Sabtu, 21 Ogos 2010

KENAPA???

Aku tak tahu apa salah aku,
Aku tak tahu apa dia pikir tentang aku,
Tapi dia layan aku macam aku ni bodoh sangat,
Dengan kawan lain dia ok,
Tak pernah nak buat muka macam tu,
Aku nampak perubahan sikapnya padaku,
Dia sepatutnya adil,
Orang lain dia boleh layan dengan baik,
Kenapa tidak aku???
Dia kawan aku,
Apa yang dia tak puas hati dengan aku agaknya,
Kadang dia ok,
Kadang dia layan tak layan je aku,
Nak kata dia hebat,
Ntah~~~
Apalah sangat yang dia ada berbanding aku,
Cantik?
Barangkali...
Tapi aku tak pandang semua tu,
Pada aku dia biasa saja,
Aku bukan nak meninggi diri,
Tapi aku tak faham sikap dia,
Aku terasa hati,
Aku berjauh hati dengan sikap dia,
Kadang-kadang aku cuba untuk bertahan,
Aku berusaha untuk bersabar,
Tapi suatu hari air mata aku tumpah jua,
Meluahkan rasa pada seorang rakan,
Untuk membuang beban rasa sakit yang berat di hati ni,
Alhamdulillah...aku lega,
Aku boleh sembunyikan perasaan terkilan aku,
Tapi hari ni...
Sikap dia buat aku rasa berjauh hati lagi,
Aku bertanya,
Dan dia memberitahu,
Aku masih tak faham,
Dia seakan buat muka,
Malas nak explain,
Mimik muka dia macam dia cakap aku bodoh,
Bertapa kecilnya hati aku time tu,
Aku panggil rakan aku yang lain,
Bertanyakan padanya,
Rupanya aku tak bodoh,
Tapi PC aku tu yang bodoh,
PC yang banyak masalah,
Tapi biarlah,
Aku sudah maklum dengan layanan dia terhadapku,
Tanpa dia aku boleh hidup,
Aku masih punya rakan yang menghargai aku,
Aku hidup di sini bukan dengan pertolongannya,
Aku hidup di sini atas usaha aku,
Bimbingan kawan baikku,
Aku dengan dia tak pernah berkongsi rasa yang ikhlas,
Pada sangkaanku,
Barangkali...
Mulai hari ni,
Aku tak mahu ambil pusing layanan dia terhadapku,
Biarlah,
Engkau layan lah aku sesuka hati,
Engkau sakitkanlah hati aku sepuas hati,
Aku akan biarkan...
Semoga kau bahagia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan