Sabtu, 31 Julai 2010

ADA AKU KISAH?

Pada suatu hari, aku masuk bilik cemerlang kat kolej aku nak sambung siapkan barang-barang dekorasi untuk hias backdrop dewan. Bila masuk je ada 3,4 orang (junior dan ketuanya) sedang buat persiapan untuk pertandingan perbarisan antara kolej. Habis barang dekorasi aku dan geng aku (aku,zura,yah,kak na) diaorang guna. Dengarlah perbualan antara kami:

Zura: aik,korang guna barang-barang dekorasi?habislah... nak draw balik susah ni...huhuhu

Ketua:ha’ah...mana la kitaorang tau, lain kali tulis la sape punye

Aku,zura,yah,k.na: (diam je,apa boleh buat kan, benda dah tak ada)

Ketua:aku tanya eddie dah,dia yang suruh ambil,mana aku tau!lain kali bagitaula awal-awal!

Aku,zura,yah,k.na: (dalam hati; eh...kenapa la budak ni banyak cakap sangat?kami tak kata apa pun,sudah-sudahla tu, sambil-sambil tu tangan mengemas kat karpet,sebab nak wat keje kami,bersepah sangat-sangat)

Ketua: eh!tak payah..tak payah!tu sampah kitaorang, biar kitaorang yang kemas! Tak apa..tak apa..!biar kitaorang kemas, tu keje kitaorang biar kitaorang yang buat (berlagak nak mampus, last-last aku gak yang buat! Dah tau dah)

Aku,zura,yah,k.na: diam...buat kerja masing-masing


Tiba-tiba....(10 minit kemudian selepas melalut seorang diri)

Ketua: tak apalah adik-adik..buat kerja dulu yea,akak nak pergi solat dulu nak tenangkan hati, nak sejukkan hati. (bagitau si ketua bangang pada anak juniornya)

Aku,zura,yah,k.na: (dalam hati; apa kena dengan minah sorang ni???mereng ke apa...ntah apa-apa ntah, tiba-tiba berlakon sendiri, gila agaknya!)

Korang tengok berapa banyak ketua tu bercakap daripada kami semua. Sakit betul hati aku. Kitaorang tak cakap apa-apa, tiba-tiba nak mengamuk. Orang lain yang kat situ pun hairan.(ish3...muda-muda dah tak siuman, kesian...),aku dengan kawan-kawan memang sudah maklum yang ketua tu suka malukan orang lain sebab nak naikkan taraf sendiri,nak tunjuk bagus,tapi dia tak pikir bila dia cakap macam tu yang berlaku adalah sebaliknya.
Tak sampai setengah jam, dia hantar SMS kat kitaorang mintak maaf sebab lancang mulut. Perh....! aku dah agak, memang macam tu la, dah tunjuk bagus depan budak-budak tapi mintak maaf dengan kitaorang dalam SMS, 10kali wat salah 10 kali mintak maaf, siapa tahan?dia ingat kitaorang senyap sebab kitaorg lemah, tapi kitaorang sebenarnya tak suka kecoh-kecoh,biarlah dia melalut sorang-sorang, biar berbuih mulut dia, kita tak rugi pun! Hah, sape nak tunjuk bagus tu...melalut la macam ketua tu...

Aku tak heran!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan