Isnin, 27 Disember 2010

PESAN AKU BUAT TEMAN-TEMAN

pesanan buat isteri....: syurga isteri di bawah tapak kaki suami,jangan sesekali meninggikan suara padanya, apatah lagi menentangnya.kalau boleh tiap saat disampingnya, sentiasa mengambil tahu hal makan dan minumnya, kesihatannya, jgn sesekali membiarkan semua ini tertangguh, nescaya penyesalan yang tiada penghujungnya...berbaktilah kepadanya, hidup akan bertambah berkat dan bahagia...

suamimu syurgamu~

biarpun dunia hancur
biarpun terpaksa melarat
namun tinggallah sentiasa di samping suamimu
bersama kebahagiaanmu
bersama kehidupanmu
bersama syurgamu

pesanan buat anak....: syurga anak di bawah telapak kaki ibu, jangan sesekali berkata "ah" kepadanya, nescaya neraka jahanam tempatmu. apatah lagi tidak mendengar kata-katanya dan jangan sesekali meninggikan suara padanya. nasihat ibu ibarat nyawamu, tanpa nyawa,matilah kamu.

ibumu nyawamu~

biarpun seburuk mana
biarpun sejahat mana
biarpun sesakit mana
sabarlah
tenanglah
jangan terlalu melayan amarahmu
walaupun kamu betul
berzikirlah
maka ALLAH akan disisimu
segala kegusaran lenyap hilang

***hikmah akan menujah selepas datangnya dugaan~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan