Isnin, 24 Januari 2011

KEKESALAN


Silau cahaya yang menerangi pagi ini
Tidak mampu untuk menyuluh kegelapan diri
Perasaan yang kusam renyuk
Masih tidak mahu mengubah
Menjadikan diri sepi tanpa sinaran
Diri terseksa tanpa rela
Batas sabar kian meruntuh
Dan aku memuntahkan rasa
Kepada dia
Barangkali aku yang mulakan punca
Tak dapat membendung kekesalan
Tak bijak menyembunyikan perasaan
Tak mampu untuk bertahan
Ahh…!
Betapa aku membuang waktu
Melayan karenah dunia
Yang tiada penghujung tiba
Hanya mampu ku berserah pada-Nya
Tuhanku Yang Maha Tahu…
Terlajak perahu boleh ku undur
Terlajak kata engkau kecewa
Maafkan aku…



PEN DAN KERTAS


pen...
yang sentiasa ku pegang
yang mencoretkan segala rasa aku
ke hulu ke hilir melakarkan
warna hidup aku
amat memahamiku
peneman setia
kala gembira
derita
sedih
luka
kecewa

kertas...
yang sentiasa redha
mendengar keluhan hati
membiarkan aku meluahkan
tanpa larangan tanpa bantahan
ketika mencoretkan warna gembira
derita
sedih
luka
kecewa

pen dan kertas
selain Tuhan
hanya mereka yang fahami
corak jiwa ini
tanpa ada manusia lain
di muka bumi
yang mengerti
hati sanubari...

Isnin, 17 Januari 2011

DBP

amat susah dan sememangnya susah untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).hari ni aku ke DBP dan macam biasa hampir terkena kejutan jantung sebab kena lintas jalan. aku pulak pantang,takut nak melintas walaupun jalan kecil sekalipun,inikan pula lebuh raya besar yang miliki ratusan kereta laju meluncur..eee...seram...sepatutnya ada jejantas untuk melintas ke sana, taklah pelajar-pelajar yang mahu ke sana perit. ini kali ke-3 aku ke DBP sepanjang 2tahun lebih aku belajar di UPM, bukan malas pergi, tapi..tu lah..susah melintas. kalau mudah untuk dapatkan teksi tidak mengapa,ini...mahu dapatkan teksi amat susah sekali..hadoii...nasiblah badan.

Ahad, 16 Januari 2011

PERASAAN

di mana perasaanmu?
seorang artis, berbikini semasa bercuti hangat diperkatakan. bila dikecam, diamuk oleh masyarakat, bukan untuk menegur cara pemakaiannya itu tapi untuk membelanya. pelik!kita sebagai masyarakat sepatutnya menegur ke arah kebaikan bukan menggalakkan ke arah keburukan. kita sesama Islam adalah bersaudara dan perlu untuk saling ingat mengigati. jika kita menyokongnya, bererti kita turut bersubahat, jika tidak mahu bersubahat dan tidak mahu menambah dosa, berdoalah semoga dia berubah suatu hari nanti. kadang, jika menegur dituduh menjaga tepi kain orang, dan dibenci, jadi eloklah kita berdiam diri dan berdoa dia diberi hidayat olehNya suatu masa nanti. banyak perkara yang kita lihat bahawa seorang Islam telah bertindak amat jauh dari landasan dan sesetengah  masyarakat yang melihat ada yang hanya mengeleng kepala, dan ada juga yang menyokong. perbuatan sedemikian juga telah menjadi terlalu biasa untuk masyarakat. satu je jawapan aku...itu tanda-tanda besar kiamat yang pernah aku baca dulu. kenapa aku menulis tentang ini?sebenarnya aku geram, melihat dari jauh perbuatan mereka itu, aku menjadi teramat geram. aku tidak sempurna, tidaklah berjilbab tetapi aku hanya insan sederhana yang juga mempunyai kelemahan jika melakukan kesalahan aku kesal, tetapi...ini bila melakukan kesalahan bukan dengan sesama manusia tetapi dengan Islam dan Tuhan yang menciptakannya, namun masih biasa reaksinya,seperti tiada apa yang nak diherankan. hadoii...tak faham aku dengan dunia sekarang...namun ini hanya luahan aku, bukan untuk menegur tetapi untuk memberi peringatan pada diri sendiri. aku juga banyak kesalahan dan dosa yang perlu aku dahului...

Sabtu, 15 Januari 2011

HANYUT

mood aku yang kurang baik membawa aku hanyut bersama rakan-rakan ke Kuala Lumpur.
jangan salah faham...sebenarnya aku ke sana mencari buku-buku ilmiah yang boleh membantu aku dan rakan menyiapkan projek ilmiah kami. setelah banyak memilih, akhirnya aku membeli dua buah buku iaitu Wanita dan Pembangunan serta La Tahzan(jangan bersedih),buku yang membicarakan tentang wanita. mahal tapi berbaloi kerana ia ilmu yang tidak akan habis dimakan zaman.setelah itu, aku dan rakan mengelilingi mid valley, mencari-cari keperluan lain, dan kemudiannya singgah pula di mines untuk solat dan membeli lagi, lagi dan lagi...setelah penat, kami pulang. duit byk habis tapi aku puas dan lega. semalam mood aku merosot dengan tiba-tiba tanpa aku tahu penyebabnya dan sekarang mood aku bangkit semula...alhamdulillah...aku bersyukur...mungkin kerana La Tahzan~

Jumaat, 14 Januari 2011

SUBAHANALLAH

terkejut aku
amat terpana
membaca satu komen
yang ditujukan kepada tenaga pengajarnya
kata-kata seorang siswa
pada aku amat melampau
bukan apa
walaupun sebesar mana salah seorang guru
mereka sama tandingnya dengan ibu
yang melahirkan
tidak berani aku menuturkan kata-kata
yang boleh menguriskan hati mereka
apatah lagi menyusahkan hati mereka
sehingga terasa amat terbeban oleh kata-kata kita
walaupun sakit sangat dengan khilaf beliau
tidak sepatutnya kita sebagai siswa menunjukkan emosi sebegitu
bersabarlah
kerana sedikit je seorang guru rasa tidak selesa dengan kata-kata kita
maka ilmu yang kita terima pun tidak berkat
apatah lagi mengaibkan mereka
aku pula yang risaukan siswa tersebut
dengan mengatakan guru sedimikian
apalah nasibnya di penghujung pengajian?
semoga mendapat keinsafan...
subahanallah~

PAGI

pagi yang indah
namun hatiku gundah
entah mengapa begini jadinya
tidak aku fahaminya
dua tiga hari ni perasaan aku berlainan
terasa amat terkilan
mengapa?mengapa?dan mengapa?

MALAM INI

pada waktu ini
detik ini
aku ingin bersendirian
semua pertanyaan
semua mesej
semuanya
aku layan endah tak endah
semangatku pudar
entah mengapa
stressnya aku
mengapa ni diri?
mengapa engkau jadi begini
seksanya aku rasakan
diri di sini
jiwa melayang
hanya padaMu Tuhan
aku berserah...

KENAPA AKU

kenapa aku perlu bergantung kepada orang lain?
kenapa aku tak boleh ke kuliah bersendirian?
kenapa aku tak boleh ke perpustakaan sendirian?
kenapa aku tak boleh ke mall sendirian?
kenapa aku tak boleh kemana-mana bersendirian?
sehinggakan aku bergantung harap pada orang lain..
menyusahkan diriku sendiri,
padahal, semangat aku kuat untuk membawa aku ke tempat tujuanku,
namun tiba-tiba semangat itu mengendur,
ketidakyakinan aku menerpa,
ahhhh...aku amat tertekan dengan keadaan diri,
ntah bila dapat aku ubah,
aku perlukan seseorang untuk mengajar aku,
aku pernah belajar keterampilan dalam berbahasa,
di situ aku dapat kekuatan diri dan keyakinan,
namun setelah tamat dari pembelajaran itu,
semangatku kebali mengendur,
kenapa?
kenapa?
dan kenapa?
bila aku amat memerlukan ia aku jadi tertekan,
aku rasakan aku bersendirian,
bersendirian....

Khamis, 13 Januari 2011

FOTO MA ABAH





FOTO MA ABAH

Foto ini
Sentiasa di hati
Tidak kira
Ke mana aku pergi
Akan ku sentiasa
Menjunjung budi mereka ini
Dengan tulus
Tanpa rasa lelah
Foto ini
Sentiasa menghiasi
Meja studi
Supaya
Setiap kali
Aku membuka buku
Mencari ilmu
Akan ku memandang
Mereka terlebih dahulu
Bagi memberkati
Ilmu ku nanti
Ma
Yang melahirkan ku
Yang menyusuiku
Yang menjaga aku
Terima kasih padamu
Aku sayang kamu
Abah
Sentiasa di sampingku
Sentiasa menasihatiku
Sentiasa memberi semangat padaku
Terima kasih padamu
Aku sayang kamu
Mereka
Ma abahku
Orang yang aku cinta
Dunia akhirat
Yang berusaha
Memberikanku
Nikmat
Kehidupan
Dan
Sentiasa 
Menjadi
Penyelamatku.

TRIMAS UNTUK SAHABAT

dalam sedih
aku memerikan ceritera sebenar kepada seorang sahabat
dengan bersusah payah
aku menongkah derasnya arus sendu
berusaha memberitahu duduk cerita
bersemangat memuntahkan segala resah gelisah hati
dalam sendu dan esak yang panjang
akhirnya aku berjaya
meruntuhkan batu kesakitan
memecahkan busut kesal
menghentikan jeritan batin
aku sedikit tenang
walaupun luka di hati masih terkesan
namun
aku berjaya menghentikan sendu
aku berjaya menamatkan tangis
aku lega
terimas kepada seorang sahabat
kerana sudi mendengar
membuang waktu
untuk aku
seorang manusia
yang tidak punya apa-apa
melainkan
kelemahan...

Isnin, 10 Januari 2011

DI SINI DI SANA

di sini kita mengumpat
di sana kita dipotong lidah

di sini kita berzina
di sana kita direjam

di sini kita  kaya
di sana kita miskin

di sini kita bebas
di sana kita terikat

di sini bersama keluarga
di sana keseorangan

di sini minum arak
di sana minum air menggelegak

di sini diberi peluang menyesal
di sana hanya hukuman yang tinggal

PANTUN VIDA

Merpati terbang berhati-hati,
Singgah sebentar di tengah sawah,
Syukur kita ke hadrat  Ilahi,
Dapat berkumpul merapatkan ukhuwah.

Pergi membeli di pasar tani,
Pasar tani menjual produk tempatan,
Vida beauty produk terkini,
Membelai wanita luar dan dalam.

Pergi ke kedah mencari pena,
Singgah sebentar di selat Melaka,
Produk vida sememangnya serba guna,
Menjadi kebanggaan seisi keluarga.

Berbaring-baring menonton tv,
Sambil menonton makan kuih bahulu,
Kelmarin main badminton dengan cak eby,
Sakit urat weh..! wat kutip buah,huhuhu…

Eric berlari terkedek-kedek,
Mama melihat ketawa ria;
Produk terbaru namanya young molek,
Menjadikan kulit putih tanpa cela.

pegaga melata atas batu,
sedapnya jika dibuat ulam-ulaman,
pamoga produk pilihan no.1,
dutanya isma halil jadi kebanggaan.

Berhati-hati semasa melintas
Kalau tidak ditimpa kemalangan
Aktiviti sentiasa dibuat bersama staf-staf
Supaya dapat mempererat hubungan

Putih gebu cantik menawan
Menjadi bualan tiap wanita
Itulah dia kesan produk kebanggaan
Di guna sendiri oleh pengasasnya puan vida

Anak berudu dimakan haruan,
Haruan pula dimakan toman,
Kalau hidup dalam keamanan,
Barulah mendapat keredhaan Tuhan.



PANTUNku

tenang-tenang air tasik,
hati terkenang jiwa terusik.

kayuh sampan mudik ke hulu,
kalau tak bersopan mendapat malu.

siakap senohong gelama ikan duri,
bersikap sombong lama-lama dibenci.

lambat bertolak terlepas feri,
sahabat yang baik pasti dihormati.

satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
dalam hidup mesti cepat,
kalau tidak akan ketinggalan.

panjat kelapa curi nira,
jatuh pokok terseliuh bahu,
luar nampak gembira,
dalam hati siapa tahu.

berjalan di padang terpijak paku,
paku berkarat bahaya sekali,
hidup ini penuh liku,
perlu tempuhi dengan berani.

banyak sungguh budimu tuan,
sampaikan aku jatuh sayang,
minta petunjuk dari-Mu Tuhan,
moga hidup tak huyung hayang.

dalam air nampak bayang,
campak batu timbul buih,
ma saya sangat sayang,
abah saya sangat kasih.

RATAPAN


Hatiku
Diruntun pilu
Bagaikan…
Dicucuk paku
Dipukul dipalu

Jiwaku
Amat bercelaru
Terasa haru
Sedih dan sayu

Jantungku
Degupnya tidak menentu
Debar yang melulu
Menyakitkan batinku

Doaku
Hanya padaMu
Untuk ibuku
Untuk ayahku
Untuk keluargaku

*****************
DALAM BANK ADA DUIT
DALAM DUIT ADA KEHIDUPAN
HIDUP INI MEMANG RUMIT
SALAH SIKIT MERANA BADAN

:(



Ahad, 9 Januari 2011

TIKA SUNYI

tika sunyi..
satu suara berbisik
memberitahu sesuatu
memaksa aku berfikir
tentang sesuatu yang aku tak pasti
tentang sesuatu yang menyeksa jiwa
perlahan...
namun bisa membuatkan
kepalaku berat menahan putaran
hatiku berdenyut menahan debar
mataku pedih menahan tangis
dadaku sakit menahan sebak
aku...
tidak berdaya
dalam sedih aku gembira
dalam tersungkur aku bangkit
dalam kecewa aku mengubat
aku...
melayan sedih sendiri
aku...
bangkit tatkala  jatuh
aku...
mengubat hati sendiri
....
tiada yang sudi mendengar
hanya mengangguk tidak melayan
respon diberi
tiada keikhlasan
aku redha
ketentuanMu Tuhan...

Selasa, 4 Januari 2011

AKU NAK CERITA

aku lupa nak ceritakan dulu..sekarang bila aku dah nak habis semester ni, baru terimbau kisah-kisah dulu, masa mula-mula jejak kaki ke sini (UPM). masa mula-mula masuk dulu aku diletakkan di KPZ, tetapi sebab semangat aku berkobar-kobar nak masuk palapes Navy, aku tukar kolej KOSASS. dalam susah-susah angkut barang dan sampai kat sini banyak cerita, tapi aku tak nak kongsi yang tu, aku nak bagitau kisah semasa aku dalam Navy. nak dijadikan cerita, masa aku kena berkumpul dan berbaris dengan geng-geng aku la, junior, masa tu sabby (senior) aku tanya nama setiapjunior untuk sesi berkenalan kununnya, dan perlu jawab dalam keadaan barisla. dalam barisan tu aku berbaris di barisan belakang sekali sebab ia mengikut ketinggian. sampai dekat aku, sabby tu tanya la aku, masa tu aku tengah gugup dan takut, jadi pendengaran pun jadi macam terngiang-ngiang je, lagipun aku dah tahu dia nak tanya apa, so aku bersedia dengan jawapan je lah. sampai giliran aku, bila dia tanya, aku terus tabik dan jawab " NUR ZATIL AQMAR, TUAN!"dan tiba-tiba sabby tu diam dan senyum. dia cakap kat aku, "PANJANGNYA UMUR AWAK" ceh!rasa macam ada orang pelempang muka aku time tu, merah saga, malu beb!kena aku malam tu, rupanya dia tanya umur aku. apasal?!kawan-kawan semua dia tanya nama dan kenapa aku dia tanya umur?mana aku tahu!!hadoiii....