Isnin, 29 November 2010

KISAH BEKAS

Pukul 5.30 pagi dia call aku. Mengganggu aku betul la, sampaikan aku kejutkan kakak untuk bangun ke sekolah. Hahha..ingatkan pukul 6.30 pagi dah, mamai aku sekejap. Kenapalah dia call aku, dulu dia janji tak akan hubungi aku lagi. Kadang-kadang aku jadi rindu pada dia, tapi..ah…semuanya dah terlambat. Kalau la dulu lagi dia berubah, bertapa senang hati aku, tak payah nak kenang masa lalu. Tapi manusia…sukar nak berubah. Mereka berubah bila hati kita ni dah rasa begitu tawar untuk bertentang mata dengannya. Dulu masa bersama, mereka tak fikirkan hati kita, tapi sekarang bila dah berjauhan, barulah mereka rasa asing dan memanggil-manggil kita kembali. Aku tak perlukan manusia sebegitu dalam hidupku. Aku perlukan manusia yang setia dan ikhlas bersama ku, bukan sebab harta, bukan sebab rupa paras tapi sebab hati, hati yang ihklas. Dulu selepas beberapa bulan berpisah, dia ada bertanyakan aku, adakah ada lagi ruang dalam hati aku untuknya,dan jika aku berikan jawapan, dia bersedia dan tak akan hubungi aku lagi, lama aku berfikir kemudian aku memberikan jawapan teguh. Tiada lagi ruang dihatiku untukmu. Aku bersedia memafkan tiap perbuatanmu padaku, namun hati aku tiada ruang kosong barang sedikitpun untukmu menghuni. Lalu dia diam, selama beberapa minggu dan pagi ini, dia call aku. Beberapa kali. Aku diam, tak mengangkat, aku diamkan hp aku. Malas aku nak melayannya, sebab bila aku berbuat demikian, dia akan terus menerus hubungi aku dan macam dulu, sentiasa meminta ampun, menyesal dan bermacam-macam lagi. Aku dah penat mendengar ayat-ayat dari mulutnya. Semasa aku bersamanya dulu, cukup tiga kali aku bagi peluang. Sebab aku sangat sayang padanya, aku bersabar walaupun ada perempuan call aku dan maki hamun aku, aku tetap bersabar bila dia bagi penjelasan. Aku percaya padanya. Bertapa bodoh aku pada masa itu, kerana cinta aku jadi buta. Kalau diingatkan balik, kalau dia tak ada perempuan lain, tak kan perempuan tu nak marah-marah aku?macam mana dia dapat no aku kalau dia tak pernah berdamping dengan bekas aku tu?bodoh kan?sekarang baru pandai fikir…dan sekarang, walaupun dia cakap menyesal dengan perbuatannya, mengugut aku untuk bunuh diri, aku tak layan. Dah tak ada perasaan. Hati aku tawar. Walaupun kadang rasa sayang itu timbul, aku keraskan hati. Cukuplah aku maafkan perbuatan dia padaku, untuk terima dia dalam hidupku, terima kasih ajalah. Nasihat aku untuk kawan dan diri sendiri: pada yang lelaki hargailah pasangan anda, jangan sampai bosan masa berhubungan tapi bila dah berjauhan terhegeh-hegeh merayu ingin kembali, memalukan je…dan pada yang perempuan, jangan sebab lelaki kita hilang maruah diri dan berbalah sesama perempuan. Jagalah identity kita sebagai perempuan. Kepada semua, matanglah dalam berfikir, bila dah ketemu jalan buntu, ingatlah Allah s.w.t Yang Maha Pencipta. Alhamdulillah…semuanya akan tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan