Isnin, 29 November 2010

2 MINGGU

Selama hampir dua minggu aku di sini, di Teluk Intan…terasa begitu asing. Sunyi sentiasa menguasai diri. Tapi sunyi tu tidak berapa bererti pada aku sebab aku sememangnya sentiasa sunyi kalaupun tak duduk di sini. Huahuahua..tapi di sini aku bangun je subuh, aku sarapan sikit. Lepas tu aku tidur lepas kakak aku ke sekolah kemudian bangun pukul 11 ke 12, makan then tidur balik. Pendek kata sampaila panjang kata, ada tiga perkataan je aku boleh jelaskan tentang kehidupan aku di sini iaitu BANGUN MAKAN TIDUR. Perkataan DAN pun dah tak berguna lagi sebab BANGUN MAKAN TIDUR tu sentiasa berulang-ulang-ulang dan ulang dari hari pertama aku sehingga hari ini aku di sini. Hah….!itu dia, jalan hidup aku di sini. Nak kemaskan rumah? Huh~~~ macam mana nak kemaskan, aku pun tak pandai. Bukan rumah aku, lagi pula, kat sini tak ada benda yang nak di kemas pun. Rak baju tak ada, cabinet dapur tak ada, ala…semua tak adalah senang cerita. Al- maklumlah, rumah sementara katakan. Hari minggu aku ulang alik balik rumah kat Ipoh, balik basuh baju…ngeh ngeh ngeh.. Harap-harap lepas ni kakak aku dapat rumah sewa yang lebih baik, lebih tenteram, senang sikit hati aku ni~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan