Isnin, 27 Disember 2010

PESAN AKU BUAT TEMAN-TEMAN

pesanan buat isteri....: syurga isteri di bawah tapak kaki suami,jangan sesekali meninggikan suara padanya, apatah lagi menentangnya.kalau boleh tiap saat disampingnya, sentiasa mengambil tahu hal makan dan minumnya, kesihatannya, jgn sesekali membiarkan semua ini tertangguh, nescaya penyesalan yang tiada penghujungnya...berbaktilah kepadanya, hidup akan bertambah berkat dan bahagia...

suamimu syurgamu~

biarpun dunia hancur
biarpun terpaksa melarat
namun tinggallah sentiasa di samping suamimu
bersama kebahagiaanmu
bersama kehidupanmu
bersama syurgamu

pesanan buat anak....: syurga anak di bawah telapak kaki ibu, jangan sesekali berkata "ah" kepadanya, nescaya neraka jahanam tempatmu. apatah lagi tidak mendengar kata-katanya dan jangan sesekali meninggikan suara padanya. nasihat ibu ibarat nyawamu, tanpa nyawa,matilah kamu.

ibumu nyawamu~

biarpun seburuk mana
biarpun sejahat mana
biarpun sesakit mana
sabarlah
tenanglah
jangan terlalu melayan amarahmu
walaupun kamu betul
berzikirlah
maka ALLAH akan disisimu
segala kegusaran lenyap hilang

***hikmah akan menujah selepas datangnya dugaan~~~

Sabtu, 25 Disember 2010

PERCUTIAN PERTAMA

percutian pertama, bukan tak pernah bercuti tapi nilah aku rasa 1 percutian yang sebenar aku dan family walaupun kakak dan abah aku tak ikut sekali kerana faktor kerja. 3hari 2 malam aku dan family di penang. 1 malam bercuti atas kapal iaitu star cruise, dan 2hari 1 malam di hotel hard rock, penang. semasa di atas kapal, aku dan family je Melayu Islam, sampaikan bila naik kapal dan bila nak pergi makan mesti semua cina dan mat salleh tu tengok semacam. yang paling ketara orang cina la...tengok sampai aku duduk di meja makan. hadoii...pelik betul...tapi aku tak amik pusing...lantak la kan..hahha...malas aku nak cakap banyak, aku ni bukan rajin sangat nak menulis pun..ni sebahagian gambar kenangan semasa percutian aku ngan family...


                                                      ni gambar sebelum kami berlepas...


                                                           ni semasa nak check in...


                                                         
                                                           dah masuk star cruise dah....

ni gambar atas dek kapal...

Jumaat, 17 Disember 2010

ULAR

Suatu malam, aku termimpi. Aku dikejar seekor ular. Ular tu ular kecik je. Dalam ramai orang kat kawasan aku berdiri tu, ular tu hanya kejar aku. Aku lari, lari dan lari, aku menangis takut…namun orang lain hanya tengok je sampai ular tu gigit aku…kalau tak silap sebab ular tu gigit la aku tersedar dari mimpi. Menakutkan…aku Tanya kawan-kawan apa tafsir mimpi ni, ada yang cakap ada orang nak masuk meminang. Eh bukan ke itu kalau ular sawa? aku ni mimpi ular kapak. Lalu aku Tanya sepupu yang tahu serba sedikit tentang agama. Dia cakap, kalau mimpi ular dalam perubatan Islam, tandanya ada orang hantar benda atau bahasa lebih mudah hantar sihir!aku kaget..aku takut. Satu hari aku tak senang duduk. Nak membaca yasin aku “cuti” time tu. Lalu aku membaca ayat kursi dalam hati. Selepas hati aku tenang, aku cari tafsiran mimpi dalam google dan inilah jawapannya:
ular, mimpi tentang ular merupakan lambang musuh yang dapat menyembunyikan permusuhannya. Atau dapat diartikan musuh yang munafik dan sangat membahayakan karena ia tidak berani berhadapan, tapi menyerang dari belakang.
1)                bermimpi membunuh ular, artinya anda akan berhadapan dengan musuh atau pesaing dalam bisnis dan anda menang; 
1)    bermimpi bertengkar dengan ular dan anda dapat dikalahkan artinya musuh atau pesaing andalah yang menang dalam kompetisi;

2)bermimpi melihat ular mempunyai kaki, artinya anda mempunyai musuh yang kuat;
4) bermimpi melihat ular tetapi anda merasa takut karena binatang itu memandangnya artinya anda akan dicekam ketakutan
5) bermimpi merasa ada ular keluar dari lubang anus, telinga atau perut artinya sebagian keluarga anda ada yang menjadi musuh secara diam-diam (membenci anda dengan diam-diam);
6) bermimpi memiliki ular, artinya anda akan mendapatkan kenikmatan dan keberuntungan;
7) bermimpi memiliki ular hitam, artinya anda akan memiliki kekuatan dan kewibawan;
8) bermimpi memiliki ular kecil yang mengkilap kulitnya, artinya anda akan mendapatkan kekayaan;
9) bermimpi melihat ular kecil tiba-tiba menjadi ular besar (ular naga) artinya bahwa anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berkedudukan;
10) bermimpi melihat ular berlari mendekati artinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam; (seperti dalam mimpi aku)
11) bermimpi melihat ular dalam jumlah banyak dan bermacam-macam artinya anda akan mendapatkan kebahagiaan;
12) bermimpi bermain-main dengan ular artinya ada seseorang yang sedang jatuh cinta kepada anda;
13) bermimpi melihat ular di dalam rumah artinya anda akan kedatangan tamu yang membuat senang seluruh keluarga;
14) bermimpi melihat kulit ular artinya anda akan mendapatkan kebahagiaan dan kekayaan dari Allah; bermimpi menari dengan membawa ular artinya anda akan mengalami kekacauan dengan kekasih

Kesimpulannya: mimpi adalah mainan tidur, kalau nak percaya, sikit-sikit boleh la, jangan terlalu menakutkan diri sendiri…sentiasa menyebut Allah dan ingat pada-Nya dan ini akan lebih menenangkan hati kita. Ingatlah, kita hidup kerana Dia dan mati kerana Dia…~~~


Ahad, 12 Disember 2010

HANTU KAL LIMAH BALIK RUMAH


Pukul 10.30 pm aku dan keluarga mononton hantu kak limah balik rumah di panggung jusco. Wow…cerita yang menarik, walaupun cite hantu tapi ada unsur lawak yang boleh menggegarkan bangunan jusco. Jalan cerita yang menarik dan amat memuaskan hati saya dan seluruh isi panggung pada malam tersebut. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang belum tahu la, cerita ni adalah kesinambungan daripada cerita zombie kampong pisang..heehe, 3 orang pengarah muda bergabung untuk mempermantapkan jalan cerita, dan Alhamdulillah mendapat sambutan ramai, mak aku yang dah menonton malam semalam datang lagi malam ni untuk mengulang tayang..kaya la pemilik panggung ni..hahaha..Kesimpulannya, cerita ini amat Berjaya. Pengajaran yang aku dapat dari cerita ni adalah, kita hidup bermasyarakat perlulah mengambil tahu hal-hal masyarakat sebelah menyebelah  supaya kita hidup aman dan tenteram. Pukul 12.30 lepas tamat cerita hantu kak limah balik rumah, aku dan keluarga bergerak ke panggung sebelah pulak, tengok cerita Narnia 3D, hehehe…cite ni best jgk dan tak perlulah aku cerita kat sini sebab aku pasti semua orang berpuas hati. Al maklumlah, cerita dari barat…cite dari barat ni kalau tak ada unsure romantic pun aku boleh angkat jari, memang best…!..:)…rumusannya, malam tu aku tengok 2 cerita kat panggung, balik pukul 3 pagi, nak jalan jauh family aku tak ada masa, jadi jalanlah dekat2 bawak budak2 kecik 2, asal dapat berkumpul…heehe…sekian~~~

Selasa, 7 Disember 2010

SALJU SAKINAH


Salju Sakinah…sebuah kisah yang banyak mengajar  aku erti kehidupan sebenar, banyak memberi aku pengetahuan baru yang susah untuk diperolehi di mana-mana. Ianya boleh dijadikan peniup semangat kepada sesiapa yang membacanya. Segala kisah yang dihidupkan dalam novel ini benar-benar dihayati dan mengundang emosi pembaca. Salju Sakinah merupakan hasil karya sastera yang aku kira sangat Berjaya dikarang. Ianya mengisahkan tentang seorang Sumayyah yang sangat teguh hatinya dalam menerima setiap perkhabaran buruk walaupun kadang kala hampir tersungkur. Dengan tiap kesabaran yang dihimpunkan sepanjang hayatnya, segala ujian yang mendatang ditangani dengan penuh tertib sehinggakan jarang manusia sebegini yang kita pernah jumpa di muka bumi Allah yang maha luas ini, akhirnya dia bahagia mengecap nikmat manis yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Namun penulisan kisah ini masih tidak terkeluar dari landasan kejadian sebenar kehidupan kita. Masih merupakan kisah reality masyarakat kita hari ini. Perjalanan kisah yang diutarakan, walaupun pembaca tidak pernah ke sana (Jordan), namun boleh menghayati dan seakan boleh membayangkan suasana yang cuba disampaikan. Banyak unsur kejutan  yang diketengahkan namun tidak begitu membebankan pembaca menjadikan pembaca begitu relax namun bisa mengalirkan mutiara keinsafan. Kisah yang tercantum begitu indah dan pada aku tidak sedikitpun tercela. Kesimpulannya, aku sangat sukakan Salju Sakinah dan seperti ianya sudah sebati dalam diri aku..:). Salju Sakinah karya Zaid Akhtar yang diterbitkan oleh PTS Litera sdn bhd pada 2009 dan mempunyai  556 halaman ini dibaca oleh aku petang isnin pada 6/12/2011 dan tamat pada 8:21 p.m 7/12/2011. Pada awal pembacaan, aku begitu bersemangat sehingga menaikkan keyakinan diri dan insaf mengenangkan diri sendiri. Dengan keadaan yang tenang aku membaca satu-satu perkataan yang dilukiskan begitu indah pada pandangan mataku. Manakala, pada pertengahan pembacaan, hatiku sebak, sehingga mengalirkan air mata. Begitu menyentuh emosi . Reality kehidupan yang dibangkitkan begitu menyentuh sanubari aku, mengigatkan aku pada ibu bapaku, keluargaku dan sahabatku. Namun, pada akhir pengkisahan ini, aku bahagia sendiri. terdetik di dalam hati ingin menjadi seperti Sumayyah yang diuji penuh kepahitan namun akhirnya dengan berkat kesabaran dan sentiasa mengigati-Nya, segala kepahitan ditelan kemanisan sehingga tidak merasa sedikit pun pahit yang pernah dilaluinya dahulu. Novel ini seumpama kitab bagiku yang mengandungi banyak pengajaran dan ilmu pengetahuan. Kisah kehidupan masyarakat sebenar yang diadaptasi ke bentuk novel lebih manis dan lebih mudah dijadikan landasan hidup. Pada sangkaan aku lah. Apapun, novel ini semacam melahirkan perasaan baru dalam diri aku. Ianya tidak melalaikan namun penuh pedoman…pada yang sudah baca, tahniah aku ucapkan dan pada yang belum baca, silakan baca. Insya Allah tak akan menyesal seumur hidup…selamat membaca.