Dahulu cinta….
Ku agung-agungkan
Kerana disitulah adanya kenikmatan hidup
Kesunyian diisi dengan limpahan kasih sayang
Hidup dipenuhi angan-angan
Tatkala bersamanya aku dipenuhi dengan mimpi indah
Namun dalam sekelip mata gelora melanda
Kini cinta.....
Ku rasa amat menyakitkan
Kerana ia telah membawaku ke lubang dosa
Diriku tidak lagi dikasihi
Pada saat ini cinta dirasakan pembunuh diri
Kesunyian membakar hati
Memori usang kukunci mati
Kini ku tahu...
Kekosongan hati tanpa cinta tak semestinya perlu diisi dengan cinta seorang lelaki
Ia juga boleh dilimpahi dengan cinta terhadap Ilahi
Kini...
Aku tidak lagi mengharapkan cinta seorang lelaki
Kini...
Aku mencuba untuk memenuhi hati dengan cinta kepada Ilahi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan