Dulu...
Beliau kata:
Saya sangat tegas,
Dan aku sangat takut,
Sebab aku tak pernah dilayan setegas itu,
Walaupun dirumahku bersama keluargaku,
Setiap kali masuk ke kelasnya aku sangat berdebar,
Jantungku berdegup laju,
Semua diam,
Telan liur,
Saya sangat berdisiplin,
Mesti tepat,(baik Dr)
Jangat lewat, (baik Dr)
Jangan ponteng, (baik Dr)
Semua alasan tak diterima kecuali mati, (wah..memang betul-betul garang ni)
Saya tak suka kamu semua main-main, (takutnyer)
Kalau datang lambat kelas saya jangan berani nak masuk,
Baik drop, (uwaa...takut)
Kerja saya mesti siap tepat pada waktunya,
Lewat seminit saya buang semua,
Aku kaget,
Seram, (macam tengok cerita hantu)
Semua ok...semua takut nak bangkang
Kini...
Awak kena siapkan kerja ni (banyak amat) sekarang!
Kerja ni juga awak kena siapkan.(hah...banyaknya)
Satu lagi,
Satu lagi,
Satu lagi kerja,
Dan lagi,
Dan lagi,
Biar berdarah biji mata awak semua,(takut jugak tapi semua ketawa)
Saya tak kira,
Saya nak tengok sebelum sabtu! (apa?matilah...)
.....sume dah pandai menjawab....
Walaupun kerja banyak, semua HAPPY...:D...kenapa?sebab semakin beliau garang, semakin beliau tegas, semakin terserlah sifat sebenar beliau, semakin nampak yang beliau memang penyayang, kalau tiba waktu kelas beliau hatiku berbunga, mesti ada je lawak yang beliau buat (walaupun masa buat lawak tu muka beliau tegas amat, tak senyum, matanya menjeling, menakutkan tapi kami HAPPY)
Kenapa?
Aku tak pernah jumpa dengan orang seperti beliau.
Nampak kejam…
Sebenarnya amat penyayang…
Dulu katanya mahu ke Ireland,
Aku macam gembira,
Hilang seorang yang amat menakutkan,
Kini katanya mahu ke Ireland,
Aku seakan sedih,
Hilang seorang yang baik,
Seperti akan kehilangan seorang IBU,
Dah tak takut ke?
YUP...
Tak takut,
Tapi sedih, beliau dah nak tinggalkan kami,
Yeke sedih???
Aku betul-betul sedih la!!! (jatuh ego aku)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan