Sabtu, 5 Mac 2011

MY WORST DAY


Hari ini tanggal 5 mac 2011, terasa amat terasing. Bermula pada malam tadi, aku tidur pada pukul 12 dan jam sebegitu masih awal bagiku yang bergelar seorang pelajar di sini. Namun, kerana mengantuk, aku terpaksa merelakan mataku untuk berehat. Aku tidur dengan nyenyak sekali dan sekali sekala mimpi mengiringi tidurku sehinggalah pada pukul 5pagi aku tiba-tiba tersedar. Bilikku gelap, dan suara warga blok kedengaran menyebut-nyebut “blackout…blackout…”. Aku yang tidur keseorangan dan dalam keadaan takut-takut membuka mataku. Mak…!gelapnya. huhuhu…aku bingkas  bangun..membuka pintu bilik. Rupanya, hanya beberapa bilik termasuk bilik aku yang gelap gelita. Blackout…! Seorang senior membebel dan sambil berjalan dia terhenti di sisiku, lalu bertanya tempat terletaknya “induk” elektrik. Aku majukan tanganku tanpa suara menunjukkan arah terletaknya “induk” tersebut. Aku mengunci pintuku, lalu beredar ke aras dua untuk ke toilet kerana toilet arasku juga gelap gelita. Sambil-sambil untuk melihat temanku sakura flower, kerana waktu masih awal aku takut keseorangan dalam gelap. Melihat pintu biliknya tertutup rapat dan membayangkan penghuninya sedang nyenyak, aku hanya singgah ke toilet sahaja. Lalu aku turun ke bilikku dan melihat eletrik sudah kembali normal. Alhamdulillah aku lega..!setelah itu aku cuba menyambung kembali lenaku yang terganggu.  namun, tidak terlena kerana perutku sudah mula meminta sarapan. Ahh…waktu masih awal tetapi akibat tersedar di awal pagi, ia meminta-minta mendesak aku supaya cepat mengisi. Aku bingkas lagi…membuka laptop mendengar lagu sambil sarapan roti bersalut coklat. Selepas makan, aku menelan sebiji ubat antibiotikku yang memerlukn aku menerimanya setiap pagi akibat alergik. Kemudiannya aku sambung sedikit assignment yang terbengkalai sejak minggu lepas lagi. Setelah itu, pada pukul 7 lebih, mulut mula menguap dan mata mula pedih. Aku menutup buku dan laptop…dan sambung kembali tidurku. Dalam tidur, aku didatangi mimpi yang menakutkan. Badanku terasa amat berat…badanku berpeluh. Ahh..aku sememangnya tak sukakan mimpi sebegini. Aku tersedar-sedar semasa tidur…akibatnya aku terpaksa lena sambil memegang surah yasin. Paginya, aku mendapat mesej dari sakura flower menyatakan dia mahu ke rumah kakaknya, dan aku ?bukan saja keseorangan di bilik malah di blok. Ermm…nasibku malang. Mood aku melayang. Aku sambung tidur, tak mahu memikirkan apa-apa lagi sehingga pukul 3ptg baru aku bangun. 14jam aku tidur!my worst day!tak nak pikirkan apa-apa lagi….huhuhuh..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan