Petua pertama
Makan apa sahaja anda mahu ketika mula matahari sehingga terbenam matahari, namun selepas terbenam je matahari, anda perlu stop dari makan walau sebiji gula-gula, sebiji nasi atau apa makanan pun…namun, jika anda merasa sangat lapar dan pada ketika itu anda rasa tak tertahan sangat sampaikan tengok meja pun rasa nak gigit, saya bagi kelonggaran untuk anda minum air putih atau epal hijau…noktah! Lain-lain permintaan no way!hehhehe….
Petua kedua
Makan 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit…atau makan hanya merasa lapar. Lebihkan sayur, lebihkan lauk yang berasaskan protein,kurangkan karbohidrat…okey???dan minumlah 8 gelas air putih setiap hari…
Petua ketiga
Jangan makan nasi!anda boleh makan bihun, mee atau apa sahaja kecuali nasi. Janganlah mentang-mentang saya cakap apa macam tu, anda buat mee yang special dan makan sekuali sehari pulak yee… anda boleh makan bihun atau mee sebagai pengganti nasi, buat masakan yang simple je, lebihkan sayur…asal kenyang orang kata,hehehe…jangan over plak, letak ayam berkilo, udang berkilo…ayam sikit,sayur banyak ok…
Petua keempat
Makanlah apa anda mahu, namun setiap 4kali seminggu anda kena bersenam…selama sejam…
Petua kelima
Makanlah selagi boleh makan, nanti kalau sakit orang paksa makan pun tak selera dah…time sihat nilah kita nak makan, atau nanti dah tua nak makan pun tak ada selera, itulah pesan arwah nenek saya…beliau marah sangat kalau saya tak makan sebab nak berdiet, dia akan tenangkan hati saya dengan berkata “makanlah cu…masa sihat ni la kita nak makan,nanti kalau kita demam atau sakit, kita dah tak ada selera nak makan, masa tu orang suap dengan kasih sayang sekalipun, kita tak akan makan…sebab selera sudah hilang,jadi masa sihat ni makanla, tak perlu jaga bentuk badan kerana nak dapatkan perhatian sekeliling,sebab orang tak pandang itu semua, asal hati baik,jiwa bersih kita diterima…oleh sesiapa sahaja…jangan risau cu”.rindunya arwah…jadi anda pilih la yang anda mahu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan