Selasa, 31 Ogos 2010

GASTRIK

Hari ni aku diserang gastrik...pedih, menghiris, menusuk...~~~aku baring je, tapi bila fikir-fikir padan muka aku kan, selalu tak makan ubat. Ma aku dah pesan makan ubat tu sampai habis, jangan buat-buat lupa..tapi aku degil. Bila perut dah tak sakit, aku terus berhenti makan ubat tu, hmmm....dah la aku tak sahur 3,4 hari ni, semalam pun aku minum susu dengan beberapa keping biskut je. Tapi masa aku baca info gastrik dalam internet, dia kata orang yang ada gastrik tak boleh minum susu sebab susu akan masam dalam perut dan bertukar jadi asid. Aku minum jugak susu sebab aku rasa susu tepung tak jadi masalah macam susu segera. Tapi bila dah jadi macam ni aku kena kurangkan minum susu kot...tapi....(banyak tapi la) susu tu kalau aku tak minum aku rasa tak cukup sempurna hidup aku...heehhe...(ceewahh...), sebab aku membesar dengan susu, dan aku suka minum susu, bangun pagi susu, nak tidur susu...tiap hari susu...sampaikan muka aku pun dah macam susu jek,hmm...apa pun topik utama yang kita bincangkan tadi ialah gastrik tapi dah bertukar kepada topik susu. Kenapa? sebab susu merupakan punca aku sakit gastrik hari ini..sekian~~

PAKSAAN

Ingat tak aku cakap hari tu? yang aku tak mau dah beli air kat fudcot sebab takut dapat free lagi? Hari ni aku dipaksa oleh dua rakan aku zura dan dayah....!peh..~~~ sebab maple tu tak bagi beli ais lebih dari 50 sen seorang, jadi kawan-kawan aku ni beli sorang satu la, tak cukup 2 orang dia suh aku pulak yang pergi beli, kasi aku duit. Aku berkeras tak mau, dipaksa-paksa juga takut nanti nak berbuka tak cukup ais. Aku dah cakap, maple tu dah tengok-tengok kat kitaorang, muka aku tak usah cakap la, merah..! tapi si zura ni nak jugak aku pergi beli, huhuhu...apa boleh buat? Terpaksa aku pergi beli ais tu, nanti apa pulak cakap kawan-kawan aku tuh! Belum habis ayat aku cakap kat maple tu nak beli ais, dia dah hulur satu plastik ais extra satu plastik air nenas lagi. Dan yang paling aku malu, dia suruh aku amik free...!ceh~~~aku hulur duit dia tak mau ambil, terketar-ketar tangan sampai duit tu jatuh dari tangan aku, dan dia boleh kutip balik duit tu kasi dekat aku, uwaa...muka aku memerah time tu jugak, ramai orang yang beratur nak bayar tengok aku semacam jek...uwaaa lagi sekali bila kawan-kawan aku ketawa lalu tinggalkan aku...gerammm...semua orang tengok...apa yang sedang bermain difikiran diaorag tika itu???

TEKA TEKI TEKA TEKOK ULAR MATI HISAP ROKOK

1)bila kita sedih ia keluar beramai-ramai, bila kita gembira ia keluar seorang demi seorang
Jawapan: air mata

2)bukan salji je boleh buat kita beku,bukan air je boleh buat kita sejuk, apakah ia yang boleh buat kita sejuk beku?
Jawapan: air-cond

3)suara siapa yang paling kuat?
Jawapan: pembesar suara

4)batang apa yang sedap dimakan?
Jawapan: batang buruk (sejenis kuih)

5)anak apa yang selalu digantung?
Jawapan: anak kunci

6)tahi apa yang orang simpan?
Jawapan: tahi lalat

7)bila kita picit ia keluar?
Jawapan: jerawat (black head and white head)

8)siapakah gerangan yang tak boleh melihat,mendengar,berjalan dan bercakap?
Jawapan: OKU

9)apakah ia yang selalu meniru gerak kita,pakaian kita,warna kita?
Jawapan: imej di cermin

10)badannya berbau busuk tapi semua orang perlukan ia,apakah ia?
Jawapan: tong sampah

11)dalam banyak-banyak peti, peti apa yang dibuka bila perlu?
Jawapan: peti pertolongan cemas (first aid)

12) masa nak mula ia gelap, masa nak habis ia cerah
Jawapan: panggung wayang

13)kain apa yang orang tak nak pakai?
Jawapan: kain kapan

14) binatang apa paling kaya dalam kalangan binatang?
Jawapan: beruang

15)ikan apa yamg paling berharga?
Jawapan: ikan emas

16)binatang apa paling tinggi tarafnya?
Jawapan: burung raja udang

17) benda apakah yang tangannya dua,mukanya satu badannya tiada?
Jawapan: jam

18)puteri apa yang mudah berpeluh?
Jawapan: puteri lilin

19)lori apa paling berat?
Jawapan: balak

20) bila dia nak bersuara kita tekan,
bila dia nak senyap kita tekan, apakah ia?
Jawapan: telefon bimbit

21) bila kita guna dia kembang,
bila kita campak dia kempis,apa tu?
Jawapan: baju

22) binatang apa yang paling banyak celoteh?
Jawapan: murai

23) bila buka tudung menari-nari
dah pakai tudung diam di tepi
Jawapan: pen

24)tikus apa bila kita pegang dia hidup,
bila kita lepas dia mati?
Jawapan: mouse komputer

25) bila kita jalan dia jalan,
bila kita berhenti dia pun berhenti
Jawapan: kasut

26) benda apa bila dia pergi kita kejar bila dia datang kita buang?
Jawapan: bola

27)dalam banyak-banyak batu,batu apa yang orang takut?
Jawapan: nisan

28)anak kumbang menari-nari
bunga apa yang hanya kembang di pagi hari?
Jawapan: bunga seri pagi

29) kacang apa pakai topi askar?
Jawapan: tauge

30)buah apa hanya ada satu nyawa?
Jawapan: pisang

31) apa dia kalau kita masuk senang je, tapi bila nak keluar buntu jadinya?
Jawapan: sesat

32)burung apa paling tua kat dunia ni?
Jawapan: burung tuk uban

33)tali apa yang tak boleh disimpul?
Jawapan: tali air

34)mata apa paling besar?
Jawapan: matahari

35)tebu apa boleh terbang?
Jawapan: tebuan

Isnin, 30 Ogos 2010

PLAN

sebelum balik ni aku dah plan siap-siap apa aku nak buat kat rumah...hmm...balik ni sampai je kat rumah first sekali aku nak kemas bilik aku, nak simpan almari baju, nak basuh kamar mandi, nak letak mandian baru...heheheh...nak bersihkan air-cond, nak tukar cadar baru, nak mop bilik...lepas tu mandi, pas mandi tidur...fuh~~~ mesti best kan dapat tidur kat bilik sendiri, hehehe...aku tak nak ada gangguan sesiapa, kalau boleh nak letak kat pintu bilik "JANGAN GANGGU" heheheh,kan best, balik ni aku nak layan cite ala-ala korea nih, belum habis aku tonton lagi...sebelum tidur tengok cerita, bangun tidur tengok cerita, dah habis cerita tu baru aku boleh buat benda lain dengan aman, nak kemas rumah ke, nak bershopping ke,ngeeee....maklumlah kalau balik rumah aku memang duduk kat rumah je, tak keluar pergi memana, tak ada kawan, ada kakak sorang pun dah kawin, so tinggallah aku sesorang kat rumah kalau ma abah aku keluar...so benda ni je lah yang aku boleh plan...ngeeee, bosan je jadi aku kan...tapi inilah dunia aku...

MAJALAH

bosan punya pasal aku pergi pinjam majalah gila-gila dan majalah ujang dekat bestfriend aku punyer rumate....6 majalah aku dapat woo...dalam 2 hari sebelum cuti ni lega la kawan aku tu sebab aku takkan mengadu pasal masalah bosan kat dia lagi...hek hek hek....

PUKUL 2 PAGI...:)

malam ni tak boleh nak tidur...puas bergolek ke kiri ke kanan,tapi mata tetap celik, tak mau lelap...puas aku berusaha, akhirnya aku bangun, masak air buat susu panas, makan biskut sikit...ala...lebih kurang sahur la ni walaupun jam baru menunjukkan pukul 2 pagi waktu Malaysia,,ahakz...hmmm...harap-harap boleh tidur la lepas ni...huhuhu

CD

baru je 1 CD aku tengok tadi...dah pening-pening..rasa macam duduk atas feri...hanyut jer rasa...huhuhu, telan panadol 2 biji....mungkin sebab jeles yang terlampau kot, mana tak nyer?tadi bersungguh-sungguh aku tengok cerita ala-ala korea dan lelaki tu hensem sangat! tiba-tiba peluk perempuan lain bukan aku...!ngeh..ngeh..ngeh..
bila aku nak dapat pakwe hensem macam tu ea?hehehehehe

TIKA INI

Sebenarnya hati aku sedih…terkilan…mereka tak faham aku dan tak akan faham. Mereka tak akan rasa apa yang aku rasa selagi mereka tidak berada di kedudukan aku sekarang. Mereka hanya tahu mengkritik. Mereka tidak menyelami masalah dan hanya tahu nak menyelesaikan masalah. Sesungguhnya mereka tak faham apa yang aku alami. Mereka nak menghukum aku! Sedangkan aku tidak bersalah. Apa salahnya kalau mereka bertanya aku, apa punca masalah sebenarnya???bertanya khabar. Bukan kah semuanya sudah dewasa dan mempunyai akal yang cerdik masing-masing? Kalaulah tidak ada masa nak menyelesaikannya sekalipun, tolonglah jangan tunjuk sangat rupa kamu yang seakan tidak puas hati dengan aku...dulu kamu semua baik dengan aku, berselisih bertegur sapa..tapi kenapa sekarang seakan berkelakuan acuh tak acuh?aku sedih...! kamu semua tak akan faham apa yang aku rasa. Tak sabar rasanya aku nak menghabiskan pengajian aku ni, nak keluar dari kepompong hidup di sini. Malas aku mahu melibatkan diri dengan kamu semua yang mempunyai hati yang ntah apa-apa ntah yang aku juga tak pasti apa mahunya...apa pun yang buruk tu datang dari aku dan yang baik tu datangnya dari Allah s.w.t. selamat hari raya maaf zahir dan batin...

Ahad, 29 Ogos 2010

JERAWAT

Aduh...makin hari jerawat ni makin meliar kat muka aku nih...teringat dulu, muka ni licin, nak ke mana rasa best je, tak ada rasa malu..tapi sekarang////malu...huhuhuhu, naik jerawat banyak la...batu pulak tu, bengkak muka,bibir aku ni tengah bengkak...adoi, malu nak pergi kelas esok nih..! dulu guru kanan sekolah aku ada cakap, perempuan kalau tak ada jerawat tak lawa sebab katanya jerawat ni merupakan seni muka. ada jerawat maknanya muka kita ada seni...tapi aku tak rasa macam tu, bila berjerawat muka aku ni dah tak jadi seni dah, jadi macam kena sengat tebuan. seni apa macam tu..?huh~~~ tapi kan aku bersyukur, muka aku tak lah teruk macam sesetengah orang tu, aku bersyukur...aku tak mau komplen, maafkan aku Tuhan...huhhuhu,

RINDU SILAM

rindu sangat kat arwah nenek, kalau time raya ni beliau rajin buat tapai, ketupat...dan paling aku marah bila beliau suka nak makan benda manis-manis...kalau masa boleh di putar aku kasi je beliau makan manis-manis, bagi beliau rasa kenikmatan yang beliau nak, sebab makan manis ke tak manis ke bila tiba ajal akan pergi jua...aku rindu beliau, moga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan solehah,,,moga diterangi kuburanmu nenek...al-fatihah...

RAYA

dah 3 tahun aku raya kat perak. tapi dah 2 tahun rasanya aku tak rasa suasana raya. tahun lepas, aku beraya kat rumah je. maklumlah raya kat negeri orang, kalau tak buat rumah terbuka alamat tak rasalah beraya. raya tahun lepas sepupu cilik aku tu dok main kat halaman rumah je. kesian kat diaorang. aku lah yang melayan, kalau tak ada aku, main sesama mereka je la, ada budak-budak datang mintak duit raya..dah dapat terus balik, tak makan sangat pun...time malam baru ada orang datang, tapi kalau buat rumah terbuka macam tahun lepas...peh..penat aku nak melayan, riuh...tapi tak best sangat sb bukan kawan aku yang datang pun, kawan aku nun jauh di kelantan, semua rakan niaga maksu, atau cikgu-cikgu Poi Lam tempat maksu aku mengajar dulu yang datang, saudara yang terdekat, jiran-jiran, hmm...kalau kat kampung pukul 6 pagi dah bangun, kat perak pukul 10 baru bangun. ntahlah...tak ada mood nak beraya. hari raya dok mengadap tengok TV. hari raya kedua kedai dah buka, jadi staff yang suka amik cuti masa hari-hari biasa tu kenalah kerja time raya ni. hahaha..kesiann...tapi staff maksu yang dok jauh di kelantan atau mana-mana negeri yang jauh selain perak, boleh lah cuti 3 hari, sebab dia kira dalam sebulan staff boleh cuti 3,4 hari jew. berbalik pada cite raya, rasanya raya tahun ni buat rumah terbuka kot, Insya Allah kalau jadi..huhuhu sebab dalam bulan puasa ni saja dah 3 majlis besar dah dibuat kat rumah, takut ma aku tak larat, tapi aku harap buatlah umah terbuka tahun ni...bosanlaa....tak kan raya pertama aku dah nak mengadap laptop buat kerja yang belum sudah lagi ni...tak mau wehh...

Sabtu, 28 Ogos 2010

MA

tadi aku miscall ma aku, (miscall je sebab no. celcom aku dah tamat tempoh,heee), sebab nak minta beli topup maxis dan celcom yang sudah tamat tempoh ni, lepas tu ma aku call balik. yeahh..berjaya...ahakz...rupanya ma aku baru bangun tidur. katanya smalam tidur lewat sebab kat rumah ada majlis makan. 700 orang datang...hmmm...kesian, mesti banyak kerja, mak su aku macam tu lah, kalau dia ada masa mesti buat makan-makan kat umah, amal bulan puasa...alhamdulillah, semoga bertambahlah rezeki kami sekeluarga...buat ma, cayokk...lepas beli topup kat anak ma ni, ma balik sambung tidur k,hekhekhek...

BUDAK KOSASS

aku budak KOSASS, budak kolej ke-7...di sini aku hidup berkeluarga dengan 3 lagi rakan aku, dayah, zura, dan hanna. paling tua hanna tu, paling kecik pun hanna tu, paling mulut banyak dan paling lawak pun hanna tu jugak...memang dia kaut semua lah.tak ada dia kurang ceria hidup ni. kami berempat ni dah macam adik beradik kandung, bergurau senda, berkongsi masalah, tidur, makan, mandi semua sekali...hehehehe...bila ada masa la, kalau assingmnt banyak tak sempat la nak bergurau senda sangat, sikit-sikit je sempat...rutin bulan puasa ni aku selalu berbuka di bilik hanna. kalau dia tak ada, keluar dating (hehehheh) ke aku berbuka bilik zura. bila time nak berbuka tu memang riuh, satu blok dengar suara kami. biasalah...sambil-sambil tunggu waktu berbuka 20 minit lagi, kami curi masa yang ada tu untuk mengeratkan silaturrahim, berborak ceria, bergurau, bergeletek sesama sendiri, bergolek-golek kat katil beramai-ramai, dan yang paling best bila ada topik hangat, tak cukup ruang nak bercakap,...bukan mengumpat k, (ecececeece...dan2 jew), apa pun dalam tiap hubungan tak kan ada yang tak bermasalah. kami kawan-kawan ni pun ada juga masalah, biasalah...manusia ni tak ada yang sempurna. cuma kami tidak terbawa-bawa dengan masalah yang di hadapi, kami sentiasa bersikap profesional, kalau ada yang tak puas hati, kami selalu saling meluahkan...memperbaiki apa yang kurang...hidup di UPM ni aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. aku dari sem 1 lagi aku tak pernah berpisah dari 3 kawan aku ni...aku sangat puas hati, dulu sebelum masuk UPM ni aku takut sangat takut tak ada kawan, tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku di sini walaupun ada jugak masalah yang timbul, namun itu semua ujian buat aku dan rakan-rakan...aku bersyukur...

MAPLE AIR FUDCOT

Aiyooo....
aku jadi malu dengan sendiri bila nak pergi beli air kat fodcot,
pehhh...bukan apa, maple (hassan) yang jual air tu asyik nak bagi free je kat aku, kalau tak free pun dia kasi harga murah..hmmm, aku tak suka free-free ni, malu beb..! bila nak beli aku mesti suruh kawan aku yang bayar, tak mau aku pergi bayar, nanti dapat free lagi. nak dijadikan cerita, hari tu aku tak nak beli air, maklumlah bulan puasa, nak buat air sendiri kat bilik. aku duduk kat meja fudcot tu, maple tu tengok-tengok, aku pun pandangla, sedekah la sekumtum senyum sempena bulan puasa ni...dia pun apa lagi, tanya lah tak nak beli air ke (dalam bahasa isyarat tangan)? aku pun geleng kepala. dah dok jauh tak kan aku nak melaung..buruk lah kan?hakhakhak...dah tu aku pun sambung borak dengan kawan, tiba-tiba datanglah maple sorang lagi, kawan maple jual air tu kot. datang kasi aku satu plastik air tembikai. adoiiii....aku tak mau tapi apa boleh buat air tu dah bergolek kat meja aku, aku boleh ucap terima kasih je la pada maple yang baik hati tu, dengan rasa bersalah...sekarang aku buat-buat tak nampak dia bila aku pergi beli makan kat fudcot, nanti dia kasi air free lagi,
aku tak mintak free ok..!dia yang nak bagi...jangan plak dia harapkan apa-apa dari aku...ngeeeee~~~


asal salasilah cite ni bila suatu hari maple tu minta tolong aku beli sim card telefon kat dia, aku dengan kawan-kawan aku ni memang selalu bising kat fudcot tu, kalau tak ada kitaorang fudcot tu jadi sunyi sepi...heheheh, semua kedai kat situ kenal kami, sebab tu la maple tu kenal aku,bila nak beli air pun boleh lagi nak bergalok kat depan tu, bukan gatal atau gelenya k, kami memang ceria, kat bilik pun kami boleh lagi bergurau senda apa lagi fudcot, seminit tak bercakap memang rasa pelik, kami ni macam adik beradik jer...ok sambung cite tadi ea..:ala..bukan susah pun beli kad tu...namun bila dah tolong dia, dia baiklah dengan aku...tapi aku tolong dia sekali je, dia plak tolong aku berpuluh-puluh kali, pehh...

BOSAN

bosannya dok terperap je kat bilik ni...ayoooyooo....
apa nak buat ni???
nak layan cite korea ni pun tak ada mood sangat,
mood nak balik je ada dalam diri ni sekarang...
bila boleh balik ni,
bosan amat ni,
nak balik kemas umah ni, (cewaahhh...kemas ke?)
hakzsss....

buhsannn...

Khamis, 26 Ogos 2010

PARKING

Lepas habis kelas tadi aku terus pergi ke mines dengan 3 lagi rakan. Dengan kereta. Pergi beli barang-barang untuk jamuan berbuka dengan budak-budak sastera. Lepas beli barang kat mines, kami pergi pulak dekat Sri Serdang. Nak tambah barang. Masa kami nak keluarkan kereta dari parking lot tu, adalah kereta kancil yang parking dekat belakang kereta kami. So, nak keluar tak boleh. Tuan punya kereta tinggalkan kereta macam tu je. Mana boleh..!kalau kena saman memang hangus 2,3 ratus agaknya. Dengan penatnya, dan kawan kami yang drive kereta tu dah la demam, memang sakit hatila. Lama kami tunggu. Sabar je la bulan-bulan puasa ni. Huh~~~apa pun harap-harap majlis berbuka ni dapat mengeratkan silaturrahim antara kami. Lagipun, kami dah final year dah, lepas ni dah tak ada masa nak makan bersama-sama macam ni. Harap majlis esok berjalan dengan lancar. Walaupun penat dengan cabaran dan dugaan, tapi kami tetap berpuas hati.




IFTAR RAMADHAN

Malam ni aku berbuka puasa dekat Dewan Jauhari KOSASS. Sepatutnya aku pergi 3 kali iftar ramadhan ni, tapi aku pergi malam akhir je. Tak sempat la dan tak ada masa. Jadi masa aku tak pergi lagi 2 hari tu aku anggap bersedekah je la. Heheheh...masa berbuka tadi, fuh...dasyat. makan satu dulang 5 orang. Aku tak pernah makan macam tu. Tapi best jugak, dapat mengeratkan silaturrahim antara warga KOSASS. Celap celup celap celup sama-sama pastu habis. Kenyang...urrrr...alhamdulillah...:p

HEEHEHE...


BUKAN SALAH AKU

Bila buka je semester baru, akan ada orang yang hantar aku. Bila cuti je, akan ada orang yang akan ambil aku. Sememangnya aku ni tak pandai nak berdikari. Dan aku takut untuk berlajar berdikari sebab aku ni mudah alpa. Maksud aku, aku takut bila aku dah pandai naik bus, pandai naik komuter aku akan obses untuk keluar sendiri tanpa ditemani. Dan ini akan berlanjutan kepada jumpa teman baru, bersosial dan seterusnya membawa aku ke jalan yang salah. Sebab aku kenal diri aku. Aku ni mudah alpa. Mudah dipengaruhi. Itulah diri aku. Pernah juga ibuku menyuruh aku berdikari. Senang. Tapi aku pula menasihati ibuku. “ ma, janganlah suruh saya berdikari, saya takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya. Sebab saya mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Saya takut dan saya nak ma faham, saya tak nak suatu hari nanti saya membelakangkan ma”. Sebenarnya aku tak faham dengan diri aku. Kenapa aku susah sangat nak belajar hidup sendiri?aku tak tahu jika suatu hari nanti aku terpaksa bersendiri, aku tak boleh bayangkan situasi aku masa tu. Menakutkan...! mungkin aku begini disebabkan asuhan. Bukan nak salahkan orang tua, tapi itulah hakikatnya. Sejak kecil aku tak pernah diajar untuk berdikari. Semua keperluan disediakan. Ma aku tak pernah memaksa aku untuk melakukan apa yang aku tak mahu. Aku bosan asyik bergantung hidup pada orang. Pernah aku cuba untuk berdikari. Pernah beberapa kali. Tapi tak berjaya. Perasaan takut dan kurang yakin diri mengatasi segala-galanya. Aku harap suatu hari nanti aku akan dapat belajar semua termasuklah cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Macam mana kalau suatu hari nanti aku kena berjumpa bakal mentua?apa aku nak cakap dengannya?selalu kalau saudara mara datang rumah aku akan duduk di mana-mana sudut atau duduk saja di dalam bilik. Menyendiri. Aku sememangnya tak tahu cara nak memulakan ayat. aku malu!Tak tahu nak bercakap dengan orang. Kalau aku kurang bercakap bila jumpa orang baru tu, jangan cakap aku sombong. Sebab aku akan jadi marah...!~~~


JEJAKA UNIKL

Ada orang suka aku. Dia budak UNIKL, dan aku telah 2 kali bertemu dengannya dengan ditemani rakan sebab aku sememangnya tak berani nak jumpa berdua tambahan lagi tanpa pengetahuan ma aku plak tu.... Dia boleh dikatakan hensem dan manis. Tapi aku tak suka dia. Kenapa? Sebab aku tak suka la...heee...entahlah, mungkin kerana dia terlalu gelojoh. Baru berjumpa sekali dah ajak couple, ajak berjumpa, ajak naik motor. Bila aku kata aku takut naik motor, boleh pulak dia kata aku ni sombong. Perhhh...aku tak suka orang kata aku sombong. Muka aku memang nampak berlagak dan aku tak nafikannya walau secalit pun tapi sebenarnya aku baik. Percayalah...Cuma aku memang ditakdirkan berwajah sedemikian. Berbalik kepada cerita aku ni,sampai sekarang dia sms aku. Aku malas nak layan orang yang aku tak suka. Maaflah...tapi kadang-kadang aku balas juga, tapi bila dah berbalas sms sakit hati pula, dia ajak keluar dan aku tak nak dan sekali lagi dia tuduh aku sombong, suka buat alasan. Aku berterus terang cakap tak suka dia, tapi katanya dia nak tunggu. Degil...!suka hati kamulah wahai lelaki UNIKL.



MENGANTUK

2,3 hari ni mata aku mudah sangat mengantuk. Pantang ada masa nak tidur je kejenya. Dah jadi sepet dah mata ni sebab mengantuk yang amat sangat. Aku tak tahu mengapa. Apa puncanya? ada tak mana-mana pakar yang boleh menjelaskan apa punca masalah saya ni???

DEBAR

Tadi kelas keterampilan berbahasa. Pensyarah tu bagitau yang dia amat kecewa dengan kami, sebab test 1 ada yang dapat 3/10. hah???jantung aku berdebar...mana taknya, aku goreng habis-habisan masa test 1. aku Cuma ingat point je, aku fokus kepada teori. Aku fokus pada nota yang aku anggap payah untuk diingat. Sekali keluar soalan yang mudah dan aku tak hafal pun. Cuma sekali imbas je aku baca nota tu. Pensyarah tu kata sebenarnya dia nak tampal markah depan biliknya tapi disebabkan ramai yang dapat 10 ke bawah, dia nak semua pelajar lihat markah dan berjumpa dengannya di bilik. Ahhh...takuutt...! bila aku masuk bilik dia tadi, rasa berdebar. Pensyarah tu bagi nasihat dan banyak lagi info berguna pada kami. Hanya 2 orang yang dapat 19/20. dan sememangnya bukan aku dan rakan-rakanku yang 5 orang tu! Dalam bilik, kami di tanya nombor matrik seorang demi seorang. Berdebar...
Sampai giliran aku, alhamdulillah aku dapat 18/20 dan perbentangan individu 8/10. aku amat bersyukur padahal aku patut lebih banyak berusaha. Untuk 2 perbentangan yang akan datang dan final exam, aku nak berusaha dengan lebih cemerlang. Aku tak nak menyesal di kemudian hari seperti semester yang lepas-lepas. Subjek tatabahasa aku untuk test 1 tidak dapat diselamatkan lagi. Aku akan berusaha untuk final exam. Insya Allah....doakan aku...


TAK FAHAM

Aku rasa nak ponteng je kelas, aku tak bersemangat nak belajar bila aku masuk kuliah dan aku tak faham apa yang dibicarakan oleh pensyarah tu. Penerangan tak jelas. Aku tak faham...!sebenarnya satu kelas tak faham. Kami semua mengeluh...macam mana nak final nanti???aku minta maaf...bukan aku salahkan pensyarah tu, tidak...!aku Cuma tak faham, aku mengantuk tahap dewa bila time kelas tu, aku sayang pensyarah tu sebab dia baik tapi,macam mana aku nak terangkan biar semua orang jelas tentang maksud aku ni?jangan salah faham, aku suka belajar tapi aku tak faham apa yang diajar,kamu semua faham tak apa yang aku nak sampaikan???apa?faham?tak faham?aku pun tak faham cara penyampaian aku...uwaaaa....

LINE

Hari ni aku ke mines, temankan kawan untuk bayar broadband mereka. Sebenarnya susah hidup tanpa broadband ni, banyak kerja kami terhalang disebabkan line internet ni tak ada. Kenapalah kolej aku ni tak ada line uspot?kalau ada sikit pun tak apa, ni tak ada langsung. Kolej orang lain ok jer. Apa masalahnya ni???cerita selanjutnya...bila dah bayar dan bila balik masih tak boleh guna lagi. Aku terfikir...mungkin celcom tengah buat hal atau broadband ni tak boleh guna dah di kolej aku. Kenapa aku cakap macam tu?sebab broadband aku ni pun tak boleh guna jugak. Kiranya kami empat sekawan semuanya tak boleh guna broadband. Sakit hati kan? Kalau salah seorang boleh guna tu pun kami dah bersyukur tapi yang jadi masalahnya kami empat orang ni semuanya tak boleh pakai broadband. Perit...broadband orang lain aku tak tahu, tapi rasanya diaorang bole guna kot...nanti nak tanya...:p

JATUH

Aku jatuh lagi...amat menyakitkan...! tapi aku tidak menghiraukan perasaan malu, yang aku tahu, aku sakit...malu adalah perkara yang terakhir bagiku. Aku tak nak pikir malu, aku sakit dan aku pikir mengapakah kaki aku ni lembik sangat?dah 2 kali aku jatuh sejak tinggal di kampus hijau ni, aku amat mudah untuk jatuh...kenapa dan kenapa?pelik~~~

DERITAKU DI SINI

Aku berfikir-fikir, perlukah aku berterus terang? Bahawa aku sudah tidak betah lagi hidup begini. Aku sentiasa berasa tidak senang. Tidak dapat berkongsi, tidak dapat memahami. Aku inginkan seseorang yang boleh memahami aku, yang boleh berkongsi segala cerita denganku, tentang dirinya, keluarganya, dan kehidupan sehariannya. Aku rindu. Rindu dengan mereka yang dahulu. Mereka ibarat adik beradikku. Sentiasa meluahkan, menceritakan, berkongsi. Aku bergurau senda dengan mereka. Tidak terasa bahawa aku jauh dari keluargaku. Dengan mereka, aku bahagia. Namun yang kini ibarat duri dalam daging. Tidak menghormatiku. Aku cuba berbaik. Cuba bercakap. Cuba memahami. Namun, ibarat mencurah air ke daun keladi. Baik di hadapanku namun di belakangku aku tak sanggup untuk memikirkannya. Mengapa? Apa salahku? Seingatku, aku tidak pernah mengabaikan perasaannya. Hmmm...manusia,,,memang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Sentiasa ingin mencari sesuatu yang perit untuk ditelan. Aku tertekan. Tertekan dengan hidup di kampus ini. Aku mahukan kebebasan, keceriaan, kehormatan, keadilan. Hidup aku tertekan dengannya...aku tidak betah lagi, aku tidak dapat bertahan dan aku tak mampu bersabar lagi.

TEMAN

Teman...

Dahulu kita gembira bersama,
Berkongsi segala duka derita,
Melayari tiap perkara dengan usaha bersama,
Sentiasa cuba untuk memahami,
Namun kini,
Cepat benar engkau berubah,
Mengapa sedemikian?
Bukankah kita sentiasa seiring?
Sentiasa bersama walau ke mana,
Sentiasa berpakat dalam kerja,
Apakah yang telah terjadi antara kita?
Aku sungguh merasa derita,
Dengan perubahan ini,
Sungguh aku tidak selesa,
Aku sentiasa menantikan,
Hari-hari gembira kita,
Dahulu, kini, dan akan datang...


AKU PUNYA HATI...

Ada hati juga dia rupanya…aku ingatkan hati batu! bila dia buat aku, dia tak pikir ke yang aku ni pun manusia, ada hati macam dia?dia patut lebih hormat aku sebagai senior. Bila aku cakap, kawan dia membela, apa kawan dia tahu tentang apa yang terjadi antara aku dengan dia?budak mentah yang hanya pandai berbicara namun tidak tahu makna keseluruhan cerita. Sebelum bercakap sesuatu tolonglah selidik, bukan main percaya apa yang disampaikan sebelah pihak sahaja. Kiranya demikian, siapa yang cepat menyampaikan cerita,dialah yang bercakap benar, begitukah?sepatutnya manusia yang cepat menyampaikan cerita itulah manusia gelojoh dan tidak beretika. Tidak memikirkan kesan daripada percakapannya. Pada aku, orang yang percaya sebelah pihak tanpa usul periksa setelah mendengar ceritanya itu dinamakan orang bodoh, dan orang yang menyampaikan cerita yang tidak benar itu ialah orang yang pengecut. Sebelum bercakap tentang apa pun, fikirlah dulu, selidik. Bukankah menambahkan dosa bercakap tentang perkara yang tidak benar?adakah orang yang berlagak baik itu akan didahulukan oleh manusia-manusia di dunia ini dalam apa perkara pun?kalau luaran manis tetapi busuk di dalam bagaimana?apa gunanya?dan kalau luaranya kelihatan buruk tetapi di dalam sebenarnya baik, apa maksudnya?orang yang bagaimana sebenarnya yang kita pilih?yang cantik di luar dan buruk di dalam?atau yang buruk di luar dan cantik di dalam?sememangnya kita tidak dapat menilai semua itu dengan hanya mata kasar. Oleh yang demikian, pikirlah...sebelum menilai seseorang, kaji dalamannya dahulu. Janganlah melihat luaran. Melihat yang tersurat dan tersirat adalah lebih baik daripada melihat yang tersurat tanpa melihat yang tersirat. Fikirlah...aku pun punya hati dan perasaan...

Ahad, 22 Ogos 2010

MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT "LEGENDA GUNUNG SANTUBUNG"

bersama pelakon MTSR 25

Aku dan Na (pelakon)

Aku dan Liz (penari)

bersama krew produksi

Aku, Yah dan Kak Na (krew)

aku dan group aku: krew publisiti
Aku dan Apai Kanang, pelakon MTSR 25

krew produksi MTSR 25

Aku, Apai Kanang dan cik Meliana

pelakon dan sebahagian daripada krew produksi
MTSR 25

SECEBIS KATA:


Malam Tradisi Sastera Rakyat tak akan dapat aku lupakan,
banyak peristiwa pahit manis ketika bersama-sama pelajar SASTERA dan PBMP dalam menjayakan teater Legenda Gunung Santubung,
kami sama-sama berusaha siang dan malam untuk membuat persiapan bagi persembahan teater tersebut,
wahhh...kalau ramai-ramai buat kerja, mata jadi tak mengantok,
best....tambah pulak kerja ngan budak laki...
heheheh
gatal...
walaupun banyak juga peristiwa pahit,
namun ia banyak mengajar kami semua,
banyak KI yang kami dapat selama 3 bulan menjalankan tugas sebagai pelajar dan krew produksi teater tersebut,
alhamdulillah...
kami berjaya menguruskan MTSR KE 25 tersebut,
ramai pihak yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami,
terima kasih terutamanya kepada cikgu Aida, Pn. Hajah Halimah, dan semua yang terlibat...


MY FAMILY

aku masa dinner dengan family

aku, pembantu maksu, dengan sepupu cilikku


mak su dengan beberapa orang staffnya


eric bucuk

aku dan sepupu cilik: eric, edlyn,edrie,eddie

kakakku


datin zaty (hahahha)



aku dengan abah tersayang




aku dengan ma tercinta












Sabtu, 21 Ogos 2010

PERKAHWINAN

ni gambar perkahwinan kakak aku masa kawin kat kelantan 3 jun lepas, kawin plak masa birthday aku, so tak ada orang nak wish aku la...apa pun semoga kakak bahagia selalu... ambil gambar kenangan masa perkahwinan: dari kiri ma, abag ipar,kakak
abah dan aku

aku dan kakak




so...kakak aku dah kawin,
tinggal je la aku sorang kat umah,
dengan ma dan abah,
huhuhu....