Selasa, 7 Disember 2010

SALJU SAKINAH


Salju Sakinah…sebuah kisah yang banyak mengajar  aku erti kehidupan sebenar, banyak memberi aku pengetahuan baru yang susah untuk diperolehi di mana-mana. Ianya boleh dijadikan peniup semangat kepada sesiapa yang membacanya. Segala kisah yang dihidupkan dalam novel ini benar-benar dihayati dan mengundang emosi pembaca. Salju Sakinah merupakan hasil karya sastera yang aku kira sangat Berjaya dikarang. Ianya mengisahkan tentang seorang Sumayyah yang sangat teguh hatinya dalam menerima setiap perkhabaran buruk walaupun kadang kala hampir tersungkur. Dengan tiap kesabaran yang dihimpunkan sepanjang hayatnya, segala ujian yang mendatang ditangani dengan penuh tertib sehinggakan jarang manusia sebegini yang kita pernah jumpa di muka bumi Allah yang maha luas ini, akhirnya dia bahagia mengecap nikmat manis yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Namun penulisan kisah ini masih tidak terkeluar dari landasan kejadian sebenar kehidupan kita. Masih merupakan kisah reality masyarakat kita hari ini. Perjalanan kisah yang diutarakan, walaupun pembaca tidak pernah ke sana (Jordan), namun boleh menghayati dan seakan boleh membayangkan suasana yang cuba disampaikan. Banyak unsur kejutan  yang diketengahkan namun tidak begitu membebankan pembaca menjadikan pembaca begitu relax namun bisa mengalirkan mutiara keinsafan. Kisah yang tercantum begitu indah dan pada aku tidak sedikitpun tercela. Kesimpulannya, aku sangat sukakan Salju Sakinah dan seperti ianya sudah sebati dalam diri aku..:). Salju Sakinah karya Zaid Akhtar yang diterbitkan oleh PTS Litera sdn bhd pada 2009 dan mempunyai  556 halaman ini dibaca oleh aku petang isnin pada 6/12/2011 dan tamat pada 8:21 p.m 7/12/2011. Pada awal pembacaan, aku begitu bersemangat sehingga menaikkan keyakinan diri dan insaf mengenangkan diri sendiri. Dengan keadaan yang tenang aku membaca satu-satu perkataan yang dilukiskan begitu indah pada pandangan mataku. Manakala, pada pertengahan pembacaan, hatiku sebak, sehingga mengalirkan air mata. Begitu menyentuh emosi . Reality kehidupan yang dibangkitkan begitu menyentuh sanubari aku, mengigatkan aku pada ibu bapaku, keluargaku dan sahabatku. Namun, pada akhir pengkisahan ini, aku bahagia sendiri. terdetik di dalam hati ingin menjadi seperti Sumayyah yang diuji penuh kepahitan namun akhirnya dengan berkat kesabaran dan sentiasa mengigati-Nya, segala kepahitan ditelan kemanisan sehingga tidak merasa sedikit pun pahit yang pernah dilaluinya dahulu. Novel ini seumpama kitab bagiku yang mengandungi banyak pengajaran dan ilmu pengetahuan. Kisah kehidupan masyarakat sebenar yang diadaptasi ke bentuk novel lebih manis dan lebih mudah dijadikan landasan hidup. Pada sangkaan aku lah. Apapun, novel ini semacam melahirkan perasaan baru dalam diri aku. Ianya tidak melalaikan namun penuh pedoman…pada yang sudah baca, tahniah aku ucapkan dan pada yang belum baca, silakan baca. Insya Allah tak akan menyesal seumur hidup…selamat membaca.

1 ulasan:

  1. Salam sakinah.
    Terima kasih kerna sudi membaca.
    Moga beroleh manfaat.

    BalasPadam