ZATY:
1. ambil buku atas rak, jom kita borak-borak
2. dalam lubuk ada emas, mari kita pergi ke mines
3. mari berjalan ke Kota Bharu, sekarang aku tengah haru
4. taman bunga dalam rumah batu, laman facebook nombor satu
5. dalam telaga ada selipar, mulut dahaga perut lapar
6. senduk dibunuh dengan galah, duduk salah berdiri pun salah
7. pergi ke surau untuk sembahyang, teringin nak makan durian
8. mari pergi ke rumah Cendana, hati lara jiwa merana
9. mari berlari ke Bukit Ekspo, jom makan nasi goreng kampung
10. kertas terbang ditiup angin, tiba-tiba aku rasa pening
11. pergi ke sungai menangkap kelah, jangan mudah mengaku kalah
12. senduduk meliar atas batu, hidup mesti bersatu padu
13. anak ikan dimakan camar, banyak sungai sudah tercemar
14. anak Pak Lah disuruh berdiri, janganlah pentingkan diri sendiri
15. beri makan anak haruan, banyak kerja lenguh tangan
16. pergi ke hulu naik rakit, banyak fikir kepala sakit
17. berjalan-jalan ke rumah Dayah, mari kita pergi kuliah
18. mari makan buah nangka, hai Kak Na dah siap ke?
19. anak pacat anak buaya, kepala ligat memeras idea
20. anak Abduh curi permata, aduh sakitnya mata
21. bangun pagi makan nenas, jalan kaki tengah panas
22. naik teksi tengah malam, sakit kaki mengah berjalan
23. tuala tertinggal dalam hutan, kalau merokok bahayakan kesihatan
24. anyam ketupat tepi jemuran, banyak mengumpat dibenci orang
25. budak jahat kena sembilu, badan sihat senyum selalu
26. tanam senduduk belakang rumah, ular senduk dalam tanah
27. orang kaya banyak ragam, tiba raya buat lemang
28. makan badam sambil berlumba, bulan ramadhan hampir tiba
29. serangga buat sarang tepi paya, semoga seronok membaca post saya
30. sakit sengal jumpa dukun, selat tinggal assalamualaikum
4 PANTUN RAKAN YANG SAYA BALAS:
NORHIDAYATI ISMAIL: 146650
jala ditebar ke laut sunda, jantung berdebar hati berbunga cinta
indah mentari di waktu pagi, nak jadi menteri mestilah berbudi
Mak Minah seorang dermawan, kalau peramah mesti ramai kawan
bintang berlegar atas awan, binatang juga makhluk Tuhan
anak musang makan ikan, pesan memesan amat digalakkan
berikan makan pada fakir, tenangkan fikiran dengan berzikir
tangkap rama-rama atas batas sawah, jom kita bersama membanteras rasuah
anak Pak Dollah buat bahulu, sabarlah kerja banyak bukan selalu
indah zikir masa pagi hari, dah fikir raya puasa belum lagi
bulan ramadhan bulan mulia, kita semua haruslah bersedia
beri datuk buah jambu, membaca untuk tambah ilmu
kita berkawan tak pernah bersengketa, semoga utuh perhubungan kita
keinginan manusia tiada terbatas, kerana mereka tak pernah puas
jalan ke Sabah naik kereta, selalu bersabar tak kan rugi kita
paku diletak belakang pintu, aku juga bukan begitu
naik titi berhati-hati, hambar di hati perlu diubati
putusnya gelang disambung pula, mengutus salam pada siapa
terasa rawan dalam hati, kita berkawan sampai ke mati
apa dibuat semua menjadi, tanda anda pandai berdikari
kereta dipandu pergi ke kota, bersuara merdu untunglah kita
tabur dedak beri ayam, tidur terbayang kerana sayang
mandur ke ladang kait kelapa, tidur tak lena ingat siapa?
katak puru dalam paya, memburu ilmu tidak sia-sia
Kota Bharu kampung Pak Teh, kita terharu bila rasa sedih
keluar mandi waktu subuh, rawat hati biar sembuh
burung merak dalam perahu, saya tak marah kalau awak sampai dulu
sungguh ria ke pasar raya, awak ceria saya pun ceria
gulai lemak gulai kari, orang tamak selalu rugi
pacat menuang naik ke tubuh, hajat tertunai jika bersungguh
rimba tempat tinggal kera, berlumba-lumba saya suka
adik terlambat naik perahu, bodek-bodek apa kau mahu?
SUHAIRA IBRAHIM: 146141
angkat barang sungguh berat, ikut peredaran tapi menutup aurat
kala siang tangkap ikan, saya tak suka sukan
ladang subur letak baja, kadang kala perlu juga
badan kotor kena mandi, memang Dr banyak budi
bunga dipetik dalam jambangan, hanya yang canti jadi gilaan
senduk bahaya tidak terkata, hidup bahagia tida derita
budi pekerti amalan terpuji, bagi menerangi di kemudian hari
papan yang patah sudah diubahsuaikan, kesilapan lama sudah diampunkan
bunga di bawa ke rumah nyonya, semoga kekal lama hendaknya
ambil galah kait kelapa, Insya Allah saya tak lupa
apa yang dirancang akan terlaksana, kalau kena pada tempatnya
cantik amat buluh betung, kata awak saya sokong
ular berbisa mematuk Uncle Balu, luar biasa yang macam mana tu?
burung kakak tua diberi makan, hormat orang tua amat digalakkan
rotan dilulur dibuat bangku, peringatan Dr sentiasa di hatiku
mamu buatkan kari ikan, dirimu tak akan kami lupakan
anak Borhan baru berkhatan, semoga Tuhan memberikan keberkatan
mari ke sungai mengail ikan, kalau kesepian boleh saya ubatkan?
rama-rama minum susu, sama-sama Su
anak Mak Jarah hendah bertunang, jasa yang dicurah sangat dikenang
anak kekunang dalam lalang, Dr senang kami senang
ada ikan dalam semak, doalah banyak-banyak
kedai Mak Dia jual buah, multimedia banyak bawa tuah
tanam kelapa dekat tembusu, tanam apa pula Su?
naik motor langgar batu, betullah tu
jambu batu dibuang-buang, jasamu akan ku kenang
dalam taman banyak binatang, banyak pengalaman hidup senang
lepas dangdut minum air, kalau gugup minum air
berbaris di kiri berbaris di kanan, moga ibubapa mainkan peranan
dalam tanah tanam halia, hormat menghormati amalan mulia
NOR YAMISMA ISMAIL: 146139
bulan purnama di balik awan,hidup sempurna jiwa tenteram
naik motor pergi berubat, jumpalah doktor minta ubat
mari bertamu ke rumah Borhan, dirimu diterima jika itu takdir Tuhan
burung terbang mengepak sayap, semoga kekal hingga akhir hayat
malam tiba bulan mengambang, telefonlah dia berembang-sembang
suara merdu bak buluh perindu, kalau rindu jumpalah selalu
jalan kaki tertusuk duri, jagalah hati peliharalah diri
lawanya bunga kembang di taman, jaga badan terutamanya dalaman
singgah ke kedai beli jet, kalau dekat jimat budjet
kaki terjelus ke lubang katak, hati yang tulus sukar kita nak nampak
mari mengaji di rumah Qari, lelaki terpuji sukar di cari
tuan berjalan di tengah bandar, bila terpandang jantung berdebar
tinggi sungguh harapan hati, kalau tak menjadi cubalah lagi
pergi ke Mines tengok wayang je, pantun adalah warisan dari moyang kita
ikan bakar dicicah dengan budu, kalau dah suka memang begitu
semalu suka hidup di celah-celah, jangan malu cakap je lah
malam terkenang pada si dia, tandanya cinta penuh di dada
pesan emak selalu diingati, jangan tamak nanti rugi
makan sireh dengan pinang, segala kerja menjadi senang
dalam tanah ada paku berkarat, menjawab salam hidup berkat
jangan hidup penuh berangan, al-Qur’an petunjuk jalan
pergi ke sumur hendak mandi, banyak ilmu semua jadi
mari main batu seremban, dua-dua biarlah seimbang
Dania bengang tak dapat sambut hari jadi, dunia sekarang macam-macam boleh jadi
pak haji beri derma, mari mengaji bersama-sama
baldi di basuh bawah pokok nyiur, budi dan kasih tiada batasnya
dalam bakul ada biawak, memang betul kata awak
mari pergi lading kelapa, cinta tidak memandang rupa
terbenam mentari tibalah malam, sabarkan hati tetapkan iman
dahan pokok dipanjat kera, Tuhan pinjamkan untuk sementara
MOHD YUNUS LASALEH: 147530
anak gajah anak teruna, marah hajjah marah membina
bangku diletak dalam raga, aku pun pening juga
batu api amat dibenci, bersatu hati amalan terpuji
baju yang dikait tertinggal di kali, kalau ada duit bolehlah beli
kalau buat salah lekas-lekas taubat, jangan lupa makan ubat
balik penang naik kereta Atun, naik pening aku reka pantun
kepala berkutu buat tak tahu, kalau yang itu mana aku tahu
kaki sakit terpijak paku, kalau aku nak dah lama aku mengaku
mari berlari dalam guni, eee...busuknya kau ni
dalam paya ada ulat, berdoa supaya hidup berkat
campur garam dengan kelapa, kau geram pada siapa?
makan nasi sampai kerak, raya tahun ni di Perak
bahulu dimakan dengan ketupat, malu saya bertempat
Pak Ali kena sengat, cuti je kau ingat
buah betik dibelah-belah, kalau baik syukurlah
kain Pak Rasyid berwarna kuning, kau ni asyik-asyik pening
dalam botol cuka isi lada, itulah Dr kita yang jelita
Pak Ali tersadung pokok kelapa, nak beli tudung untuk siapa?
ambil tali ikat buaya, ikan keli kegemaran saya
burung terkukur sayapnya merah, jangan takbur Tuhan marah
ikan puyu dalam perahu, you ni merayu je tau
tangan digari kerana mencuri, kerja diberi melatih diri
jangan kita ambil dadah, termenung tidak memberi faedah
tengahari Razak pergi Jengka, tak nak ajak saya ke?
tauhu campur kelapa, tau tak pe
Pak Abu Pak Dollah sebaya, kalau rindu SMS lah dia
katak terjun dalam paya, tak berani saya
pergi Melaka makan nangka, kalau derhaka masuk neraka
anak Pak Ali pergi menebas, wahai Yunus sabarlah
orang kaya naik feri, saya tak pandai menari
ni stail dak2 sastera ekh?
BalasPadamhahaha!
HA'AH...YEA KOT...HEHEHEH
BalasPadam