Jumaat, 17 September 2010

HARI RAYA PERTAMA

Aku bangun pukul 11.15 pagi..adoi, niatnya nak bangun pukul 2 petang, hehehe..sebab semalam tidur lewat kan…:p..kemas umah sikit-sikit, bila budak-budak tu bangun aku mandikan diaorang, iron baju diaorang, siap-siap, suap diaorang makan, lepas tu aku pulak naik mandi…siap pakai baju kurung, padahal tak raya ke mana pun, ma aku lah ni…nak jugak suh aku pakai baju kurung kat umah ni…hmmm…kakak aku balik dengan suami dan adik ipar dia, lepas tu makan ramai-ramai, petang tu driver maksu datang, bagi makanan; nasi himpit, rendang, serunding, kek…fuh~~~banyak betul..baik staff maksu yang sorang ni…heeee,jadi bertambahlah makanan kat umah ni, dengan lauk ma aku masak lagi..budak-budak tu apa lagi, rambang mata la..dahla air tersusun rapi dekat peti ais, makanan banyak pulak, biskut raya cantik je kat meja, dan akulah mangsanya bila tiap beberapa saat diaorang ni makan je kejenya sampaikan yang paling kecik tu muntah sebab makan banyak sangat..aduh..orang lain tak cukup makan tapi orang kat umah ni terlebih makan, penat aku tengok makanan tersusun je kat setiap genap rumah ni. Hah…tak kira lagi banyak hadiah dari rakan niaga maksu, dengan 5,6 hamper yang tinggi-tinggi macam dapat hadiah pertama dalam pertandingan, lupa aku nak ambil gambar..aku dah bukak semua dah…dah susun kat dalam almari dah, huhuhu….penatla…2,3 kali aku kemas dalam masa beberapa minit. Kalau aku dah habis belajar tak pe lah, senang cite aku buat part time jaga budak ni, cukup sebulan mintak RM 2000, senang…heehhe,dah penat lah,aku mengarut apa ntah ni…ok berbalik pada cerita aku ni, penat punye pasal..lepas solat magrib aku tertidur kejap. Pukul 9 lebih aku bangun, turun bawah tengok tv sambil makan lagi….heeeee…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan