Ahad, 15 Ogos 2010
KISAH SEDIHKU
Dahulu dia tidak menghargai aku,
Membuat sesuatu tanpa menilai perasaanku,
Tidak pernah mendengar nasihatku,
Tapi aku sayang padanya,
Aku cinta padanya,
Walaupun dia begitu degil,
Aku tetap bersabar,
Ibuku sayang padanya,
Ayahku tak membantah aku bersamanya,
Kakaku sokong aku dari belakang,
Bila dia teringat aku,
Dia hubungi aku,
Tapi bila dia rasa tak perlu,
Dia diam membisu,
Aku tercari-cari,
Di manakah dia?
Aku hubungi ibunya,
Aku cari kawanya,
Tapi semuanya tak tahu,
”Kami tak tahu”!
Dia membiarkan aku mencari-cari,
Dia membiarkan aku kesunyian,
Dia membiarkan aku,
Tanpa berita,
Begitu perit,
Penantian memang satu penyeksaan,
Kadang-kadang 3 hari dia mendiamkan diri,
Paling lama 7 hari tanpa khabar berita,
Aku inginkan kasih sayang darinya,
Inginkan perhatian,
Hati aku lemah,
Hati aku lembut,
Walau apa pun dia buat,
Aku tetap maafkan dia,
Dengan ikhlas,
Dia selalu bermain dengan perasaanku,
Dia kata dia sayang aku,
tapi kelakuan dia buat aku tertanya-tanya,
benarkah?
Benarkah dia sayang aku?
Tiap hari persoalan yang sama timbul,
Aku menjadi semakin keliru,
Aku tak mahu menyeksa perasaanku lagi,
Sakit, Tuhan sahaja yang tahu...
Aku pernah beberapa kali beritahu padanya,
Kalau tak mahukan aku,
Lepaskan aku,
Dengan cara baik,
Aku rela walaupun hati sayang padanya,
Daripada aku menderita bercinta dengannya,
Namun, dia tak mahu lepaskan aku,
Dia kata dia sayangkan aku,
Dia cintakan aku,
Cuma dia agak kebudak-budakan,
Dia memaksa aku bersabar dengan sikapnya,
Suatu hari dia akan berubah,
Dia merayu aku memberi peluang padanya,
Aku terima,
Kata-katanya buat aku terharu,
Aku juga sayang padanya!
Sehinggalah suatu hari dia ingin merisikku,
Mahu bertunang denganku,
Ibunya dan ibuku saling berhubung,
Memastikan tentang hubungan kami,
Cincin di beli,
Ikatan di restui,
Namun jodoh berhenti,
Dia diam tanpa khabar berita,
Lebih dari 7 hari,
Aku telefon,
Aku SMS,
Berjuta-juta kali,
Tak angkat,
Tak berbalas,
Diam...
Diam...
Diam membisu,
Aku terseksa,
Terseksa amat,
Kejamnya dia,
Memberi harapan dan memutuskan harapan,
Aku memberitahu ibuku,
Supaya menelefon dia,
Dia angkat,
Dia cakap seperti biasa dengan ibuku,
Ibuku nasihati dia supaya telefon aku,
Dia kata ingin memberi ruang belajar padaku,
Ah...dusta!
Kalaupun ingin memberi ruang belajar,
Bagitahulah aku,
Jangan berdiam diri,
Aku bagitau kakakku,
Kakakku telefon dia,
Dia angkat juga,
Aku pelik...
Kenapa dia tak mahu angkat bila aku telefon dia?
Pelik
Pelik
Pelik
Ibuku nasihati aku supaya bersabar,
Kakakku nasihat supaya cekal,
Aku menghantar SMS minta tamatkan hubungan,
Dia tidak membalas,
Maknanya dia bersetuju mahu putuskan hubungan,
Yup...aku menangis,
Bodoh bukan?
Menangis untuk manusia seperti itu,
2,3 bulan aku kesepian,
Peperiksaan akhir sem 2 merudum jatuh,
Kenapa?
Kerana masalah itu?
Aku tidak tahu...
Masuk sem 3,
Aku sudah mula belajar mahu melupakannya,
Aku membina semangat baru,
Aku berjaya walaupun luka masih merdarah,
Namun rakan-rakanku banyak memberi kata-kata semangat,
Aku redha...
Tiba-tiba waktu test 1,
Aku dihubungi keluarga,
Nenek kesayanganku pergi meninggalkan aku,
Aku menangis sambil menjawab kertas peperiksaan,
Kakakku datang,
Keluar dari bilik peperiksaan,
Aku terus mendapatkan kakak,
Balik ke kampung,
Dalam kereta aku menangis,
Menangis pilu,
Aku teringat nenekku,
Sepanjang hidupku aku tak ada nenek lain,
Melainkan beliau,
Aku tak sempat mengenali ahli keluarga tua yang lain,
Mereka terlebih dahulu pergi meninggalkanku,
Cuma...nenek yang ini sahaja yang paling sayang aku,
Yang paling kasihkan aku,
Aku teringat....
Dahulu sebelum ke sekolah,
Beliau bagunkan aku,
Beliau mandikan aku,
Beliau suapkan aku,
Aku tinggal dengan beliau,
Walaupun aku nakal,
Selalu membantah nasihat beliau,
Tapi beliau sabar denganku,
Walau apa aku katakan padanya,
Beliau tetap sabar,
Tetap sayangkan aku,
Beliau memang sayangkan aku,
Kali terakhir aku bersama beliau,
Ketika aku bersalam dengan beliau,
Sebelum aku bertolak ke U,
Masuk sem 3,
Aku salam beliau,
Aku cium pipi beliau,
Aku nasihat beliau jaga diri baik-baik,
Jangan lupa makan ubat,
Jangan degil, jangan makan manis-manis,
Beliau suka manis,
Padahal beliau ada penyakit,
Beliau memang degil,
Tapi aku sayang beliau,
Kesian beliau,
Kena banyak pantang,
Tapi itu untuk diri beliau,
Lepas aku salam aku cium beliau,
Beliau juga nasihat aku,
Jaga diri baik-baik,
Aku hampir menangis,
Tapi aku tahan,
Aku cintakan beliau,
Bila sampai rumah di kelantan,
Aku tengok beliau,
Terbujur kaku,
Berselimut putih,
Aku tengok beliau,
Beliau nampak tenang,
Aku tak menangis lagi,
Air mata aku tiba-tiba berhenti,
Tak menangis lagi,
Malam tu kami anak beranak tidur untuk kali terakhir bersama-sama beliau,
Aku baca yasin,
Sedekah untuk beliau,
Beliau nenek yang baik,
Amat baik,
Aku yang degil!
Bila hari mandikan beliau,
Aku tak tengok,
Aku menangis di suatu sudut,
Aku dengar orang kata jasad beliau elok,
Senang nak mandikan,
Mungkin beliau banyak buat bekalan di dunia,
Memang,
Beliau selalu mengaji,
Beliau selalu bangun solat malam,
Beliau rajin solat,
Beliau selalu nasihat aku supaya jangan tinggalkan solat,
Beliau selalu suruh aku baca surah Duha,
Supaya kuburku nanti diterangi cahaya,
Beliau selalu nasihatkan aku,
Aku sayang beliau,
Akhir majlis untuk beliau,
Aku terpaksa pulang ke U,
Aku banyak tinggalkan kelas,
Aku ucapkan selamat tinggal pada beliau,
Sampai di U,
Ujian menanti aku,
Belum habis sedihku,
Aku ditambah dengan kesedihan yang lain,
Seorang pensyarah menolak surat cutiku,
Katanya tak sah!
Tak rasmi!
Aku membuat surat lain,
Dia marah lagi,
Dia kata aku tak pandai nak tulis surat,
Dia mencarut-carut padaku,
Macam-macam kata dia lempar,
Aku budak yang bodoh,
Aku menangis,
Menangis sedih,
Aku sedih sebab dia marah aku di hadapan rakannya,
2 orang rakannya marahkan aku juga,
Kata aku pelajar patut tahu menulis surat,
Aku tulis surat macam tu dari sem 1,
Ketua jabatan boleh terima kenapa dia tak boleh?
Dia tak tengok ke usaha aku?
Dalam pada aku banyak kerja,
Aku ke bilik dia 2,3 kali sebab surat tu,
Tapi tak lulus,
Malah masih kena hina,
Apakah nilai seorang pensyarah?
Begitukah sikapnya terhadap pelajar?
Pelajar yang sudah kehilangan seseorang?
Aku sedih...
Aku sakit hati...
Tapi aku sabar,
Aku tak beritahu pada ibuku,
Hanya aku dan rakan-rakanku,
Ibuku sibuk membuat majlis tahlil untuk nenek,
Aku menangis disisi rakan-rakanku,
Mereka menenangkan kau,
Aku sabar,
Dalam bilik aku menangis sendiri,
Terasa begitu hina,
Sedih sangat,
Hinggakan aku termimpi-mimpi tentang pensyarah tu,
Ibuku, keluargaku, sahabatku tak pernah mengeluarkan kata-kata seperti pensyarah tu,
Dulu, aku sukakan pensyarah tu,
Dia dah tua,
Tapi dia tetap mengajar,
Nampak kecekalannya,
Aku tengok dia layan cucunya,
Nampak penyayang,
Nampak pengasih,
Macam nenekku,
Tapi bila dah lama,
Baruku tahu...
Apapun aku simpannya dalam hati,
Bukan aku sahaja,
Ramai rakan-rakanku senasib denganku,
Cuma, aku mahu dia memahamiku,
Pelajar-pelajarnya yang lain,
Bahawa kami manusia,
Manusia biasa,
Yang bisa melakukan kesilapan,
Perlu di tegur dengan cara baik,
Dia marah pada kesalahan tapi tidah mengajar,
Apa pun dia tetap pengajarku,
Yang aku hormat,
Pada nenekku,
Bersemadilah dengan aman,
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah,
Aku selalu sayang padamu!
Namun, jauh di sudut hati,
Kalau boleh aku mahu mengundurkan masa,
Aku ingin memelukmu,
Ingin berbakti padamu,
Kerana hari-hari terakhirmu,
Aku tiada di sisimu,
Apakan dayaku???
Aku sayang padamu, nenek...
Aku rindu padamu...
Semoga dirimu aman di sana...
Sekali lagi aku terkontang kanting,
Dahulu sem 2,
Aku kesepian,
Perasaanku tergores oleh si dia,
Sekarang aku juga kesepian,
Sedih ditinggalkan oleh beliau, nenekku...
Aku tak sekuat rupaku,
Aku tak setabah yang dilihat,
Keputusan peperiksaan jatuh lagi,
Aku tiada kata,
Aku menjalani hari-hariku seperti biasa,
Sekarang,
Dia datang padaku,
Ingin menyambung perhubungan yang terputus,
Merayuku,
Supaya pulang kepangkuannya,
Dia menelefonku,
SMS ku,
3 tahun aku bersabar dengannya,
Nenekku meninggal,
Dia masih hilang tanpa khabar,
Nenekku juga sayang padanya,
Tapi dia...
Kini dia datang,
Mahu melawat kuburan nenek,
Meminta ampun dariku,
Ingin menyambung perhubungan,
Beberapa kali dia merayuku,
Aku tak menerimanya,
Hatiku sudah tawar,
Sudah tiada perasaan lagi,
Perbuatannya dulu,
Seakan menghinaku,
Seakan menjatuhkan maruahku,
Aku memang berjanji walau apapun berlaku aku tak akan tinggalkannya,
Tapi bila perbuatannya itu melampau,
Adakah aku perlu menunggu?
Tidak...
Biarkan dia,
Aku tidak akan terimanya,
Sehingga kini,
Aku masih sendiri,
Dengan kisah cinta yang pedih,
Dalam hidupku,
Aku hanya sekali mengenal cinta,
3 tahun bercinta dengan seorang jejaka,
Sebelum dan selepasnya,
Tiada pernah dan tiada lagi cinta,
Aku menjadi cerewet dalam memilih cinta,
Kerana dia...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan