Isnin, 19 Julai 2010

kuntum memori

Dahulunya
Kesegaran itu telah menghanyutkan
Setangkai madu
Ke lautan gembira
Ke sejuta rasa
Ke pelosok dunia
Kini Kesegaran itu hilang
Turut membawa pergi rasa itu
Melayukan sekuntum semangat itu
Menggugurkan kelopak cinta itu
Membawa pergi segala-gala
Meninggalkan sisa bebunga
Yang telah pudar kesuciannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan