Selasa, 26 Oktober 2010

MAYA

Sepanjang belajar kelas sastera dalam multimedia, keseluruhannya saya suka, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya dapat. Minggu permulaan semasa belajar dengan beliau, saya rasa amat terharu dan happy sangat-sangat. Sebab pertamanya, saya tidak bersedia lagi dari segi mental untuk berhadapan dengan beliau kerana berdasarkan kajian saya melalui senior-senior, beliau merupakan seorang yang garang dan tidak bertolak ansur. Namun, setelah berjumpa dengan beliau, saya pasti senior-senior tu saja nak menakutkan saya dan rakan-rakan atau jeles kerana tidak berpeluang lagi untuk belajar dengan beliau kerana beliau sangat BEST!layanan dan ajaran beliau sangat baik dan amat memuaskan hati saya. Beliau garang di luar dan lembut di dalam seperti saya juga sebenarnya. Garang di luar tidak boleh dielakkan kerana ianya kejadian-Nya. Beliau seorang yang memahami hati pelajarnya dan sempoi. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau.

Minggu yang berikutnya setelah pemergian beliau ke Ireland, hidup saya di sini sedikit terumbang ambing. Banyak cabaran yang perlu saya hadapi. Saya masih teruskan pembelajaran subjek ni dengan orang harapan beliau. Namun terus terang saya cakap, saya sedikit kecewa. Layanan yang diberikan kurang memuaskan. Maafkan saya kerana terlalu berterus terang. Sebenarnya mereka baik namun untuk mengajar mereka terpaksa bersikap sedemikian yang pada anggapan saya ia tidak professional. Kata mereka, ianya tiada niat buruk dan sekadar untuk mengajar kami pada akhir kelas beliau, namun mengajar ada banyak cara lain yang lebih diterima. Dengan umur saya yang sekarang ini, saya sudah memahami tugas saya. Apa pun mengajar adalah berpandukan cara masing-masing. Saya terima kerana bila mahukan ilmu kita kena sabar hadapinya. Alhamdulillah…saya Berjaya hingga akhir kelas. Terima kasih kepada mereka.

Minggu yang terakhir, saya belajar dengan orang harapan beliau juga. Yang hensem, kecik molek…beliau sangat lawak. Saya suka belajar dengan beliau. Dari dulu sampai sekarang beliau tidak pernah berubah..masih seorang yang memahami. Apa yang diajar saya auto nya faham. Terima kasih kepada beliau.

Akhir sekali, saya suka subjek ni. Mengajar saya tentang banyak perkara. Kalau masa boleh diundurkan, saya mahu belajar lagi dengan beliau, pensyarah subjek ni. Terima kasih kepada jasa beliau, walaupun sekejap je beliau mengajar saya, namun saya gembira kerana berpeluang kenal dengan beliau. Beliau mempunyai ciri-ciri seorang pensyarah yang baik. Kalau 100 orang pensyarah macam beliau, rasanya semua pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang kerana cara ajaran beliau yang sememangnya POWER. Apa yang diajar terus melekat di minda. Apa pun terima kasih sekali lagi kepada beliau. Dan semua…semoga hidup beliau sentiasa diberkati-Nya. Maafkan saya kalau ada tersilap kata terkasar bahasa, sekian~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan