Rabu, 17 November 2010

HARI INI


Hari ni aku pergi jalan-jalan di bukit ekspo..melepaskan bosan yang terkurung. Bertapa aku bosan dan sunyi asyik memerap di dalam bilik. Tiada yang istimewa dalam bilik ni. Tengah hari ni aku berlanja kawan makan kfc sempena raya ni. Sedih mengenangkan tak dapat balik kampong, jadi aku ajak kawan datang bilik dan kami makan sama-sama. Kurang sikit sakit kepala aku. Pada petangnya aku ke bukit ekspo. Di sana kami ambil angin dan menghirup udara segar. Kemudiannya kami berjalan di tepi tasik dan duduk bersantai sekejap sambil melihat tenangnya air tasik. Kadang ada beberapa ekor ikan melompat-lompat. Sambil berborak dan bergelak ketawa dengan rakan dan melihat kedamaian di sana, menenangkan jiwa nan lara dan sunyi. Tenang setenang air tasik, damai sedamai pupukan angin lembut yang menyapa pipi….segar sekejap namun bila tiba di bilik, melihat suasana bilik, keseorangan…perasaan sayu dan sunyi datang lagi…hurmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan