Jumaat, 8 Oktober 2010

GURAUAN

aku simbah air kat dia, dia yang cabar aku, dia juga menyimbah air ke aku, kami simbah menyimbah, dia kawan aku, jadi aku berani buat. Lepas adengan tu, dia terus hilang. Tadi dia macam tak marah, siap suka-suka lagi, tapi tiba-tiba hati aku terdetak. Tiba-tiba aku rasa bersalah amat. Kenapa? Sebab pertama aku simbah dia dengan air yang aku basuh pinggan sedangkan dia simbah aku dengan air paip. Yang kedua, sebab dia tu ‘orang besar’ walaupun dia kawan aku. Yang ketiga, aku simbah menyimbah dia depan junior aku, Nampak macam orang besar kena buli depan junior, tak sedap plak rasa kan?perlu ke aku rasa bersalah?malam tu aku tak sedap duduk. Aku tak boleh tidur. Aku mesej dia. Dia tak balas. Lagi la menambahkan kerisauan aku. Aku mesej dia lagi, dia diam…huh~~~gelisah dibuatnyer. Lepas subuh, aku tak boleh lelap. Tapi aku cuba untuk lelap sebab semalam aku tak sempat nak rehat, aku takut sangat demam. Sebab bila aku demam badan aku ni susah nak baik. Manja. So aku try tidur, akhirnya Berjaya, tapi baru je lelap ma aku call. Lepas tu aku terus tak dapat tidur. Tiba-tiba dalam pukul 11 lebih, dia mesej aku. Dia cakap sori sebab semalam dia tak sedar bila mesej aku masuk. Maybe dia dah tidur time tu, mana taknyer dah pukul 2 pagi. Dia cakap dia tak marah, gurau2 dengan kawan biasalah. Tapi kenapalah aku ni risau sangat sampai tak boleh tidur?haih…pelik betul. Tapi berdasarkan pengalaman aku, cewahh…sebab tak dapat tidur ialah sebab dalam hidup aku, aku tak pernah pun bergurau macam tu dengan mana2 kawan lelaki. Aku kan tak ada kawan lelaki pun.hahhaha…so itu pertama kali aku gurau macam tu. Lagipun dia yang paksa aku simbah dia, sape suruh…tapi kan padam muka dia, asyik mengusik dan mencabar aku jek…sape suruh, lagipun lepas peristiwa dulu, aku memang marah kat dia, marah belum hilang, bukan dendam tapi bila dah ada peluang apa lagi…nah ambik ko air basuh pinggan…kuang kuang kuang….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan