Dua alam mengisahkan tentang seorang manusia yang mengubah jantinanya daripada lelaki kepada perempuan iaitu daripada adam kepada amy. semasa hidup, amy seorang penyanyi dan dia banyak melakukan dosa besar dengan melakukan seks dan minum air syaitan (arak). Suatu hari, terbongkar rahsianya yang mana seluruh rakyat Malaysia tahu tentang penukaran jantina. Akibatnya, teman lelakinya meminta dia menamatkan perhubungan. Namun, amy tidak dapat menerimanya dan membunuh diri. Setelah dia mati, jenazahnya di bawa ke kampong dan ini amat menyedihkan ibunya. Ketika upacara memandikan jenazah sehingga untuk ditanam, banyak peristiwa pelik berlaku seperti tayar van jenazah pancit, jenazah menjadi teramat berat, dan liang lahat menjadi sempit (orang yang membunuh diri tidak akan diterima bumi dan tidak boleh ditanam dalam tanah perkuburan Islam). Hal ini amat menyukarkan penduduk kampong sehingga ramai yang tidak sanggup untuk meneruskan upacara pengebumian. Yang paling menyedihkan, amy langsung tidak insaf dengan perbuatannya malah bertekad melakukan perkara haram sebelum mati iaitu membunuh diri. Kisah yang ingin dipaparkan sebenarnya tentang jahilnya seseorang itu apabila menukarkan jantina atau lebih tepat merubah kejadian-Nya. Sehinggakan apabila mati, menyusahkan manusia hidup dan tidak diterima bumi. Namun, cerita sedemikian sudah banyak ditayangkan Cuma berlainan jalan cerita. Dalam cerita ini, banyak diterapkan unsure-unsur lucah yang boleh mendatangkan mudarat kepada penonton. Semasa saya menonton tayangan ini di pawagam, saya amat terkilan dan hampa dengan jalan ceritanya yang penuh unsure lucah. Nilai pengajarannya yang ingin disampaikan adalah klise dan tiada langsung dramatiknya. Jalan ceritanya perlahan dan membuatkan saya tertunggu-tunggu sehingga ke akhir cerita. Nilai pengajaan yang ingin disampaikan amat baik namun adengan yang dipaparkan semacam tidak patut. Imej wanita yang dipaparkan sangat menghampakan. Cara pemakaiannya, kelakuannya sangat mengejutkan dan tidak sama sekali difikirkan oleh saya. Imej wanita itu menjadikan saya malu dengan sendirinya. Saya dan rakan-rakan menyesal. Pada anggapan saya, filem ini menarik dengan tajuknya yang memikat. Namun sangkaan saya meleset sama sekali. Dari awal cerita sehingga akhir, saya mengeluh. Saya dan kawan-kawan menonton wayang untuk menghilangkan stress tapi bukan sahaja menambahkan stress malah membuatkan kami tidak selesa. Kesimpulannya, cerita ini langsung tidak memikat hati saya dan tidak patut dipaparkan khususnya kepada golongan muda belia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan