Jumaat, 17 September 2010

MALAM RAYA

Sibuk melayan sepupu-sepupuku yang amat nakal…pening~~~ ma dengan maksu keluar tengok-tengokkan kedai, staff ramai yang cuti, so ma dengan maksu aku kena turun padangla…adoi, aku kat rumah dengan budak-budak ni kelam kabut, pening dibuatnya, mana taknya, orang gaji merangkap pengasuh budak-budak ni balik beraya di Indonesia dengan keluarganya, jadi aku yang cuti ni terpaksa ambil alih tugas menjaga budak-budak ni. Fuh…aku lebih suka mengemas rumah dari A sampai Z daripada melayan kerenah budak-budak yang buas-buas belaka. Jaga budak-budak ni kat rumah macam melayan 100 orang tetamu yang bertandang. Setiap beberapa minit mesti bersepah..omak oi..xlarat den…aduh!beberapa jam selepas itu ma dengan maksu balik. Bawa balik beberapa dozen air tin, air kotak,susu, dan banyak lagi, penat aku nak senaraikan sume..huhuhu, banyak-banyak barang ni aku la tu yang jadi mangsa simpan…penuh peti ais aku susun air tu sume, yang lebihnya aku simpan dlm cabinet. Macam nak buat rumah terbuka beli barang,hmm….lepas tu basuh bekas kuih,banyak oi…dahla semua kaca, tak boleh la aku gopoh gapah, takut nanti pecah daa…lepas tu isi kuih raya,lepas tu tengok tv jap dengan ma, cite lawak…sakit perut aku ketawa tengok cite tuh..memang real,lawak tak bodoh..hahhaha…lepas tu pukul 4.30 aku baru naik ke bulan..peuwwww…..sebelum naik ke bulan tu aku sedih kejap, sebab nak buat rumah terbuka raya pada 9/10/2010..aku dah kat kampus, ni kali ke berapa dah dalam tahun ni buat makan-makan tapi aku tak dapat join…benci betol….diaorang nak suh aku balik, peh…malas aku, menyusahkan diaorang jugak nak ambil hantar aku kat UPM ni, bukan malas apa..malas menyusahkan..maklumlah aku ni anak yang baik…hehehhehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan