Namun beliau banyak mengajar aku...
Banyak...
Aku hargai...
Terima kasih...
Aku sayang beliau...
Walaupun beliau mungkin kurang jelas tentang aku,
Biasalah, ramai sangat pelajar beliau...
Tak kan dapat ingat semuanya...
Tapi aku tetap sayang beliau...
Sehingga bertemu lagi…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan