Sakit hati…
Kenapa ada manusia yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang sedemikian?tidak fikirkah dia bahawa kami juga berperasaan?bukankah dia manusia cerdik yang punya akal untuk membezakan yang mana baik yang mana buruk?dia seorang perempuan, bukan ke seorang perempuan mempunyai hati yang lembut dan halus, yang bisa membaca tiap-tiap rasa terutamanya kaumnya sendiri?namun tidak dia…kaumnya dianggap sebagai lawannya barangkali. Sentiasa menunjuk-nunjuk kehebatannya. Sehinggakan rakan seperjuangannya yang dahulu juga pernah mengatakan rasa tidak senang dengannya kepada kami walaupun kami ini juniornya. Kenapa dia begitu? Kami…tidak bisa melawannya, bukan takut tapi siapalah kami?melukut ditepian gantang sahaja, apapun perbuatannya pada kami, kami hanya perlu bersabar. Kerana, dia wakil yang diberi penuh harapan dan tanggungjawab oleh beliau yang kami sayang. Kerana beliau, kami bersabar. Walaupun hati ini amat menderita, amat parah. Dia melayan kami seolah-olah kami tidak berperasaan dan kebudak-budakan. Kami sudah dewasa dan punya perasaan yang sensitive. Dia tiada hak untuk mencerca kami seenak-enaknya. Namun, kami bertahan dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Luahan rasa hanya pada rakan-rakan senasib. Kami tetap akan bertahan kerana kami tahu bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Suatu hari nanti, dia akan sedar akan kesilapan besar yang pernah dia lakukan sepanjang hidupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan