Isnin, 29 November 2010

WAFFLE


Waffle sekarang dah tak sedap, jauh beza dengan waffle dahulu. Kalau dahulu, waffle ni tebal, sesuai dengan inti yang diletak sama ada inti coklat, strawberry, kaya dan sebagainya. Kalau makan pun puas hati dengan harganya yang boleh dikira berpatutan jugalah, kalau nak jual murah tak ada untunglah pekedai tu kan?! Dulu kalau aku makan waffle, aku dapat rasa lemak-lemak manis. Tapi sekarang, waffle tu punyalah nipis amat, inti pula banyak, dah tak ada rasa lemaknya, rasa manis je lebih sebab inti lebih tebal dari kulit. Kadang kala aku rasa mual bila makan. Aku hairan la dengan orang zaman sekarang, lebihkan kuantiti dari kualiti. Kalau duit dapat banyak tapi orang mengeluh, apa kita rasa?selesa? lagi pula, nikmat untungnya juga hanya sekejap. Macam jugak hidup, ramai yang tak hiraukan kualiti hidup yang sebenar dan sebab itulah bila dah berlamaan di dunia ni, hidup pun jadi huru hara, zina, bunuh, tak dapat bendung perasaan dan sebagainya. Macam waffle tadi, kalau nipis, inti banyak dari kulitnya, manis, kalau makan pun rasa tak senang hati, rasa tak sedap, dan macam –macam rasa lagilah. Itulah..kita sebagai manusia, janganlah terlalu membezakan kuantiti dan kualiti, kuantiti dan kualiti seharusnya seiring dalam perjalanan hidup kita supaya hidup kita sentiasa diberkati-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan