Jumaat, 17 September 2010

RAYA KETUJUH : (NASIB BAIK)

Semalam aku lambat tidur. Ada kawan call. So layan lah kejap…tapi takut aku nak tidur sebab tengok cerita hantu beranak dalam kubur..eeee…seram. so aku angkat bantal pergi bilik mak aku, tidur dengan mak. Hehehe…dah abah tak ada balik Kelantan, so aku ambik peluang…nak dijadikan cerita, malam tu maksu dengan mak aku tak dapat tidur. Sebab…begini ceritanya:


Masa maksu aku keluar, ada sorang India datang. Dia cakap dengan salah seorang driver maksu, nasib baik pagar umah tutup. Dan nasib baik jugak pekeja maksu tu ada kat depan umah. So diaorang bercakap-cakaplah. Orang tu cakap kat pekeja maksu yang dia nak pinjam duit 4,5 ratus. Wah…terkejut, sebab kami memang tak kenal orang tu. Pekeja tu cakaplah maksu keluar meeting. Tapi dia nak tunggu juga, adoi…kami kat dalam rumah dah risau. Lepas tu orang tu main-main kat kereta, dok goyang-goyang kereta perdana maksu. Macam tak berapa sihat je..takut aku dengar. Berdiri bulu roma. Nasib baik jugak pekerja maksu tu berbadan besar. Dia yakinkan orang tu yang maksu lambat balik, tapi belum pun habis nak yakinkan orang tu, maksu aku pun balik. Aduh..lupa nak call dulu, rosak rancangan. Tapi nasib baik pekerja maksu ramai, jadi diaorangla yang melayan orang tu. Yang maksu pulak cepat-cepat masuk rumah. Pekerja maksu yang kat luar tu balik lambat sikit sebab jadi jaga kat luar tu kejap. Sebab mak aku dengan maksu dan pucat. Memang takut sangat-sangat.

Nak dijadikan cerita lagi, masa aku tengah tidur pagi tu ntah pukul berapa tak tengok jam, loceng umah berbunyi. Mak aku bangun, dengan aku sekali terbangun. Mak aku turun tengok. Rupa-rupanya budak yang datang beraya semalam datang lagi. Dia bawak budak-budak lain. Wadu-waduh…enggak faham lagi ke? Penat la…asyik mengganggu orang je. Mak aku pun keluar la, cakap majikan tak ada. Ada ke budak tu bagi arahan kat mak aku supaya bukak pintu pagar. Diaorang nak masuk jugak. Peh~~~tak hormat orang langsung budak ni! Mentang-mentanglah mak aku mengaku orang gaji, dia senang-senang nak cakap macam tu. Dia tak tahu mak aku ni siapa!eeee…nasib baik bukan aku yang turun jumpa budak-budak tu. Mentang-mentanglah maksu aku layan diaorang baik…ooo…senang-senang nak pijak kepala ea?ada baiknya jugak mak aku mengaku orang gaji, sebab boleh bagi alasan yang majikan tak ada kat rumah…heeee, jadi pintu tak dibuka…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan