Jumaat, 17 September 2010

RAYA KEENAM (ORANG GAJI)

Lepas solat subuh, aku dah tak dapat lelapkan mata. Pujuk punyer pujuk tak mau jugak lelap!ish…geram betul, lepas tu aku turunla bawah,kemas-kemas sikit, makan-makan sikit, lepas tu pukul 11.30 pagi terasa bosan sangat. Aku pun baring kat sofa…hmmm, rasa macam tak bestla, nak naik malas…jadi aku masuklah bilik orang gaji,heheheh…sebab aku baru kemas bilik tu semalam, jadi aku pun pikir nak tidur kat situ kejap.

 Baru je nak lelap, bunyi loceng. Peh~~~mengganggu je! Aku buat tak tahu je, sebab kalau rakan niaga ke kawan ke atau saudara mara ke yang nak datang beraya mesti beritahu dulu sebelum datang, tak pun call dulu. Tapi loceng ni masih bunyi-bunyi lagi..eeee!aku jenguk kat luar disebalik langsir, ada budak-budak 3 orang. Laaa…apasal la dia datang hari ni, adoiii…tunggula petang-petang sikit, ganggu je la…lepas tu aku masuk bilik sambung tidur, tapi bila namanya budak memang budak lah! Masih tekan-tekan lagi loceng ni, siap masuk perkarangan rumah lagi ketuk pintu.

Laa…dah orang tak bukak tu tak bukaklah, nak ketuk lama-lama watpe?aku pun satu hal, pagi-pagi tadi aku bukak pagar kasi tukang kebun masuk wat keje dia, lepas tu lupa pulak nak tutup..ish3…aku dengan muka pagi faham-fahamlah, dengan rambutnya ntah apa-apa ntah, tak kemas, mandi pun belum,aku pun mesej la mak aku yang tengah tidur kat atas nuh. (sorilah, maksu dengan ma aku bangun lambat sebab biasa tidur pukul 4,5 pagi).

Mak aku turun dengan tak mandinya jugak, bukak pintu kasi budak-budak tu masuk. Budak tu punyerlah cakap banyak. Katanya dia datang sebab jiran dia kata ada umah orang kaya Kat sini, siap bawak keratan majalah yang ada iklan maksu aku, sebagai penunjuk jalan, katanya lagi dia Tanya pak guard kat depan tu macam mana nak datang sini, hmm…sekali dengar memang geli hati dengan keletah bebudak tu. Lepas tu aku hidang air kotak je lah dengan makan kuih-kuih yang ada kat meja tu.

Ada lagi, budak tu Tanya mak aku ni siapa?orang gaji dia ke?ceh…!!!memang budak yang tak reti bercakap betul!!!aku memang rasa nak marah, tapi cool~~~sebab budak. Mak aku pulak siap ketawa lagi, lepas tu dia pun mengiakan kat budak tu yang mak aku ni orang gaji. Lepas tu bebudak tu bercakap-cakap la dengan kawan-kawan dia, melihat sekeliling rumah ni, aku dengar tapi buat-buat tak dengar. Yang aku nak ketawa bila bebudak ni saling bertanya tapak kaki siapa kat depan pintu. Mungkin sebab diaorang basuh kaki kat luar tadi, so ada kesan kaki hitam kat lantai. Berlari bebudak 3 orang tu mengelap lantai tu dengan tisu. Hahahah… Macam-macam.


Lepas tu maksu aku turun. Berborak dengan budak-budak tu, Tanya latar belakang diaorang. Ada sorang tu cakap dia dapat duit raya tapi bapak dia ambil. Kononnya macam mengadu kat maksu akula.hmmm…Lepas tu bagilah duit raya sesorang. Dah bukak duit raya punyalah happy bebudak tu, siap puji-puji lagi tak penah dapat duit raya yang macam ni. Tak apalah…keluarga aku bukannya senang sangat tapi bolehlah bagi sikit sebagai sedekah.

Dah balik, lepas tu dalam setengah jam datang lagi budak tu bawak sorang kawan. Hmm…ni yang aku malas nak bukak pintu ni! Bukan sombong tapi aku sibuk. Mana nak melayan sepupu aku ni lagi, nak kemas umah lagi, nak jemur kain lagi. Geram aku!

Mak aku bukak pintu, mak aku dah la penat. Malam tidur pukul 4,5 pagi…ni gangguan lagi dengan budak-budak ni. Bebudak ni bawa orang yang lebih besar dari dia, dalam 12 atau 13 tahun, dah besar tapi perangai…hmmm…dah masuk, hidang lagi sekali air kat bebudak tu, maksu turun bagi duit raya. Dah bagi bebudak tu baliklah.

Alhamdulillah…tapi tak serik korang tau…petang tu datang lagi, bawak budak-budak yang lain. Sekali fikir kan macam dalam filem, tak percaya ada budak yang perangai serupa ini. Adoiii…tapi nasib baiklah maksu aku dah keluar. Jadi mak aku yang diaorang anggap orang gaji ni cakap lah kat bebudak tu yang majikan dah keluar. Hahahha…tapi budak ni tak malu, adoi…masuk jugak perkarangan umah, mak aku pun bagi lah air tin. Tapi masih tak balik-balik lagi. Jadi mak aku pun cakaplah yang maksu aku ni lambat balik, jadi diaorang ni pun ghaib lah..huh~~~tak ada keje kita nak melayan orang yang sama. Keje kat umah ni banyak lagi. Dahla aku sorang je anak dara kat umah ni, penat oiii….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan