Khamis, 11 November 2010

KISAH SERAM AKU


Pada mulanya aku nak ceritakan sedikit tentang kedudukan rumah aku. Rumah aku ni dibina di kawasan yang dulunya bukit-bukau. Ramai orang kata tempat ni keras tapi bila dah banyak perumahan dibina, cerita-cerita seram hilang sedikit demi sedikit. Bilik aku di tingkat dua. Dan bilik aku paling hujung. Bilik ma abah aku di tengah-tengah dan bilik maksu aku pun di hadapan iaitu bila buka tingkap boleh la nampak rumah jiran yang berderetan. Kiranya tempat orang lalu lalang la. Bilik aku pula, bila buka tingkap, nampak atap yang menutup kolam mandi budak-budak dan jakuzi. Sebelah sana sikit ada kolam ikan. Disekeliling tu adalah pokok-pokok bunga yang menghiasi. Sebelah luar pagar rumah, ada padang kecil menempatkan kawasan permainan kanak-kanak. Kiranya bilik aku terletak di kawasan belakang rumah.
 Dalam bilik aku, sebelah kanan rapat dengan katil ada tingkap. Sebelah kiri, ada almari cermin yang kalau baju tergantung kat dalam tu aku boleh nampak dan aku  takut melihatnya bila tiba malam. Atas kepala katil aku tu ada tingkap lagi dan bila buka tingkap tu nampak la lorong kecil pemisah antara sisi rumahku dengan belakang rumah  jiranku. Dihadapan katil aku, ada tingkap dan bila buka tingkap tu ada beranda yang menempatkan meja-meja makan iaitu kawasan rehat namun sudah berhabuk rasanya dan lama tidak digunakan sejak kebelakangan ini kerana faktor masa. Sebelah almari, ada kamar mandi. Di bawah bilik aku ialah dapur. Berlainan dengan bilik mak aku dengan maksu yang dibawahnya adalah ruang tamu. So kesimpulannya, kawasan bilik aku tu mempunyai banyak tingkap dan berada di kawasan hujung atau belakang sekali. Kalau tidur sorang memang menakutkan.
Pada suatu malam, aku tidur seperti biasa. Dalam bilik aku ada enam biji lampu jadi aku hanya membuka 2 biji lampu yang betul-betul depan aku. Dulu aku selalu mebuka lampu yang dekat dengan pintu kerana cahaya terang menyukarkan aku untuk tidur, namun sejak kebelakangan ini, perasaan aku berlainan daripada biasa. Sedikit takut sebenarnya dan tidak tahu kenapa. Pada malam itu, ketika aku tidur dengan nyenyaknya,tiba-tiba…aku tersedar. Macam mana aku boleh tersedar dengan senangnyan padahal masa tu aku tidur dengan nyenyak sekali. Dalam keadaan mamai, terus celik kerana aku terdengar satu bunyi yang pelik. Hee…huuu….seakan bunyi ketawa tetapi kadang ada juga macam bunyi orang menangis. Tergamam aku seketika.
Memikirkan yang bilik aku paling hujung menyebabkan aku merasa semakin seram. Aku tarik selimut hingga menutup kepala sambil mendengar bunyi tersebut dengan teliti. Betul! Itu bukan mimpi. Aku benar-benar sedar masa tu. Aku tengok jam, sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Banyak kemungkinan yang aku fikirkan sampaikan aku takut untuk keluar dari selimut walaupun jari aku sekalipun. Kerana tidak sedap hati dan seram semakin hebat menguasai diri, aku membaca surah Kursi. Jantung aku berdebar-debar. Semakin banyak aku baca ayat kursi tu, semakin jauh bunyi suara tu. Namun belum hilang…lalu aku membaca ayat kursi tersebut sampailah suara tu hilang dan aku tertidur dengan sendirinya.
Pukul 7 pagi aku baru tersedar untuk solat subuh. Suara tu sudah tidak kedengaran lagi…alhamdulillah. Kerana tersangat mengantok, aku tertidur balik. Beberapa jam selepas itu, bila aku diterangi cahaya matahari kerana mak aku masuk dan menyelak semua kain langsir yang ada kat bilik aku tu. Membebel dia sedikit melihat anak gadisnya yang tidur ketika matahari meninggi naik. Aku terus memberitahu mak bahawa aku terdengar satu bunyi yang menyeramkan, oleh sebab itulah aku kesiangan. Mak sedikit terkejut dan memberitahu kenapa aku tidak mengejutkannya pada masa aku terdengar bunyi tersebut. Alasan aku, aku terlalu takut sampaikan nak keluarkan tangan dari selimut pun aku tak berani apatah lagi nak menelefon mak aku. Kemudian, aku memberitahu mak bahawa aku nak tidur dengannya malam ni. Dan abah aku tidur di bilik aku. Aku tak mahu tanggung risiko untuk tidur seorang diri lagi.
Malam esoknya, mak aku memberitahu maksu aku dan seorang kawan yang ada kelebihan dalam melihat benda-benda halus.  Mak dan maksu serta kawannya itu ke belakang rumah iaitu bahagian bawah bilik aku. Terus kawan maksu tu terhidu bau kapur barus. Dia membaca ayat dan puncanya ada di situ. Ada makhluk Tuhan yang katanya ingin menumpang seketika (pontianak). Adalah sedikit upacara berdialog dan menghalau makhluk tersebut. Alhamdulillah… maksu kata dia nampak satu cahaya melayang pergi.
Aku sedikit lega, namun pada malam tu aku masih ingin tidur dengan mak aku. Takutnya bukan kepalang. Mak aku yang selalu tidur dalam gelap terpaksa tidur dalam cerah kerana aku. Aku takut untuk tidur dalam kegelapan walaupun mak ada di sisi. Perasaan takut masih menguasai diri. Oleh sebab itulah bila aku tidur pada malam tu, aku terasa badan ditindih sesuatu yang berat. Setelah membaca ayat kursi, alhamdulillah aku dapat tidur. Kerana terlalu takut hidup aku hura hara selama beberapa hari balik bercuti. Bila mak aku keluar, aku tak berani naik ke tingkat atas selepas senja. Bila aku naik, ada je bunyi pintu terbuka la, bunyi itulah, inilah. Telinga aku menjadi terlalu sensitif.
Semasa pembantu rumah keluar beli makan dengan budak-budak malam berikutnya, aku ditinggalkan dirumah seorang diri pada malam hujan lebat. Perasaan takut menyelubungi diri, aku hanya duduk dihadapan tv tanpa bangun atau gerak. Statik! Mata tertumpu pada skrin tv dan tak berani menoleh ke mana-mana penjuru. Aku kuatkan suara tv dan tunggu sehingga mereka balik. Dan naik ke tingkat atas untuk mandi setelah mak aku pulang dan menemani aku. Aku sangat takut. Tak sabar rasanya nak balik ke UPM. Bila sampai UPM, aku menceritakan kepada kawan-kawan tentang kisah aku. Semuanya seram dan sampai sekarang, kawan aku terpaksa temankan aku tidur. Kesian dia~~~apa pun, nasihat untuk diri sendir…kita sebagai makhluk Allah sepatutnya hanya takut kepada-Nya. Jangan terbawa-bawa dengan perasaan yang hanya perasaan semata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan