Rabu, 18 Ogos 2010

CELARU DAN KELIRU

Malam ni perasaan aku celaru,
Nak gembira tapi tak ada sebab,
Nak marah rasanya kena sabar bulan-bulan puasa nih,
Nak menangis malu la plak kat roomate,
Aku nak apa sebenarnyer nih???

Kejap-kejap bukak facebook,
Tak ada orang komen sangat,
Bosan....
Tambah celaru keliru.

Kejap-kejap bukak blog,
Baca blog beliau,
Mengilai-ngilai sesorang,
Lawak,
Mesti roommate aku pelik,
Ataupun seram tetiba,
Hahahaha....lantak...tak nak amik tahu
Aku keliru.

Sambil online,
Aku dengar lagu raya,
Raya lambat lagi,
Tapi aku rasa nak dengar je,
Sebab roomate aku guna tone handfon dia lagu raya kot,
Ataupun sebab mlm ni aku celaru keliru,
Ntah~~~

Tadi aku jemur kain,
Belum 5 minit aku jemur dah turun hujan,
Dengan lebatnyer,
Sebab aku celaru dan keliru malam ni,
Aku biarkan je,
Berhujan lah engkau...!
Aku malas nak kisah.

Bukak buku kejap,
Rasa nak buat proposal,
Belum sampai 2 ayat aku baca,
Aku tutup balik buku tu,
Maaf...tak ada mood nak buat apa-apa,
Aku memang tak tahu kenapa,
Aku keliru.

Mata aku lali,
Hujan lebat,
Bagai mengulit aku untuk tidur,
Aku gesel-gesel mata aku dengan jari,
Aku termenung kejap,
Aku terfikir,
Nape aku jadi begini malam ni,
Rupanya aku rindu,
Rindu nak BERCINTA...!
Hahhahahahhahahah......



Memang budak ni celaru dan keliru....!
Ntah pe2 ntah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan