Jumaat, 8 Oktober 2010

DUGAAN

Dalam kampus

Pagi-pagi bangun, nak pergi hantar assingmnt, lepas tu terus ke KL jejalan sambil ambil gambar untuk bahasa dalam multimedia, tunggu bas ke fakulti punyelah lama,penat…lalu kami kengkawan naik bas serumpun then tukar bas kat sana, sampai fakulti, naik second floor, teringgal pen pulak nak sign nama pengesahan hantar, adoiii…turun balik ambil pen dengan kawan kat bawah…naik balik, penattt….sempuk aku dengan kawan yang sorang ni, dugaan…~~~susah yang berkat…

Stesen komuter serdang

Ramaila orang, punyelah lama menunggu…bila komuter sampai, ramai yang berebut nak naik, kami berenam pun join berebut-rebut tapi tidak secara kasar…heee…tolak sikit-sikit je,wah..ketat,sendat,sempit…sesak nafas!dapat masuk, tapi 2/6 je,kawan aku yag 4 orang lagi tak dapat masuk,adoii…so tertinggal, kena tunggu lain komuter,aku dengan kawan yang sorang lagi ni dah macam sardine kering,tak boleh bernyawa, tapi nasib baik semua perempuan, tapi rimas jugaklah dengan kehimpitan semua tu..heee,tak ada ruang, semut sekor pun jangan mimpi nak masuk kalau tak mau mati k…dugaan kedua…~~~jangan bazirkan ruang yang ada, selagi boleh teruskan…

Stesen komuter KL

Aku dengan kawan sorang ni menunggu, tunggu yang lagi 4 orang kat sini, bosan…tup..tup..kawan yang 4 tu hantar mesej kata komuter rosak, jadi lambatlah…dan diaorang semua sudah berputus asa menunggu, semua nak balik!peh…!jadi jalan terbaik call diaorang, pujuk…alang-alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan, dugaan ketiga…~~~kesabaranku dihimpun-himpun…

On the way ke taman tasik perdana

Jalan kaki dari stesen komuter KL, panas…penat siot!masa nak lintas jalan, wow…banyak betul kereta, 5 orang kawan lepas, aku dan 2 lagi kawan masih terkial-kial nak melintas,punyelah laju kereta2 tu, takut… dah la panas cuaca hari tu, rasanya hitam dah aku time tu,huh…ni aku tak suka nih.hmm…kaki pun sakit,dugaan keempat~~~ketabahan hati yang bergunung…

Taman tasik perdana

Jauh perjalanan luas pengalaman…memang luas pengalaman aku dan kengkawan time tu, syok-syok ambil gambar, hujan dengan lebatnya turun membasahi bumi,semua tak bawak payung…tempat berteduh jauh lagi, nak lari malu, jadi kami berjalan la, kejap lari-lari anak, kejap jalan, habis lecun, lecun selecun-lecunnya,sejuk amat…hujan masih lebat, kami bereduh dekat pondok yang disediakan, dengan basah kuyup, angin plak bertiup, wow..sejuk Tuhan je tahu,kat situ lama plak menunggu nak eruskan perjalanan sebab hujan masih lebat…dugaan kelima~~~sejuknya menggigit pelosok tubuh…

On the way balik

Jauh lagi berjalan, 1 KL kami pusing, nak tercabut kaki…hujan masih lagi rintik-rintik tapi kami teruskan juga perjalanan yang masih tersisa, jumpa pameran ular, masuk tengok kejap, RM3 seorang, kawan aku yang sorang ni belanja masuk,jadi terpaksa masuklah walaupun aku ni geli dengan benda2 macam ni, bila keluar dari pameran tu, hujan lebat…jadi menunggu lagi,,,dugaan keenam~~~penuh kesabaran

KL Sentral

Ramailah orang, penuh kawasan menunggu…wow…so kami dah agak mesti jadi macam tadi, jadi kami buat strategi baik punye supaya semua dapat masuk,bila tren datang, kami berusaha sebaik mungkin, nasib baik orang yang kat belakang tolak kami sampai melayang masuk dalam komuter, sakitnyer kaki aku kawan…nak tercabut lutut ni, tapi….wow,laki perempuan semua campur,aku tersepit antara lelaki-lelaki,kalau lelaki-lelaki tu tinggi dari aku taka pa, ni lelaki-lelaki tu hamper sama tinggi dengan aku, dah la rapat,muka bertentangan,faham-fahamlah macam mana keadaan itu ye kawan-kawan…:p,rapatnyer dengan lelaki dan itu tak berdosa kan???bukan sengaja…lutut aku nak terkehel, lama sangat berdiri, huhhuhu,dugaan ketujuh…~~~sabar dan tabah yang diganda-gandakan…

Stesen komuter serdang

Sebab ramai sangat orang, jadi teksi pun dah tak ada, so kami jalan naik jejantas tunggu bas…jalan lagi…mau tertanggal skru kaki ni!tunggu bas hampir lebih kurang sejam,penat…jam dah pukul 8 malam, badan sakit-sakit, baju pun lembab lagi kena hujan tadi,busuknya rasa…kaki tak payah cakap, dah la pakai kasut, kembang dah kaki ni, pucat dah wei…dah tak ada darah dah…dugaan kelapan~~~sakitnya badan, namun nawaitu yang baik menyebabkan kesakitan itu tidak membataskan segala pekerjaanku…

Naik bas komuter UPM

Ramai rupanya budak-budak UPM tunggu bas, dah naik bus terus pergi ke dewan besar UPM, sebab kawan-kawan ni nak tengok konsert tilu, bunkface,maulana, adira, hazami….jalan lagi,tapi ok sikit dapat tengok konsert,ilang sikit stress tadi…tapi kami buat keputusan nak makan KFC yang dibeli kat KL Sentral tadi kat panggung percubaan, masa tengan makan-makan, tertengoklah penyanyi2 tu sedang berlatih kat situ,wow…rasa macam nak ambil gambar dengan diaorang tapi tak mau ganggu diaorang berlatih..huhuhu, so kami buat2 tak tahu, tiba2 salah seorang penyanyi tu dari AF8 kalau tak silap, Maulana…tegur kami yang sedang makan,fuh~~~kawan aku yang menjawab teguran tadi lembik,hahhah…hampir pengsan dia…peh~~~

Inilah hari yang paling penat dalm hidup aku, sebab nak ambil gambar multimedia kami redah KL, punyelah penat Tuhan je yang tahu, tak pasti berapa km kami jalan. Rasanya macam lebih 10km kami jalan, balik je kolej, kami mandi dan terus tidur…esoknya bangun tengahari, memang tak sedar…penat punye pasal…selsme kejap…tapi inilah kehidupan…kehidupan yang sebenarnya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan