Isnin, 15 November 2010
SEMPENA RAYA
hari ini agaknya semua sudah berkumpul di rumahku di negeri Pantai Timur: Kelantan. ma, abah, maksu, 4e, staf-staf yang pergi dan beberapa orang kampung. maksu aku katanya ada buat korban seekor lembu, dan semuanya balik kampung kecuali aku dan kakakku. kakaku tak balik kerana suaminya tidak ada cuti dan aku kerana tidak sempat, exam lah katakan...rugi juga tak dapat balik..mesti meriah kan?sedihnya...dh lama aku tak hirup udara di Kelantan. sudah setahun agaknya atau lebih...hurmmm...memang nasib aku. terpaksa berkorban berada diperantauan...sejak aku belajar beberapa tahu ni, banyak majlis-majlis yang dibuat atau dianjurkan oleh family aku tak dapat hadir termasuklah majlis besar hari raya. hmmm...pada waktu sekarang mesti ma abah aku tengah sibuk. khabarnya..pagi ini ma dan abah pergi mengajak orang untuk menyembelih lembu korban dan membuat majlis makan-makan rasanya. ma aku tak hubungi pun aku hari ni, mungkin esok, atau mungkin ma sedang sibuk mengurus. maklumlah ramai yang balik kampung menggantikan aku dan kakak. sekali dengan tukang kebun maksu angkut balik ke Kelantan, termasuklah budak-budak production, marketing, driver dan beberapa lagi staff penting. besar agaknya majlis tuu...huhuhuhuhu...melepas aku nak rasa raya di kampung sendiri. hampir empat tahun aku tak beraya di Kelantan. macam mana agaknya rasa beraya di sana..aku sudah lupa barangkali. teringin aku ke kubur arwah nenek...tapi...tak berkesempatan. apapun, aku doakan arwah nenek semoga berada dalam kalangan orang yang soleh dan dijauhkan seksaan kubur...dan semoga majlis di rumah aku berjalan lancar dan diberkati-nya. amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan