Khamis, 22 Julai 2010

aku

Aku

Sedikit sebanyak tentang aku.

Hari ni baru aku sempat nak cerita tentang aku. Aku hidup dalam dua buah keluarga. Satu keluarga aku dan satu keluarga mak su ku. Aku berasal dari kelantan. Kelantan tulen. Semua kaum kerabat aku berasal dari kelantan. Nenek moyang aku asal kelantan. Nenek dan datuk sebelah ayah aku melayu tulen. Sebelah mak aku pulak, nenek aku melayu dan datuk aku cina (sebab tu la mata aku nak sepet tak nak sepet je ni:p)aha…tapi sekarang aku duduk perak kerana mengikuti mak su yang bekerja sebagai usahawan (cewahh..:p), aku dan keluarga pun terpaksalah pindah juga ke perak atas permintaan mak su yang tercinta.:p…di sana tinggallah keluarga aku dan maksu. Aku ada mak, ayah, kakak dan aku yang paling bongsu, maksu, serta sepupu-sepupu aku: edy,edry,edlyn dan eric. Budak2 ni la yang menjadi penghibur aku di kala sunyi. Tapi bila aku stress budak-budak ni la yang menjadi tempat melepaskn geram (hahhaha…gurau je).
Edy anak yg sulung berumur 7tahun. Manja. Suka bermain game. Edry anak kedua berumur 6tahun.suka bermain bola.lasak. edlyn anak ketiga berumur 5tahun dan satu-satunya anak perempuan maksu aku, suka menyanyi dan banyak cakap( sampaikan aku terpaksa menyuruhnya diam bila mood aku kurang baik). Eric yang paling bongsu berumur 3tahun.manja,nakal,suka memasak.(masa berumur 1-2tahun selalu memaksa aku mendukungnya untuk melihat mak aku memasak di dapur,kalau tak uwek uwek uwek dia menangis, jd terpaksalah aku menurut perintahnya).
Nenek yang aku sayang sudah meninggalkan aku hampir setahun. Rindu aku padanya. Semoga nenek ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aku sayang nenek!
Kakak aku dah kawin.huhuhu…tinggallah aku seorang diri di rumah kalau mak ayah aku keluar. Sedih kan???kakak aku bakal cikgu. Tapi sementara menunggu posting, dia keje la dengan maksu sementara waktu.
Mak aku lebih kurang PA maksu. Kalau maksu out station makla yang akan uruskan kedai-kedai kat perak ni. Makla yang tolong tengok2kan orang gaji dengan anak-anak dia kat rumah ni. Mak aku ni macam pelapis la. Ahaaa...
Ayah aku, jaga stok. Tengok-tengokkan stok dengan budak-budak keje ni, ntahlah aku pun tak tahu nak cakap. Banyak gak keje bila ada keje tapi kurang keje bila tak ada keje. (bila perlu):p
Aku???aku dok umah je la. Nape tak keje dengan maksu bila cuti???tak maulah, nak rehat. Tunggu aku habis belajar, aku keje la dengan maksu. Sebenarnya dah lama maksu suruh aku tolong dia, tapi aku je macam malas-malas,nak tak nak je.bagilah aku masa.hehehehe...tapi kat rumah, aku dok goyang kaki sorang2 bila mak ayah aku keluar keje. Kalau tak kemas umah, aku tengok tv sampai ke malam. Macam-macam ada (astro)...:p...jarang sekali aku dapat berkumpul dengan keluarga aku. Semuanya sibuk. Tambah-tambah bila nak bukak kedai baru. Hmmm...duduk sorangla aku kat rumah. Main ngn sepupu??? Aku sebenarnya tak boleh sangat main ngn budak2 yang berumur 3tahun ke atas. Nakal n buas. Wat aku hangin je...hehehhe...lebih baik aku dok sorang kt umah. Tgk tv. Tak pening kepala aku layan kerenah mereka yang nakal dan becok2 semuanya. Bila aku rindu dan bosan barulah aku cari mereka (jahat kn???hehehe)Sekarang ni aku ada rasa rindu dengan budak2 tu. Dah 2 minggu tak dengar suara mereka.huhuhuhu...
Maksu bukak kedai apa???haa....kedai kosmetik. Pernah dengar Vida Beauty??? Dalam metro, wanita, THR, tv 3, tv9. baru nak bertatih...kalau nak beli maila..hah..mai ramai-ramai pakat beli Vida...hehehhe...semoga semuanya diberkati-Nya.
Aku sebenarnya bosan ni, teringat kat family, sb tu aku tulis ni...tadi mak aku dah hantar kamera digital milik kakak aku yang baru 3,4 bulan dibelinya.hahaha....kesian kan, tapi kakak aku tak kisah, dia kan sayang aku. Kalau tak sayang aku, nak sayang siapa lagi?aku je adik dia yang comel ni...ahahaha...mak aku kirim ubat batuk sekali (gamat plus: aku suka minum ubat batuk ni bila selsme:ada dijual dikedai maksu:p) Aku batuk. Selseme. Risau. Almaklumlah ramai yg selseme sekarang ni.mintak dijauhkan yang tidak-tidak. Amin....
Cite psl kuarga aku sikit2 suda~~~ hah ni tentang aku plak:

Aku tak ada ramai kawan

*kalau diikutkan aku boleh dapat ramai kawan. Tapi tak tahu di mana silapnya. Bila cuti sem, aku balik rumah, aku duduh je kat rumah. Tak pergi memana. Tak jumpa kawan. Memang tak de kawan pun.Tengok tv, makan,mengemas,tidur. Bila difikir balik macam perempuan melayu terakhir la plak...heehehe,duduk je kat rumah tunggu pinangan.

Aku tak pandai nak berdikari
*aku memang tak pandai nak berdikari. Mungkin mak aku selalu manjakan aku. Kalau aku nak pergi mana-mana mesti dengan mak aku. Kalau mak aku tak dapat temankan, mesti aku keluar dengan kakak aku. Aku tak pernah keluar seorang diri. Di kampus, kawan aku selalu menemani aku sama ada ke kuliah atau ke mana saje. Di rumah aku dengan keluargaku. Di kampus aku dengan kawan-kawanku.

Aku mudah gugup
Bila aku dikehendaki bercakap di hadapan orang ramai, aku mesti terketar-ketar. Rasa mahu menangis pun ada. Entah mengapa, aku tidak pandai untuk menghilangkan rasa gugup.

Aku seorang yang penakut
*ke tandas tanpa ditemani membuatkan aku rasa takut yang amat. Tambahan lagi bila hari sudah lewat malam. Dulu semasa aku menjadi penghuni 3rd floor, kawanku menjadi peneman setia bila aku memerlukan khidmatnya, sama ada aku nak pupu atau shishi (:p)..

Aku seorang yang agak pemalu
* Kalau aku jumpa orang yang aku tak kenali ketika berjalan-jalan dan melihat ke arahku (terutamanya lelaki hensem,:p) malu aku bertambah hebat. Sebab tu bila aku keluar ke mana-mana aku jalan terus ke destinasiku, aku tunduk, bila ada mata yang memandang dan tersenyum ke arahku, aku tunduk malu...bila dah jauh dari mereka,rasa ingin dipandang lagi, tercari-cari pulak lelaki tadi, bila jumpa lagi, aku tunduk lagi, bila hilang rasa menyesal pulak tak balas senyuman mereka...(gatal),,,ahahhaha...

Aku tak pandai nak bergaul

*kalau ada saudara datang rumah pun aku tak pandai nak melayan. Aku duduk kat bilik je. Mak aku je yang melayan. Apa nak jadila dengan aku ni. Kalau aku pergi mana-mana, aku tak pandai nak pandang orang dan senyum. Aku buat muka sendiri. Orang tengok pun menyampah kan?

Aku bermuka garang

*orang kata muka aku sombong,garang dan berlagak. Aku tak tahu mengapa. Tapi yang aku tahu muka aku memang begini sejak lahir lagi (mungkin masa mengandungkan aku mak aku kurang vitamin c kot,:p...ahaa) Tapi kalau orang yang kenal aku, mereka tahu bahawa dalam hati aku ni ada taman dilengkapi dengan air terjun yang indah sekali. Itulah aku. Aku tak makan orang. Jadi jangan kata aku sombong. Datanglah berkawan dengan aku.:(

Aku nak tambah kawan...tak kira jantina tapi yang betul2 nak kawan. Kalau nak couple, yang hensem je diterima...ahaaa...(gatal...):p....apa pun selamat datang ke blog aku...kalau ada yang tersalah kata tersilap berbicara terlebih bergurau,.,,,sorila ea...ehehhe...saje je.bosan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan