Ahad, 12 Disember 2010

HANTU KAL LIMAH BALIK RUMAH


Pukul 10.30 pm aku dan keluarga mononton hantu kak limah balik rumah di panggung jusco. Wow…cerita yang menarik, walaupun cite hantu tapi ada unsur lawak yang boleh menggegarkan bangunan jusco. Jalan cerita yang menarik dan amat memuaskan hati saya dan seluruh isi panggung pada malam tersebut. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang belum tahu la, cerita ni adalah kesinambungan daripada cerita zombie kampong pisang..heehe, 3 orang pengarah muda bergabung untuk mempermantapkan jalan cerita, dan Alhamdulillah mendapat sambutan ramai, mak aku yang dah menonton malam semalam datang lagi malam ni untuk mengulang tayang..kaya la pemilik panggung ni..hahaha..Kesimpulannya, cerita ini amat Berjaya. Pengajaran yang aku dapat dari cerita ni adalah, kita hidup bermasyarakat perlulah mengambil tahu hal-hal masyarakat sebelah menyebelah  supaya kita hidup aman dan tenteram. Pukul 12.30 lepas tamat cerita hantu kak limah balik rumah, aku dan keluarga bergerak ke panggung sebelah pulak, tengok cerita Narnia 3D, hehehe…cite ni best jgk dan tak perlulah aku cerita kat sini sebab aku pasti semua orang berpuas hati. Al maklumlah, cerita dari barat…cite dari barat ni kalau tak ada unsure romantic pun aku boleh angkat jari, memang best…!..:)…rumusannya, malam tu aku tengok 2 cerita kat panggung, balik pukul 3 pagi, nak jalan jauh family aku tak ada masa, jadi jalanlah dekat2 bawak budak2 kecik 2, asal dapat berkumpul…heehe…sekian~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan