Selasa, 26 Oktober 2010

MAYA

Sepanjang belajar kelas sastera dalam multimedia, keseluruhannya saya suka, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya dapat. Minggu permulaan semasa belajar dengan beliau, saya rasa amat terharu dan happy sangat-sangat. Sebab pertamanya, saya tidak bersedia lagi dari segi mental untuk berhadapan dengan beliau kerana berdasarkan kajian saya melalui senior-senior, beliau merupakan seorang yang garang dan tidak bertolak ansur. Namun, setelah berjumpa dengan beliau, saya pasti senior-senior tu saja nak menakutkan saya dan rakan-rakan atau jeles kerana tidak berpeluang lagi untuk belajar dengan beliau kerana beliau sangat BEST!layanan dan ajaran beliau sangat baik dan amat memuaskan hati saya. Beliau garang di luar dan lembut di dalam seperti saya juga sebenarnya. Garang di luar tidak boleh dielakkan kerana ianya kejadian-Nya. Beliau seorang yang memahami hati pelajarnya dan sempoi. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau.

Minggu yang berikutnya setelah pemergian beliau ke Ireland, hidup saya di sini sedikit terumbang ambing. Banyak cabaran yang perlu saya hadapi. Saya masih teruskan pembelajaran subjek ni dengan orang harapan beliau. Namun terus terang saya cakap, saya sedikit kecewa. Layanan yang diberikan kurang memuaskan. Maafkan saya kerana terlalu berterus terang. Sebenarnya mereka baik namun untuk mengajar mereka terpaksa bersikap sedemikian yang pada anggapan saya ia tidak professional. Kata mereka, ianya tiada niat buruk dan sekadar untuk mengajar kami pada akhir kelas beliau, namun mengajar ada banyak cara lain yang lebih diterima. Dengan umur saya yang sekarang ini, saya sudah memahami tugas saya. Apa pun mengajar adalah berpandukan cara masing-masing. Saya terima kerana bila mahukan ilmu kita kena sabar hadapinya. Alhamdulillah…saya Berjaya hingga akhir kelas. Terima kasih kepada mereka.

Minggu yang terakhir, saya belajar dengan orang harapan beliau juga. Yang hensem, kecik molek…beliau sangat lawak. Saya suka belajar dengan beliau. Dari dulu sampai sekarang beliau tidak pernah berubah..masih seorang yang memahami. Apa yang diajar saya auto nya faham. Terima kasih kepada beliau.

Akhir sekali, saya suka subjek ni. Mengajar saya tentang banyak perkara. Kalau masa boleh diundurkan, saya mahu belajar lagi dengan beliau, pensyarah subjek ni. Terima kasih kepada jasa beliau, walaupun sekejap je beliau mengajar saya, namun saya gembira kerana berpeluang kenal dengan beliau. Beliau mempunyai ciri-ciri seorang pensyarah yang baik. Kalau 100 orang pensyarah macam beliau, rasanya semua pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang kerana cara ajaran beliau yang sememangnya POWER. Apa yang diajar terus melekat di minda. Apa pun terima kasih sekali lagi kepada beliau. Dan semua…semoga hidup beliau sentiasa diberkati-Nya. Maafkan saya kalau ada tersilap kata terkasar bahasa, sekian~~~

Isnin, 25 Oktober 2010

LOVE YOU

Saying it’s not love
Is definitely not true
But everytime I’m trying to lie myself
My heart is calling for you
Once more step getting closer
One step again pushing you away
Just like that you’re growing in me
Maybe I love you that much
Maybe that long I’m waiting for you
No matter how painful it is
My soul can’t stay away from you
Maybe there’s only one love
Maybe my heart will never change
Keeping my heart only for you
But now I can say everything out loud
I love you
Sometimes, love or tears
Will make us feel like giving up
I love you, I love you
All I need is you staying by my side
I love you

I WILL

I will promise you
I’ll live with my eyes
Filled with only you
I will promise you
I’ll live with my arm
Holding only you
From the moment I wake up
To when I fall back asleep
I will yearn only for you
Don’t forget the words “I love you”
I love you forever
On a hot summer day
I will be your shade
On the rainy day
I will be your umbrella
If you get tired while walking
I’ll even be your chair
When you laugh
I’ll laugh with you
So that you can be twice as happy
When you cry
I’ll become a handkerchief
And wipe away the tears

HATI

Tenanglah hati
Engkau sememangnya tabah
Teruskan
Aku percaya denganmu
Engkau boleh
Sudah sekian lama engkau bertahan
Janganlah berputus asa sekarang
Engkaulah sahabatku yang paling baik
Engkaulah yang paling setia denganku
Engkaulah yang paling memahami kehendakku
Untuk aku
bertahanlah
Jadikan bosan riang
Jadikan sedih gembira
Jadikan sakit sihat
Jadikan luka sembuh
Jadikan negative positif
Engkau boleh!
Cuma fikirkan
Tetapkan ia dalam minda
Semuanya akan baik
Segalanya akan berubah
Seburuk mana pun keadaan tika ini
Engkau boleh!
Larilah sekuatnya ke arah bintang
Tenangkan diri di sana
Berjalanlah di atas awan
Bayangkan kegembiraan
Pandanglah bulan
Cahayanya akan menerangi jalanmu
Sentuhlah hujan
Supaya dapat menyejukkanmu
Semua itu bisa membuatkanmu tenang
Tenang setenangnya…
Akanku seiring denganmu
Sepanjang perjalanan ini
Akan aku bersamamu
Menemanimu
Setiap saat

GEMBIRA

Dimanakah kegembiraan hidup aku yang sebenar???yang akan membuatkan aku tersenyum, ketawa dan bangga sepenuhnya, seikhlasnya, sejujurnya. Perlukah aku mencarinya?mahu rasanya diri ini merasakan kegembiraan yang benar-benar gembira. Yang ikhlas. Bukan sekadar gembira kerana suasana,bukan kerana dipengaruh untuk berbuat sedemikian namun aku mahu gembira yang ikhlas, yang tulus dari hati aku…yang benar-benar bukan palsu!dimanakah ia?bilakah ia akan tiba?sudah lama aku menantikan kegembiraan yang benar-benar gembira yang menyebabkan aku gembira dan terus gembira apabila mengigatinya. Namun…dimanakah ia?susahnya untuk mendapatkan ia…terlalu sukar untuk diri ini.

DIET

Petua pertama

Makan apa sahaja anda mahu ketika mula matahari sehingga terbenam matahari, namun selepas terbenam je matahari, anda perlu stop dari makan walau sebiji gula-gula, sebiji nasi atau apa makanan pun…namun, jika anda merasa sangat lapar dan pada ketika itu anda rasa tak tertahan sangat sampaikan tengok meja pun rasa nak gigit, saya bagi kelonggaran untuk anda minum air putih atau epal hijau…noktah! Lain-lain permintaan no way!hehhehe….

Petua kedua

Makan 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit…atau makan hanya merasa lapar. Lebihkan sayur, lebihkan lauk yang berasaskan protein,kurangkan karbohidrat…okey???dan minumlah 8 gelas air putih setiap hari…

Petua ketiga

Jangan makan nasi!anda boleh makan bihun, mee atau apa sahaja kecuali nasi. Janganlah mentang-mentang saya cakap apa macam tu, anda buat mee yang special dan makan sekuali sehari pulak yee… anda boleh makan bihun atau mee sebagai pengganti nasi, buat masakan yang simple je, lebihkan sayur…asal kenyang orang kata,hehehe…jangan over plak, letak ayam berkilo, udang berkilo…ayam sikit,sayur banyak ok…

Petua keempat

Makanlah apa anda mahu, namun setiap 4kali seminggu anda kena bersenam…selama sejam…

Petua kelima

Makanlah selagi boleh makan, nanti kalau sakit orang paksa makan pun tak selera dah…time sihat nilah kita nak makan, atau nanti dah tua nak makan pun tak ada selera, itulah pesan arwah nenek saya…beliau marah sangat kalau saya tak makan sebab nak berdiet, dia akan tenangkan hati saya dengan berkata “makanlah cu…masa sihat ni la kita nak makan,nanti kalau kita demam atau sakit, kita dah tak ada selera nak makan, masa tu orang suap dengan kasih sayang sekalipun, kita tak akan makan…sebab selera sudah hilang,jadi masa sihat ni makanla, tak perlu jaga bentuk badan kerana nak dapatkan perhatian sekeliling,sebab orang tak pandang itu semua, asal hati baik,jiwa bersih kita diterima…oleh sesiapa sahaja…jangan risau cu”.rindunya arwah…jadi anda pilih la yang anda mahu…

TENANG

Bila aku dengar lagu ni, hati aku teringat seseorang…jiwa aku tenang, setiap kali aku buka lappy ni, aku mesti dengar lagu ni…berulang-ulang kali, aku tak tahu kenapa perasaan aku semacam, lagu ni meninggalkan kesan dalam hati, mengigatkan aku pada peristiwa dahulu, kalau masa boleh diputarkan semula, aku mahu sekali lagi berada dalam situasi itu, rasanya dalam hidup aku, itulah peristiwa yang aku paling aku selesa dan selalu aku kenang. Tak pernah dalam hidup aku kenangkan peristiwa itu berulang-ulang, itulah peristiwa yang benar-benar membuatkan aku gembira…aku gembira ketika itu, aku banyak ketawa, walau penat namun aku gembira,,,hmmm…sekadar gembira…sekadar tenang…tidak memberikan makna…

FINISHING SCHOOL

2hari aku terpaksa pergi ke finishing school, dah la dekat fakulti perhutanan, memang penat sangat. Hari pertama, kepala aku berat dan sakit sangat macam ada batu besar je…nak pengsan,mata ketat sangat, mengantok dan penat, aku tak tahu apa akan jadi kalau aku kerja nanti, sehari pun jiwa ni dah kacau kalau tiap hari keje???apa akan jadi???wait and see…huh~~~berbalik pada cerita tadi…beberapa kali kena bentang dan yang paling aku lemah sekali bila kena speaking London…perghhhh…pekat likat..tak boleh broo…kalau ada skrip aku boleh la cakap tapi kalau spontan…memalukan je, memang malu….uwaaa…hari kedua, kena pergi lab, taip resume, sedikit lega sebab tak payah present…namun aku ni jenis yang tak boleh tekanan dan mata ni tak boleh terlalu mengadap computer, mudah je pening dan sakit kepala berdenyut-denyut…rasa nak menangis. Tiap beberapa jam aku plan nak balik, sebab ramai juga yang balik…namun Alhamdulillah…niat buruk aku tu tak dapat menguasai diri sebab aku yang baik hati ni tak akan dapat dikuasai oleh aku yang buruk kerana aku yang baik lebih banyak dari aku yang buruk…heheheh…ayat aku berbelit dan sukar untuk faham tapi akan faham kalau hati korang yang baca ni suci…huahuahua….apa pun aku bersyukur dan bangga sebab dapat menamatkan sekolah ni dengan jayanya…trimas banyak-banyak pada fasilitator aku iaitu Prof. Dr. Shanthi…beliau sangat baik dan lawak…akhir sekali peaceee…..=)

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

• Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

• Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

• Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

• Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

• 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

DEBAR

2 minggu berturut-turut aku kena buat perbentangan…berdebar tak payah cakapla,nak terkeluar jantung ni dari dada…huh~~~

RUMAH TERBUKA

Hari 2 aku jadi balik ipoh masa kuarga aku buat rumah terbuka,heehe..tu pun last minute… masa hari last rumah terbuka, sebab ada kelas, tu pun terkejar-kejar nasib baik sepupuku sudi datang amik aku yang sememangnya tak pandai balik sendiri…huhhuhu,meriah betul majlis tu,siang tu majlis makan-makan para jiran tetangga dan saudara mara, malam tu majlis khas staff vida beauty,ada aktiviti sikit,pertandingan miss and mr. vida,cabutan bertuah..hmmm…banyakla,kul12 lebih baru habis. Malam tu aku penat amat. Nasib baik hari sebelum tu aku tak balik. Sebab ada buat lemang dengan dodol malam sebelum tu…apapun semoga keluargaku dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat…amin…

Jumaat, 8 Oktober 2010

SAKIT HATI + STRESS

Plan aku nak balik ipoh, sabtu ni. Tapi tak jadi sebab selasa tu ada pembentangan kumpulan. Jadi hari ni mood aku tak berapa baik, aku sakit hati sangat2. Aku kecewa sangat2. Aku dok bilik je…tak ada mood sesangat. Arghhhhhh….bengangnyer aku!nak ke kelas esok pun aku tak ada mood…kenapala nasib aku macam ni…hari ni la hari yg paling gila sekali…stressss….!

PENCURI

Pagi tadi ma call aku. Dia cakap umah aku kena pecah masuk dek “manusia pemalas”. Senang-senang je nak pecah masuk umah orang! Mentang-mentanglah umah tu tak ada orang. Dulu rumah aku kat Kelantan kena pecah masuk. Sekarang rumah dekat perak. Aduhai nasib…memang lah tak ada barang berharga, tapi kain baju, barang2 lain semua bersepah. Cari apa ntah!yang paling aku marah, berani dia masuk bilik kesayangan aku tuh! Sepah-sepahkan kain baju aku. Eee….kalau tahu aku cekik-cekik manusia tu…Nasib baik ma abah aku tidur kat rumah 1 lagi. Dan nasib baik juga tak ada perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah…

GURAUAN

aku simbah air kat dia, dia yang cabar aku, dia juga menyimbah air ke aku, kami simbah menyimbah, dia kawan aku, jadi aku berani buat. Lepas adengan tu, dia terus hilang. Tadi dia macam tak marah, siap suka-suka lagi, tapi tiba-tiba hati aku terdetak. Tiba-tiba aku rasa bersalah amat. Kenapa? Sebab pertama aku simbah dia dengan air yang aku basuh pinggan sedangkan dia simbah aku dengan air paip. Yang kedua, sebab dia tu ‘orang besar’ walaupun dia kawan aku. Yang ketiga, aku simbah menyimbah dia depan junior aku, Nampak macam orang besar kena buli depan junior, tak sedap plak rasa kan?perlu ke aku rasa bersalah?malam tu aku tak sedap duduk. Aku tak boleh tidur. Aku mesej dia. Dia tak balas. Lagi la menambahkan kerisauan aku. Aku mesej dia lagi, dia diam…huh~~~gelisah dibuatnyer. Lepas subuh, aku tak boleh lelap. Tapi aku cuba untuk lelap sebab semalam aku tak sempat nak rehat, aku takut sangat demam. Sebab bila aku demam badan aku ni susah nak baik. Manja. So aku try tidur, akhirnya Berjaya, tapi baru je lelap ma aku call. Lepas tu aku terus tak dapat tidur. Tiba-tiba dalam pukul 11 lebih, dia mesej aku. Dia cakap sori sebab semalam dia tak sedar bila mesej aku masuk. Maybe dia dah tidur time tu, mana taknyer dah pukul 2 pagi. Dia cakap dia tak marah, gurau2 dengan kawan biasalah. Tapi kenapalah aku ni risau sangat sampai tak boleh tidur?haih…pelik betul. Tapi berdasarkan pengalaman aku, cewahh…sebab tak dapat tidur ialah sebab dalam hidup aku, aku tak pernah pun bergurau macam tu dengan mana2 kawan lelaki. Aku kan tak ada kawan lelaki pun.hahhaha…so itu pertama kali aku gurau macam tu. Lagipun dia yang paksa aku simbah dia, sape suruh…tapi kan padam muka dia, asyik mengusik dan mencabar aku jek…sape suruh, lagipun lepas peristiwa dulu, aku memang marah kat dia, marah belum hilang, bukan dendam tapi bila dah ada peluang apa lagi…nah ambik ko air basuh pinggan…kuang kuang kuang….

JAMUAN RAYA

semalam ada majlis rumah terbuka raya kolej aku, KOSASS…mlm tu aku tido lambat sebab tengok cite korea…fuh~~~pening kepala,ingatkan nak habiskan cite tu,tp tak boleh,so aku tido la,pagi ni kawan plak kejut aku pagi-pagi lagi, belum puas aku tido,kul9 aku gerak pergi bantu buat keje masak memasak,pukul 3 petang baru balik bilik untuk solat,niatnya nak turun pas solat asar,aku dah siap-siap nak turun dah, tapi kepala pening dan sakit sangat-sangat. Mana taknyer dari pagi sampai petang aku sentuh nasi 2 sudu dengan jagung rebus je,jamuan malam tu aku pakai simple je,malas nak melawa sebab tak ada yang nak tengok pun!makan pun simple,aku malas nak berebut-rebut,aku dengan kawan tunggu je orang lain habis makan, bila orang dah habis kami la plak makan, tapi makanan pun dah tak ada sangat. So makanlah yang simple-simple malam tu. Makan nasi himpit. Lepas makan aku dengan kawan balik salin baju. Sebab nak kemas-kemas la pulak. Malam tu aku basuh periuk belanga dengan kemas-kemas barang. Wow…penat amat!tido lambat. Tapi walaupun penat aku happy sangat. Bangun pagi ni seluruh badan aku sakit-sakit. Lengan aku ni sakit sangat. Belakang aku tak usah cakaplah…tiap kali tunduk mesti terasa sakitnya…nak basuh kain pun aku tunda dulu sebab tak larat. So hari ni aku tido je kejenya, sambung tengok cite korea, kuar makan pun tak. Makan roti je kat bilik. Full day aku kat bilik,boring memang boring tapi apa boleh buat. Tak ada mood nak buat keje lain…sakit badan sakit urat sampai makan pun tak selera…akhirnya 1 hari ni aku makan roti je la…dah la esok aku nak puasa, harap-harap hari yang akan aku lalui esok diberkati…moga gastric tidak menyerang..amin…

DUGAAN

Dalam kampus

Pagi-pagi bangun, nak pergi hantar assingmnt, lepas tu terus ke KL jejalan sambil ambil gambar untuk bahasa dalam multimedia, tunggu bas ke fakulti punyelah lama,penat…lalu kami kengkawan naik bas serumpun then tukar bas kat sana, sampai fakulti, naik second floor, teringgal pen pulak nak sign nama pengesahan hantar, adoiii…turun balik ambil pen dengan kawan kat bawah…naik balik, penattt….sempuk aku dengan kawan yang sorang ni, dugaan…~~~susah yang berkat…

Stesen komuter serdang

Ramaila orang, punyelah lama menunggu…bila komuter sampai, ramai yang berebut nak naik, kami berenam pun join berebut-rebut tapi tidak secara kasar…heee…tolak sikit-sikit je,wah..ketat,sendat,sempit…sesak nafas!dapat masuk, tapi 2/6 je,kawan aku yag 4 orang lagi tak dapat masuk,adoii…so tertinggal, kena tunggu lain komuter,aku dengan kawan yang sorang lagi ni dah macam sardine kering,tak boleh bernyawa, tapi nasib baik semua perempuan, tapi rimas jugaklah dengan kehimpitan semua tu..heee,tak ada ruang, semut sekor pun jangan mimpi nak masuk kalau tak mau mati k…dugaan kedua…~~~jangan bazirkan ruang yang ada, selagi boleh teruskan…

Stesen komuter KL

Aku dengan kawan sorang ni menunggu, tunggu yang lagi 4 orang kat sini, bosan…tup..tup..kawan yang 4 tu hantar mesej kata komuter rosak, jadi lambatlah…dan diaorang semua sudah berputus asa menunggu, semua nak balik!peh…!jadi jalan terbaik call diaorang, pujuk…alang-alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan, dugaan ketiga…~~~kesabaranku dihimpun-himpun…

On the way ke taman tasik perdana

Jalan kaki dari stesen komuter KL, panas…penat siot!masa nak lintas jalan, wow…banyak betul kereta, 5 orang kawan lepas, aku dan 2 lagi kawan masih terkial-kial nak melintas,punyelah laju kereta2 tu, takut… dah la panas cuaca hari tu, rasanya hitam dah aku time tu,huh…ni aku tak suka nih.hmm…kaki pun sakit,dugaan keempat~~~ketabahan hati yang bergunung…

Taman tasik perdana

Jauh perjalanan luas pengalaman…memang luas pengalaman aku dan kengkawan time tu, syok-syok ambil gambar, hujan dengan lebatnya turun membasahi bumi,semua tak bawak payung…tempat berteduh jauh lagi, nak lari malu, jadi kami berjalan la, kejap lari-lari anak, kejap jalan, habis lecun, lecun selecun-lecunnya,sejuk amat…hujan masih lebat, kami bereduh dekat pondok yang disediakan, dengan basah kuyup, angin plak bertiup, wow..sejuk Tuhan je tahu,kat situ lama plak menunggu nak eruskan perjalanan sebab hujan masih lebat…dugaan kelima~~~sejuknya menggigit pelosok tubuh…

On the way balik

Jauh lagi berjalan, 1 KL kami pusing, nak tercabut kaki…hujan masih lagi rintik-rintik tapi kami teruskan juga perjalanan yang masih tersisa, jumpa pameran ular, masuk tengok kejap, RM3 seorang, kawan aku yang sorang ni belanja masuk,jadi terpaksa masuklah walaupun aku ni geli dengan benda2 macam ni, bila keluar dari pameran tu, hujan lebat…jadi menunggu lagi,,,dugaan keenam~~~penuh kesabaran

KL Sentral

Ramailah orang, penuh kawasan menunggu…wow…so kami dah agak mesti jadi macam tadi, jadi kami buat strategi baik punye supaya semua dapat masuk,bila tren datang, kami berusaha sebaik mungkin, nasib baik orang yang kat belakang tolak kami sampai melayang masuk dalam komuter, sakitnyer kaki aku kawan…nak tercabut lutut ni, tapi….wow,laki perempuan semua campur,aku tersepit antara lelaki-lelaki,kalau lelaki-lelaki tu tinggi dari aku taka pa, ni lelaki-lelaki tu hamper sama tinggi dengan aku, dah la rapat,muka bertentangan,faham-fahamlah macam mana keadaan itu ye kawan-kawan…:p,rapatnyer dengan lelaki dan itu tak berdosa kan???bukan sengaja…lutut aku nak terkehel, lama sangat berdiri, huhhuhu,dugaan ketujuh…~~~sabar dan tabah yang diganda-gandakan…

Stesen komuter serdang

Sebab ramai sangat orang, jadi teksi pun dah tak ada, so kami jalan naik jejantas tunggu bas…jalan lagi…mau tertanggal skru kaki ni!tunggu bas hampir lebih kurang sejam,penat…jam dah pukul 8 malam, badan sakit-sakit, baju pun lembab lagi kena hujan tadi,busuknya rasa…kaki tak payah cakap, dah la pakai kasut, kembang dah kaki ni, pucat dah wei…dah tak ada darah dah…dugaan kelapan~~~sakitnya badan, namun nawaitu yang baik menyebabkan kesakitan itu tidak membataskan segala pekerjaanku…

Naik bas komuter UPM

Ramai rupanya budak-budak UPM tunggu bas, dah naik bus terus pergi ke dewan besar UPM, sebab kawan-kawan ni nak tengok konsert tilu, bunkface,maulana, adira, hazami….jalan lagi,tapi ok sikit dapat tengok konsert,ilang sikit stress tadi…tapi kami buat keputusan nak makan KFC yang dibeli kat KL Sentral tadi kat panggung percubaan, masa tengan makan-makan, tertengoklah penyanyi2 tu sedang berlatih kat situ,wow…rasa macam nak ambil gambar dengan diaorang tapi tak mau ganggu diaorang berlatih..huhuhu, so kami buat2 tak tahu, tiba2 salah seorang penyanyi tu dari AF8 kalau tak silap, Maulana…tegur kami yang sedang makan,fuh~~~kawan aku yang menjawab teguran tadi lembik,hahhah…hampir pengsan dia…peh~~~

Inilah hari yang paling penat dalm hidup aku, sebab nak ambil gambar multimedia kami redah KL, punyelah penat Tuhan je yang tahu, tak pasti berapa km kami jalan. Rasanya macam lebih 10km kami jalan, balik je kolej, kami mandi dan terus tidur…esoknya bangun tengahari, memang tak sedar…penat punye pasal…selsme kejap…tapi inilah kehidupan…kehidupan yang sebenarnya…

SEMANGAT

Tadi pergi kelas tatabahasa tapi prof tak sihat, jadi diganti dengan majlis diskusi dewan bahasa. Bila penceramah tu bagi ceramah, naik semangat aku untuk menulis, semangat ni berkobar-kobar tapi tak tahu sampai bila, sebabnya masa belajar dengan Dr. Lim Swee Tin dulu aku pun bersemangat waja, siap karang mengarang lagi, last2 tak hantar jugak, tak tahu apa masalahnya, semangat menurun sebab banyak keje lain kot, jadi sekarang timbul semangat baru untuk menulis, Insya Allah…