Aku berfikir-fikir, perlukah aku berterus terang? Bahawa aku sudah tidak betah lagi hidup begini. Aku sentiasa berasa tidak senang. Tidak dapat berkongsi, tidak dapat memahami. Aku inginkan seseorang yang boleh memahami aku, yang boleh berkongsi segala cerita denganku, tentang dirinya, keluarganya, dan kehidupan sehariannya. Aku rindu. Rindu dengan mereka yang dahulu. Mereka ibarat adik beradikku. Sentiasa meluahkan, menceritakan, berkongsi. Aku bergurau senda dengan mereka. Tidak terasa bahawa aku jauh dari keluargaku. Dengan mereka, aku bahagia. Namun yang kini ibarat duri dalam daging. Tidak menghormatiku. Aku cuba berbaik. Cuba bercakap. Cuba memahami. Namun, ibarat mencurah air ke daun keladi. Baik di hadapanku namun di belakangku aku tak sanggup untuk memikirkannya. Mengapa? Apa salahku? Seingatku, aku tidak pernah mengabaikan perasaannya. Hmmm...manusia,,,memang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Sentiasa ingin mencari sesuatu yang perit untuk ditelan. Aku tertekan. Tertekan dengan hidup di kampus ini. Aku mahukan kebebasan, keceriaan, kehormatan, keadilan. Hidup aku tertekan dengannya...aku tidak betah lagi, aku tidak dapat bertahan dan aku tak mampu bersabar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan