Khamis, 11 November 2010

BILA AKU MARAH


suatu malam yang dingin…angin yang baik datang. Aku teringin nak menyemak kerja-kerja sekolah sepupu cilikku yang sudah bersekolah 3 orang tu. Huh~~~bila semak, aku suruh buat kerja yang tak dibuat tu, asyik tengok tv memanjang. Adik yang 2 orang tu ok, tapi yang abang ni…Ya Allah…liatnya. Suruh buat malas, result exam ntah apa-apa, mainan  24jam kat tangan. Apa lagi…mengamuk sakan lah aku. Suara aku tu sama naik dengan bunyi guruh di langit malam tu. Aku rasa, kalau tak ada guruh…bising satu taman tu dengan suara aku. Aku bukan nak marah sangat budak-budak tu, kalau result rendah, kalau aku suruh buat tanpa banyak songeh, aku tak marah. Ni adik-adik buat je bila aku suruh, tapi abang ni main-mainkan perasaan aku pulak. Aku yang sememangnya tegas dalam hal-hal ni membuat keputusan untuk meneruskan keinginan aku untuk suruh bebudak ni belajar malam ni dan tak boleh buka tv. Pembantu rumah pun diam seribu bahasa kejap bila suara aku memenuhi ruang legar rumah ibarat harimau hilang anak. Si abang tak payah cakap…kena dengan aku menangis. Hah…uji la lagi kesabaran aku. Cuti semester ni nanti jangan ingat boleh rehat la. Mentang-mentang mama dia tak sempat nak ambil tahu, mentang-mentang orang gaji buat endah tak endah, main je kejenya. Kalau aku balik, jangan mimpi nak tengok tv memanjang. Tanggungjawab aku untuk jaga mereka. Rasanya bila dah habis belajar ni, aku duduk rumah je jaga budak-budak ni. Seram aku bila tengok result si abang. Tapi alhamdulillah…budak-budak kalau bercakap elok dengan mereka, Insya Allah…mereka akan terima dengan baik. Impian aku, biarlah budak-budak ni berjaya seperti mana mamanya. Jangan mewah dengan harta, hilang nilai kehidupan. Mereka seperti anak-anak aku yang dari kecil lagi aku bersama mereka, melihat mereka membesar dengan mata sendiri. Aku marah bukan benci tapi marah mendidik. Aku sayang mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan