Isnin, 28 Mac 2011

BICARA HATI


Adakah dia ikhlas? Ingin berkawan dan bercinta dengan diri ini? atau sekadar memenuhi kekosongan di hati sementara menunggu yang pasti? Aku? Aku tidak memilih untuk menerima sebuah perhubungan, asalkan ikhlas dan penuh kasih sayang….namun tentang hal dia aku tak pasti. Aku hanya pasti tentang diri sendiri sahaja, bahawa aku seorang yang ikhlas dalam sesuatu perhubungan dan tidak akan meyakiti dia. Adakah dia seorang yang tulus dalam bercakap? Atau sekadar lakonan semata? Seperti dia yang dulu? Memalsukan kata-kata dengan mengkaburi mataku dengan ayat cinta. Dengan itu, aku menderita kerana perbuatan dia yang dulu. Namun, adakah dia yang kini seperti dia yang dulu? Hatiku banyak bertanya. Fikiranku banyak menilai. Jiwaku jadi celaru. Lidahku kelu. Namun bibirku menerima. Mudah! Aku sangat mudah menerima sebuah cinta. Aku diasuh untuk berlembut, sukar untuk menolak dan mudah menerima. Tapi bukan apa-apa, cuma cinta! aku pasti itu bukan suatu jenayah atau kesalahan. Itu hanya suatu perasaan. Ianya tidak salah di sisi apapun, sama ada agama mahupun undang-undang. Aku adalah perasaanku. Tiada siapa tahu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan