Khamis, 13 Januari 2011

TRIMAS UNTUK SAHABAT

dalam sedih
aku memerikan ceritera sebenar kepada seorang sahabat
dengan bersusah payah
aku menongkah derasnya arus sendu
berusaha memberitahu duduk cerita
bersemangat memuntahkan segala resah gelisah hati
dalam sendu dan esak yang panjang
akhirnya aku berjaya
meruntuhkan batu kesakitan
memecahkan busut kesal
menghentikan jeritan batin
aku sedikit tenang
walaupun luka di hati masih terkesan
namun
aku berjaya menghentikan sendu
aku berjaya menamatkan tangis
aku lega
terimas kepada seorang sahabat
kerana sudi mendengar
membuang waktu
untuk aku
seorang manusia
yang tidak punya apa-apa
melainkan
kelemahan...

Isnin, 10 Januari 2011

DI SINI DI SANA

di sini kita mengumpat
di sana kita dipotong lidah

di sini kita berzina
di sana kita direjam

di sini kita  kaya
di sana kita miskin

di sini kita bebas
di sana kita terikat

di sini bersama keluarga
di sana keseorangan

di sini minum arak
di sana minum air menggelegak

di sini diberi peluang menyesal
di sana hanya hukuman yang tinggal

PANTUN VIDA

Merpati terbang berhati-hati,
Singgah sebentar di tengah sawah,
Syukur kita ke hadrat  Ilahi,
Dapat berkumpul merapatkan ukhuwah.

Pergi membeli di pasar tani,
Pasar tani menjual produk tempatan,
Vida beauty produk terkini,
Membelai wanita luar dan dalam.

Pergi ke kedah mencari pena,
Singgah sebentar di selat Melaka,
Produk vida sememangnya serba guna,
Menjadi kebanggaan seisi keluarga.

Berbaring-baring menonton tv,
Sambil menonton makan kuih bahulu,
Kelmarin main badminton dengan cak eby,
Sakit urat weh..! wat kutip buah,huhuhu…

Eric berlari terkedek-kedek,
Mama melihat ketawa ria;
Produk terbaru namanya young molek,
Menjadikan kulit putih tanpa cela.

pegaga melata atas batu,
sedapnya jika dibuat ulam-ulaman,
pamoga produk pilihan no.1,
dutanya isma halil jadi kebanggaan.

Berhati-hati semasa melintas
Kalau tidak ditimpa kemalangan
Aktiviti sentiasa dibuat bersama staf-staf
Supaya dapat mempererat hubungan

Putih gebu cantik menawan
Menjadi bualan tiap wanita
Itulah dia kesan produk kebanggaan
Di guna sendiri oleh pengasasnya puan vida

Anak berudu dimakan haruan,
Haruan pula dimakan toman,
Kalau hidup dalam keamanan,
Barulah mendapat keredhaan Tuhan.



PANTUNku

tenang-tenang air tasik,
hati terkenang jiwa terusik.

kayuh sampan mudik ke hulu,
kalau tak bersopan mendapat malu.

siakap senohong gelama ikan duri,
bersikap sombong lama-lama dibenci.

lambat bertolak terlepas feri,
sahabat yang baik pasti dihormati.

satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
dalam hidup mesti cepat,
kalau tidak akan ketinggalan.

panjat kelapa curi nira,
jatuh pokok terseliuh bahu,
luar nampak gembira,
dalam hati siapa tahu.

berjalan di padang terpijak paku,
paku berkarat bahaya sekali,
hidup ini penuh liku,
perlu tempuhi dengan berani.

banyak sungguh budimu tuan,
sampaikan aku jatuh sayang,
minta petunjuk dari-Mu Tuhan,
moga hidup tak huyung hayang.

dalam air nampak bayang,
campak batu timbul buih,
ma saya sangat sayang,
abah saya sangat kasih.

RATAPAN


Hatiku
Diruntun pilu
Bagaikan…
Dicucuk paku
Dipukul dipalu

Jiwaku
Amat bercelaru
Terasa haru
Sedih dan sayu

Jantungku
Degupnya tidak menentu
Debar yang melulu
Menyakitkan batinku

Doaku
Hanya padaMu
Untuk ibuku
Untuk ayahku
Untuk keluargaku

*****************
DALAM BANK ADA DUIT
DALAM DUIT ADA KEHIDUPAN
HIDUP INI MEMANG RUMIT
SALAH SIKIT MERANA BADAN

:(



Ahad, 9 Januari 2011

TIKA SUNYI

tika sunyi..
satu suara berbisik
memberitahu sesuatu
memaksa aku berfikir
tentang sesuatu yang aku tak pasti
tentang sesuatu yang menyeksa jiwa
perlahan...
namun bisa membuatkan
kepalaku berat menahan putaran
hatiku berdenyut menahan debar
mataku pedih menahan tangis
dadaku sakit menahan sebak
aku...
tidak berdaya
dalam sedih aku gembira
dalam tersungkur aku bangkit
dalam kecewa aku mengubat
aku...
melayan sedih sendiri
aku...
bangkit tatkala  jatuh
aku...
mengubat hati sendiri
....
tiada yang sudi mendengar
hanya mengangguk tidak melayan
respon diberi
tiada keikhlasan
aku redha
ketentuanMu Tuhan...

Selasa, 4 Januari 2011

AKU NAK CERITA

aku lupa nak ceritakan dulu..sekarang bila aku dah nak habis semester ni, baru terimbau kisah-kisah dulu, masa mula-mula jejak kaki ke sini (UPM). masa mula-mula masuk dulu aku diletakkan di KPZ, tetapi sebab semangat aku berkobar-kobar nak masuk palapes Navy, aku tukar kolej KOSASS. dalam susah-susah angkut barang dan sampai kat sini banyak cerita, tapi aku tak nak kongsi yang tu, aku nak bagitau kisah semasa aku dalam Navy. nak dijadikan cerita, masa aku kena berkumpul dan berbaris dengan geng-geng aku la, junior, masa tu sabby (senior) aku tanya nama setiapjunior untuk sesi berkenalan kununnya, dan perlu jawab dalam keadaan barisla. dalam barisan tu aku berbaris di barisan belakang sekali sebab ia mengikut ketinggian. sampai dekat aku, sabby tu tanya la aku, masa tu aku tengah gugup dan takut, jadi pendengaran pun jadi macam terngiang-ngiang je, lagipun aku dah tahu dia nak tanya apa, so aku bersedia dengan jawapan je lah. sampai giliran aku, bila dia tanya, aku terus tabik dan jawab " NUR ZATIL AQMAR, TUAN!"dan tiba-tiba sabby tu diam dan senyum. dia cakap kat aku, "PANJANGNYA UMUR AWAK" ceh!rasa macam ada orang pelempang muka aku time tu, merah saga, malu beb!kena aku malam tu, rupanya dia tanya umur aku. apasal?!kawan-kawan semua dia tanya nama dan kenapa aku dia tanya umur?mana aku tahu!!hadoiii....